{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Gaya kosmopolitan

Posted: 18 Jun 2013 03:41 PM PDT

Berkeyakinan. Perasaan yang cukup menawan itu boleh diterbitkan bukan saja menerusi percakapan, pakaian atau solekan tetapi juga ketika kaki menghayun langkah.

Pastinya, sepasang kaki tampak lebih sempurna apabila kasut yang disarung begitu selesa, cantik dan elegan.

Lebih-lebih lagi, jika kasut tumit tinggi menjadi pilihan, hayunan kaki tampak lebih seksi. Rekaan kasut memberi impak besar kepada wanita yang sememangnya gemar bergaya.

Aliran fesyen masa kini juga banyak menekankan keupayaan kasut untuk menjadikan seorang wanita lebih menyerlah. Persis selebriti Hollywood, tidak hairanlah mengapa ramai yang sanggup berhabisan demi mendapatkan sepasang kasut yang sepadan dengan kaki dan karakter mereka.

Menceritakan keindahan kasut menerusi koleksi Metamorphosis yang turut melambangkan keindahan rama-rama seumpama garisan rona indah, jenama kasut rekaan khas dari XALF kini hadir memukau cita rasa wanita menerusi rekaannya yang individualistik.

Menggunakan elemen individualistik, koleksi kasut terkini itu jelas mewakili salah satu hidupan alam terindah sekali gus mencerminkan karakter wanita yang berwarna-warni serta bebas bergerak mengecapi dunia.

Sepatu serlahkan wanita
Memetik kata bintang lagenda Hollywood, berikan si gadis sepatu yang betul dia pasti mampu menawan dunia, XALF menggabungkan hasil idea daripada pengasas rakan kongsi Xavier Mah dan Alfred Hor untuk menampilkan himpunan kasut eksklusif serta dipersembahkan kepada pencinta kasut. Koleksi berkenaan menawarkan kelainan dan keselesaan bergerak.

Mah berkata, koleksi Metamorphosis turut menampilkan ilham keinginan seorang gadis untuk memenuhi pentas fesyen Vogue dan berjaya menepuh cabaran selepas sekian lama berusaha. Dirinya dilambangkan rama-rama yang keluar dari kepompongnya.

Wanita akan nampak cantik apabila mereka menyedari kelebihan dimiliki mereka tanpa sebarang keraguan. Inilah dipanggil transformasi semula jadi.

Sehubungan itu, XALF berhasrat menyelami jiwa matang wanita sekali gus menyelami keaslian jiwa ibarat kepompong yang bakal melahirkan rama-rama menawan ke pentas dunia.

Sebagai penghormatan kepada keberanian menempuh kesulitan dan menjadi wanita yang indah, XLAF menunjukkan penghargaannya terhadap wanita menerusi rekaan mengilhamkan fenomena metamorfosis yang cukup glamor dan beremosi, katanya pada majlis pelancaran Metamorphosis dengan usaha sama Lotus Malaysia, di bilik pameran Bentley, Pavilion, di ibu negara, baru-baru ini.

Simbol keanggunan

Melambangkan daya kreatif aksesori bukan saja ikonik, tetapi simbol keanggunan kemewahan, jenama itu mengukir koleksi kasut menawan yang serasi dengan wanita berciri bebas, berani dan moden.

Penuh gaya kosmopolitan, teknik penghasilan kasut bespoke menjadi semakin popular kerana ciri-cirinya yang menonjol. Penampilannya yang berlainan juga menjadikan koleksi itu pilihan bijak untuk kaki melangkah.

Rangkaian merangkumi, rekaan kasut peep toe, pumps dan platform dari koleksi Acmon, Anise, Fluvia, Indra, Lupine, Lyside, Morpho dan Zilpa serta lain-lain.

Masih mengekalkan ciri-ciri keselesaan mengikut bentuk kaki wanita supaya imbangan sepanjang pemakaian dapat dikekalkan. Selain kasut bertumit, rekaan potongan baji dan balerina yang selesa juga diketengahkan.

Penggunaan material mewah dengan hiasan aksesori dan gabungan warna terang serta gelap memberikan kelainan pada kaki wanita, khususnya yang mengutamakan keanggunan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat