Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
'Saya hanya tukang masak, bukan chef' Posted: 21 Jun 2013 05:42 PM PDT "Saya sebenarnya tidak cemerlang dari segi akademik. Jadi saya perlu kenal pasti kemahiran lain pada diri untuk menjadi insan berguna" Itulah antara ungkapan anak muda yang semakin dikenali sebagai personaliti TV, Sherson Lian, terutama sebagai seorang chef selebriti.
"Saya tidak mahu merendahkan pengiktirafan ini. Untuk mendapatkan gelaran Chef perlu mengorbankan banyak tenaga, wang yang banyak dan masa yang panjang dalam jurusan kulinari. "Seboleh-bolehnya, panggil saja saya Sherson, kerana saya hanya tukang masak biasa saja," katanya merendah diri. Lelaki berdarah campuran Cina dan Inggeris ini dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, tetapi keluarganya berasal dari Melaka. Dia cukup fasih berbahasa Melayu. Ketika mengendalikan program 5 Rencah 5 Rasa di sebuah stesen TV, persembahannya dalam bahasa Melayu yang dilihat 'sempoi' dan bersahaja tetapi menghiburkan. "Saya suka menonton Jamie Oliver dan dialah inspirasi saya. Saya tidak pernah rasa masakannya tetapi stail dia memasak, cara penampilan diri dan hidangannya, serta persembahan bertenaga menarik minat ramai untuk cuba memasak," katanya lagi.
Justeru, walaupun dilihat sebagai lelaki tampan dan macho, namun dia tidak wujud sama sekali perasaan malu apabila bercakap soal dapur dan masakan yang selalunya dikaitkan dengan orang perempuan. Pada peringkat awalnya memang dia tidak berminat masuk dapur. Bagaimanapun, disebabkan kegawatan ekonomi pada 1997 memaksa keluarganya menceburi perniagaan makanan di ibu negara selepas perniagaan barangan kemas bapanya terjejas teruk. Ketika itu, dia sering melihat ibunya bangun seawal jam 4 pagi untuk memasak pes berempah di dapur rumah mereka sebelum dibawa ke sebuah kafe kecil yang disewa di Jalan Klang Lama. Keadaan ketika itu agak sukar bagi keluarganya. Kafe yang disewa itu hanyalah satu ruang kedai yang sangat sempit sekadar dilengkapi sebuah sinki, dapur kecil dan sekadar boleh menempatkan dua meja sahaja. Pada waktu ini, Sherson juga tidak gemar untuk membuat kerja dapur tetapi lebih suka melayan pelanggan. Selama dua tahun keluarganya berniaga di ruang yang sangat sempit itu. Apabila perniagaan mula berkembang, barulah keluarganya menyewa kedai bersebelahan kedai asal yang asal dan menggunakan nama sama iaitu Paradise Cafe. "Satu hari saya begitu teruja melihat tukang masak menggunakan api berjelaga tinggi ketika menyediakan masakan, membuatkan tinggal keinginan nak buat macam mereka. "Bermula dari situ saya mula berjinak-jinak dengan pelbagai jenis masakan dari hanya makanan Asia hingga makanan ala-Barat. Tidak lama kemudian, kami buka lagi cawangan kedai masing-masing di Kajang, dekat dengan tempat tinggal kami," katanya. Sedar kelemahan diri Menyedari dirinya tidak boleh 'maju' dengan cemerlang dalam pelajaran, Sherson berasakan dunia masakan adalah kerjaya pilihan yang sesuai dengan dirinya. Bermula dengan melihat dan membantu emak memasak di dapur, dia mengembangkan minatnya untuk dijadikan kerjaya profesional. Dia mengambil beberapa kursus pendek dalam bidang kulinari untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuannya berkaitan dengan 'profesion di dapur'. Tamat sekolah menengah, Sherson diberi kepercayaan oleh keluarga untuk menguruskan Paradise Cafe di Jalan Klang Lama. Menyedari ada kekurangan dalam dirinya, dia mempelajari kursus jangka pendek bidang kulinari selama beberapa bulan di New Zealand. Selepas itu, dia kerap mengikut kursus jangka pendek lain dikenali Skim Aperantis Industri Perhotelan (Hotel Industry Apprenticenship Scheme) selama tiga bulan di Hotel JW Marriot yang dianjurkan oleh kerajaan, Taylor's College serta beberapa hotel di ibu negara. Selama tiga tahun dia pelbagai kursus jangka pendek dan masa sama menguruskan Paradise Cafe, sebelum semua perniagaan restoran keluarga itu dijual kerana mahu berpindah memulakan hidup baru di Alor Gajah, Melaka. Di Melaka, keluarganya menjalankan perniagaan inap desa (homestay) dikenali sebagai El Sactuary Homestay. Selain chalet, homestay ini menempatkan sebuah kantin yang boleh memuatkan 160 orang pada satu masa. "Memasak di kantin itu menggunakan konsep terbuka. Di sinilah peralihan perjalanan hidup saya apabila mendapat tawaran mengikut uji bakat dan lulus menjadi pengacara program 5 Rencah 5 Rasa," kata Sherson. Dorongan menjadi tukang masak Gaya hidup rakyat negara terutama di kawasan bandar kini, ramai yang tidak lagi masuk ke dapur untuk memasak kerana mudah ke pelbagai gerai dan restoran untuk mengisi perut, berbanding dulu apabila sesebuah keluarga rajin menyediakan lauk dan menjamu di rumah. "Jika dulu, kita tahu apa yang dimakan serta kandungannya tapi sekarang tidak, kerana hanya makan saja di kedai, sekali gus hilang nilai keakraban makan semeja bersama keluarga. "Negara kita juga memiliki banyak resipi warisan tok nenek moyang. Kalau tidak dipraktikkan, akan hilang ditelan zaman menyebabkan sukar hendak mencari makanan autentik. "Bukan itu saja, sekarang pasangan yang hendak berkahwin, sekitar 40 peratus mereka tidak tahu memasak dan ini menjadi lebih teruk jika tiada pihak berperanan menyalurkan mesej supaya ringankan tulang masuk ke dapur dan belajar memasak. Sayang jika tidak tahu memasak. "Kerana ini, saya berasakan perlu memainkan peranan menyalurkan mesej ini kerana memasak adalah keghairahan saya. Saya percaya semua orang boleh memasak. Saya tidak mahu membazirkan peluang ini dengan menjadi glamor, sebaliknya dengan objektif pasti iaitu menarik minat ramai untuk mula memasak" katanya. Menjadi kebanggaan, lebih 30 orang terutama golongan berusia antara 25 dan 35 tahun yang terserempak mahupun memberi komen dalam Facebook dan Twitternya menyatakan, 'Cara memasak kamu amat mudah membuatkan saya mahu masuk dapur kembali mencuba resipi baru', selain 'Sherson, kerana kamu saya sudah mula memasak'. "Kata-kata mereka ini seperti alunan muzik mendamaikan di telinga saya, satu kepuasan yang tidak dapat saya gambarkan. Saya juga merasakan sudah menabur jasa kepada masyarakat malah negara. "Menjadikannya kini karier, saya baru membuka restoran makanan galeri butik (pakaian lelaki) dengan kerjasama rakan, Johnny Fua, dikenali Elegantology Gallery n Restaurant di Publika, Solaris Hartamas. Restoran itu berkonsepkan fine dining menyajikan tujuh hidangan tanpa menu ala-carte dengan masakan mengikut pilihan chef, manakala pelanggan hanya dapat memilih menu makanan utama sama ada berkehendakkan ikan, ayam, daging kambing atau lembu. "Pada harga dari RM160 dan ke atas dari jam 10 pagi hingga 11 malam, pelanggan kami bukan ke sini untuk sajian tertentu, tetapi menikmati hidangan yang kami sediakan," ujarnya. 3 Falsafah Sherson
|
Posted: 21 Jun 2013 05:29 PM PDT Air muka lelaki jatuh jika buat kerja rumah? Kebelakangan ini, masyarakat negara kita tanpa mengira bangsa nyata lebih mudah bersikap terbuka dan bertolak ansur dalam isu jantina. Suatu masa dulu, isu jantina berperanan menentukan kelas pekerjaan dan status seseorang individu dalam kelompok komuniti. Tidak hairanlah jika ada pendapat membahagikan tugas lelaki tertakluk pada kerja luar dan berat seperti berkerja menanggung keluarga, mengangkat tong gas dan membaiki lampu.
Keadaan itu menyaksikan ada segelintir lelaki mula berganti posisi dengan menggalas tanggungjawab isteri sekali gus merendahkan ego mereka demi menjaga anak dan keluarga di rumah. Rancangan bual bicara santai, Primadona kali ini mengupas kisah suami yang menggalas tugas isteri ketika isterinya mencari nafkah di luar. Penonton dihidangkan pendapat, pandangan dan perkongsian idea dari sudut pandangan lelaki yang bergelar 'suri rumah'. Malah, apakah faktor yang menjadikan mereka nekad membesarkan sendiri anak-anak sekali gus membiarkan isteri menggalas tanggungjawab mencari punca nafkah keluarga.
Pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan tidak ketinggalan menceritakan perspektif lelaki sejati dari sudut pandangan agama; sistem Patriarki (sistem masyarakat yang sebahagian besar kekuasaannya dipegang lelaki); dan bagaimana seseorang lelaki itu sepatutnya bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga. Segmen konflik menampilkan pendapat seorang suami yang bertanggungjawab mengorbankan pekerjaannya semata-mata menjaga keselamatan anak; menjadi suri rumah; dan menjaga anak-anak sementara isteri mencari nafkah keluarga. Selain itu, ada tetamu jemputan berkongsi tugas lelaki sejati yang bergelar suami dalam hal berkenaan. Dia tidak menentang peranan lelaki bergelar suri rumah namun, kurang bersetuju jika situasi berkenaan dialaminya. Walau apa pun sebab, pelakuan dan keadaannya sesebuah institusi kekeluargaan itu, tanggungjawab mencari nafkah terletak pada bahu seorang lelaki. Kudrat lelaki terserlah berbanding wanita - dijadikan daripada seketul tulang rusuk yang bengkok. Tepuk dada, tanyalah keputusan anda sendiri. Antara tetamu undangan iaitu pakar motivasi, Dr Tengku Asmadi dan tetamu merangkap suri rumah, Azidah Puteh Azid serta Muhammad Zaidi Hussin. Petua Menjadi Isteri Solehah
Petua Menjadi Suami Hebat
Petua Mengekalkan Perkahwinan
Petua Eratkan Kasih Sayang Suami
Petua Menyelesaikan Masalah Rumah Tangga
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |