Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Posted: 19 Jun 2013 11:23 AM PDT Oleh FARHANA JONI SEORANG penduduk melaungkan azan ketika api marak menghala ke rumahnya di Kampung Datu, Sibu, Sarawak, semalam. - UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA SIBU 19 Jun - Kira-kira 500 penduduk di Kampung Datu di sini tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan 100 buah rumah kayu milik mereka petang ini. Kebakaran kira-kira pukul 4 petang itu dikatakan bermula daripada hanya sebuah rumah sebelum merebak ke rumah lain. Bagaimanapun kebakaran yang turut mengakibatkan ruang udara di kawasan berdekatan dipenuhi kepulan asap hitam tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa. Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi dan Penyelamat Bomba negeri, Penguasa Bomba Hussin Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 4.02 petang dan hanya melibatkan sebuah rumah kosong. Katanya, bomba yang tiba lima minit kemudian di tempat kejadian mendapati api marak dengan cepat sehingga membakar 15 buah rumah lain. "Bomba menerima panggilan daripada penduduk yang memberitahu terdapat sebuah rumah kosong jenis kayu terbakar sebelum api mula merebak ke rumah lain di situ. "Seramai 48 anggota bomba melibatkan tiga Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Kanowit dan Sungai Merah yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalif Ja'afar sedang mengawal keadaan daripada merebak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Hussin berkata, sehingga pukul 7 petang ini anggota bomba masih berusaha mengawal keadaan dan punca kejadian masih dalam siasatan. Difahamkan, kesemua mangsa terlibat ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Abang Dali untuk sementara waktu. |
Adik pukul, samun abang kembar Posted: 19 Jun 2013 11:23 AM PDT Oleh MALINDA ABDUL MALIK ABDUL Jabar Mohd. Ali, yang menjadi mangsa samun di Bayan Baru, Pulau Pinang, kelmarin. BALIK PULAU 19 Jun - Disebabkan wang, seorang adik tergamak memukul dan menyamun abang kembarnya sendiri. Suspek bersama tiga lagi rakannya melakukan jenayah tersebut di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Baru di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan untuk menjemput isterinya yang bekerja di sebuah hotel berdekatan sebelum didatangi keempat-empat suspek terbabit termasuk adik kembarnya. Mereka menghalang kereta yang dipandu mangsa, kemudian menarik keluar dan membelasah sebelum meninggalkannya beberapa meter dari lokasi kejadian. Mangsa, Abdul Jabar Mohd. Ali, 37, bagaimanapun sempat memandu keretanya ke tempat kerja isterinya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan. Mangsa cedera di bahagian muka serta kepala dan kini dirawat di Hospital Balik Pulau. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Menurutnya, mangsa mengalami kerugian lebih RM10,000 selepas semua barang berharga serta wang tunai sebanyak RM5,000 disamun kesemua suspek. "Kita sedang memburu kesemua suspek dan kes ini di siasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |