Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 19 Jun 2013 05:35 PM PDT Kes pertama pembedahan tumor otak lakar sejarah dunia perubatan negara Pelbagai perkara berkecamuk dalam fikiran. Rasa gementar dan bingung untuk memberikan kata putus sama dirinya bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk melakukan pembedahan otak dalam sedar selepas dicadangkan doktor. Tambahan pula selepas mengetahui pembedahan dikenali sebagai Awake Craniotomy itu adalah yang pertama dilakukan di Malaysia.
Ternyata kepakaran doktor Malaysia amat hebat dan beliau berjaya menjalani pembedahan itu dengan baik. Yang ajaibnya, Ismail mampu kembali bertugas seperti biasa tanpa merasakan sebarang kesakitan biarpun baru pembedahan membuang tumor. Sebelum ini, beliau pernah putus harapan dan menganggap dirinya tidak dapat hidup lama sejurus disahkan mengalami tumor otak selepas kerap kebas pada anggota badan bahagian kiri. "Keputusan untuk dibedah dalam keadaan sedar sememangnya bukan perkara mudah. Banyak yang terlintas di fikiran saya sejurus cadangan diberikan oleh pakar. Tambahan lagi saya juga masih terkejut apabila diagnos mengalami tumor otak. Baru saja cuba menerima berita itu, datang pula cadangan yang lebih memeranjatkan. "Namun selepas diterangkan pembedahan itu memberikan peluang besar untuk menyelamatkan pergerakan anggota kiri saya dan mengurangkan pembuangan sel ia memberikan semangat kepada saya mencuba," jelasnya ketika ditemui di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas menjalani pembedahan pertama iaitu Awake Craniotomy dalam situasi pesakit masih sedar.
Menyambung penjelasan, Ismail ditemani isterinya, Nawah Mohd Rashid memberitahu apabila disedarkan semasa bedah beliau terasa takut tapi keadaan terkawal apabila kumpulan pakar bedah yang terbabit memberikan sokongan moral dan psikologi terhadapnya. "Sebaik saja membuka mata, saya melihat doktor bertugas berada di depan bagi mengawal keadaan sambil Dr Ramesh meneruskan pembedahan sambil berinteraksi dengan saya supaya melakukan pergerakan mudah termasuk menggenggam jari dan menggerakkan kaki. "Saya mendengar dan melihat mereka untuk menyuruh saya memberi tindak balas terhadap pergerakan tangan dan percakapan mereka di samping menasihatkan saya membaca ayat-ayat amalan untuk menenangkan diri. "Hampir satu setengah jam juga saya disedarkan sebelum ditidurkan semula untuk proses menutup kembali tempurung kepala. Saya juga amat bersyukur kerana diberikan peluang menjadi pesakit pertama menjalani rawatan terbaru itu," jelasnya. Pembabitan pesakit Pakar Bedah Neurologi UKM, Profesor Madya Dr Ramesh Kumar yang mengetuai pembedahan Awake Craniotomy itu membolehkan pemotongan maksimum bagi memastikan tiada kecederaan berlaku kepada tisu otak normal pesakit. Mencatatkan pencapaian menakjubkan, katanya, pembedahan itu bertujuan mengeluarkan ketumbuhan dikenali sebagai Eloquent Brain tanpa memberi kesan kerosakan kepada otak. "Penekanan diberikan pada bahagian otak yang mengawal fungsi penting seperti komunikasi, persepsi, interaksi dan pergerakan. Bahagian itu mengurus deria, pergerakan dan pertuturan yang juga fungsi penting untuk kehidupan normal. "Cara berinteraksi juga dapat melihat maklum balas pesakit ketika pembedahan. Ia bertujuan memastikan bahagian otak yang mengawal fungsi itu tidak mengalami kerosakan. Jika terdapat perubahan negatif pada fungsi dan reaksi, pembedahan akan dihentikan," katanya pada sidang akhbar mengenai pembedahan sulung itu, baru-baru ini. Pembedahan sulung itu dibantu tiga lagi pakar bedah iaitu Dr Toh Charng Jeng, Dr Sanmugarajah Paramasvaran dan Dr Ainul Jaffar. Dr Esa Kamuruzaman pula ialah pakar bius untuk pastikan pesakit lali sebelum menyedarkannya semula sebaik tempurung kepala pesakit dibuka. Pembedahan bersyarat Biarpun melakarkan sejarah luar biasa, Dr Ramesh menjelaskan pembedahan yang membabitkan pesakit mengambil bahagian semasa pembedahan itu bagaimanapun menetapkan beberapa ciri penting untuk pastikan ia berjaya. "Keseluruhan masa diambil untuk pembedahan ialah empat jam dan pesakit sedar selama satu setengah jam sebelum proses penutupan tempurung kepala mereka dijalankan. "Kami menilai dari segi usia, berfikiran positif dan mereka yang kuat untuk meneruskan pembedahan ini memandangkan ia memerlukan komited yang tinggi. "Secara tidak langsung pembedahan itu dapat menentukan pesakit tidak kehilangan fungsi yang boleh menjejaskan mereka ketika proses pembuangan ketumbuhan," jelasnya. Mengapa lakukan pembedahan otak secara sedar:
Kaedah pembedahan:
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |