Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Posted: 08 Jun 2013 11:09 AM PDT Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD Catatan menghina Nabi Muhammad yang dibuat oleh Programmer Calvin Gani di Facebook. Mingguan Malaysia tidak menyiarkan catatan penuh berkenaan kerana ia amat keji. KUALA LUMPUR 8 Jun - Seorang lagi pengguna laman sosial Facebook dikesan menghina Islam selain membuat penghinaan melampau terhadap junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Perbuatan biadab oleh pengguna Facebook berkenaan yang menggunakan nama Programmer Calvin Gani didedahkan sebuah blog di dalam satu entrinya bertarikh 5 Jun lalu. Blog Just Read ketika mendedahkan Facebook berkenaan hanya menulis Another one! See for yourself! (Seorang lagi! Lihat sendiri!) Sementara itu, pengikut-pengikut blog berkenaan mengecam serta mengutuk keras tindakan individu terbabit ekoran penghinaan melampau dilakukan terhadap Islam dan Rasulullah SAW. Antaranya, seorang pengikut yang menamakan dirinya sebagai Dayak Laut berkata: "Apa yang perlu ditunggu lagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)? Tangkap lelaki ini dan fail kes terhadap beliau. Saya mahu melihat dia pergi ke mahkamah dan dihantar ke penjara!" Alam Maya pula berkata: "Kenapakah makin meningkat penghinaan terhadap Islam oleh golongan pemuda keturunan Cina di Malaysia ini? Tidakkah mereka sedar bahawa negara ini dihuni oleh pelbagai kaum dan agama? "Tidakkah mereka terfikir bahawa perbuatan mereka mudah dikesan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang? Dalam pada itu, pengikut blog Just Read yang dikenali sebagai Panas Baran menyebut: "Ini paling biadab! Patut dikenakan hukuman penjara. Dia lebih selamat di dalam daripada di luar ini." Pendapat sama dinyatakan oleh Penangan: "Inilah pelampau namanya. Tindakan tegas perlu diambil ke atas orang ini. "Dalam kita menganjurkan perpaduan sesama pelbagai kaum dan agama, masih ramai yang begini. Biarlah dikenakan tindakan tegas sebagai panduan kepada yang lain." Seorang lagi pengikut dengan tegas mahu Kementerian Dalam Negeri bertindak menangkap individu yang melakukan penghinaan tersebut. |
Pertubuhan Gerakan Siber 1M buat laporan Posted: 08 Jun 2013 11:09 AM PDT MOHAMAD Sharom Rahman (dua dari kanan) bersama ahli pertubuhan GS1M menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap kenyataan dua pemilik laman sosial yang menghina Nabi Muhammad dan pihak polis di Balai Polis Bayan Baru, Pulau Pinang, semalam. - MINGGUAN/MALINDA ABDUL MALIK PULAU PINANG 8 Jun - Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa menyiasat tindakan biadab dua orang pengguna laman sosial Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook masing-masing semalam. Gesaan itu dibuat Pertubuhan Gerakan Siber 1 Malaysia (GS1M) yang diwakili oleh Presidennya, Mohamad Sharom Rahman dan seorang jawatan kuasa GS1M menerusi laporan polis di Balai Polis Bayan Baru di sini kira-kira pukul 3 petang hari ini. Mohamad Sharom yang ditemui selepas itu berkata, kenyataan menghina Nabi Muhammad dilakukan seorang pemuda yang dikatakan berasal dari Sarawak dengan menggunakan nama Programmer Calvin Gani di laman Facebooknya. Katanya, seorang lagi yang menggunakan nama Rakyat Anarki pula menghina polis sebagai anjing dan Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak layak menjawat jawatan Ketua Polis Negara. "Tujuan saya buat laporan ini kerana kita mahu pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua mereka ini," katanya kepada pemberita hari ini. Menurut Mohamad Sharom, SKMM perlu menggunakan undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemilik laman sosial yang mencetuskan provokasi agama kerana boleh mengganggu-gugat ketenteraman negara. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |