Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
FAM harus positif jika dikritik Posted: 18 Jun 2013 02:38 PM PDT Klang: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu perlu menerima kritikan secara positif, termasuk daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Saya mempunyai pandangan positif dan selaku salah seorang Naib Presiden FAM, kita kena terima segala kritikan ini.
Sudah tentu sebagai menteri, Khairy mempunyai pandangan dan beliau juga sebelum ini pernah menjadi Timbalan Presiden FAM. Jadi kita melihat pandangannya itu dari sudut positif dan perlu menerimanya. Ubah tahap baik Bukan saja FAM, malah persatuan sukan lain juga, kita perlu berubah ke satu tahap yang lebih baik. Itu pandangan peribadi saya, kata Hamidin ketika ditemui di Istana Alam Shah, Klang, semalam. Semalam, BH Sukan melaporkan Khairy sebagai berkata, FAM perlu mendengar pandangan ahli gabungan yang berpengalaman sekiranya tidak mahu mendengar cakapnya yang dianggap sebagai menteri hingusan.
Khairy berkata, semuanya kini terpulang kepada FAM untuk memberi butiran ke mana wang tajaan itu dibelanjakan kepada Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), datuk Shahidan Kassim. |
Kuasa ketua jurulatih Selangor pilih pemain Posted: 18 Jun 2013 02:37 PM PDT Klang: Persoalan mengenai ketiadaan pemain muda dari skuad Piala Presiden B-21 yang diserap masuk ke dalam skuad Liga Super Selangor sejak beberapa musim kebelakangan ini sebenarnya perlu dilihat dari sudut profesional. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, hak untuk memilih barisan 25 pemain untuk skuad utama mengharungi sesuatu musim Liga Super itu terletak di bahu ketua jurulatih dilantik.
Sudut profesional Pemain muda ini seterusnya akan melangkah naik ke skuad Piala Presiden B-21 Selangor dan kemudian barulah diserapkan ke skuad senior (Liga Super). Memang kita nak lihat seberapa ramai pemain berasal Selangor masuk mewakili skuad senior tetapi ia perlu dilihat juga dari sudut profesional, kata Hamidin ketika ditemui selepas mengetuai lawatan rasmi pemain dan pegawai skuad Piala Presiden B-21 dan Piala Belia B-19 Selangor di Istana Alam Shah, Klang, semalam. Berjaya tersenarai Antara kumpulan terakhir dari skuad Piala Presiden Selangor yang berjaya tersenarai dalam skuad Liga Super Selangor ialah Asraruddin Putra Omar, Fitri Shazwan Raduwan, Nasriq Baharom dan Fairul Azwan Shahrullai, kesemuanya kini sudah berusia antara 25 hingga 26 tahun. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |