Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 31 May 2013 04:03 PM PDT Hati berkenan berkenan dan lidah terkelu melihat kulit putih wanita berbeza bangsa dan agama, seterusnya timbul pula satu perasaan kasih dan sayang sehingga berniat untuk menjadikan pasangan hidup yang sah. Walaupun berbeza latar belakang dan budaya, kerana cinta, faktor itu tidak dijadikan penghalang malah nasihat keluarga mengenai risiko perkahwinan campur dipandang ringan atau tidak diendahkan.
Rancangan bual bicara santai, Primadona untuk episod minggu ini mengupas kelebihan dan kekurangan amalan kahwin campur serta panduan bagaimana dua individu yang berbeza latar dan budaya boleh hidup sebumbung dengan bahagia. Segmen turut membincangkan pandangan seorang wanita juga isteri yang memilih berkongsi kasih dengan lelaki negara luar malah bahagia dengan perkahwinan itu. Perbincangan juga menyelit masalah yang kerap kali berlaku dalam perkahwinan campur dan bagaimana masalah itu dapat diatasi. Tetamu undangan termasuk segmen ialah pakar motivasi terkenal, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan dua pasangan bahagia kahwin campur masing-masing penyanyi Ning Baizura serta suami, Omar Dalton, dan Selma Blazevic serta suami, Yussahril Ismail.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |