{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Senaman langsing

Posted: 23 Jun 2013 05:01 PM PDT

Aqua Zumba, senaman tarian dalam kolam air untuk menurunkan kalori

Mana-mana individu pasti tertarik apabila ada kenyataan hanya menghadiri satu kelas senaman, lebih 400 kalori berjaya dibakar. Persoalannya adakah wujud kaedah senaman semudah itu dan apakah jenisnya?

Tarian Aqua Zumba, kaedah senaman di dalam kolam renang yang diperkenalkan di Sepanyol, masih asing di negara ini, namun tidak di luar negara termasuk di Amerika Syarikat sebagai salah satu kaedah mengekalkan tubuh langsing.
Aqua Zumba adalah satu kaedah kecergasan baru kepada mereka yang baru dalam bidang kecergasan mahupun pengamal tegar gimnasium. Ramai yang akan terkejut melakukan aktiviti dalam air yang menyeronokkan." Maria Teresa Stone, Jurulatih master Aqua Zumba

Pendekatan yang diterap menerusi tarian itu menepati ciri seperti selamat, mudah dan menceriakan.

Menari dan menghasilkan aksi akrobatik dalam air mungkin kelainan yang membantu memberikan semangat dan motivasi kepada individu tanpa perlu berlari beratus-ratus kilometer bagi mendapatkan tubuh ideal.

Bagi mereka yang memang sukar untuk melakukan latihan fizikal yang memerlukan banyak tenaga, tarian Aqua Zumba adalah jawapan terbaik.

Tidak perlu menghafal setiap langkah senaman peserta hanya perlu mengikut rentak muzik yang dimainkan, diikuti gerakan secara dinamik. Selain membantu meningkatkan stamina ia juga berupaya menguatkan otot. Lebih istimewa ia dijalankan secara berkumpulan.
di Malaysia

Justeru, Celebrity Fitness, bertempat di Mid Valley melancarkan tarian Aqua Zumba pertama di Asia yang dijalankan bagi meningkatkan kesihatan badan secara umum.

Perkataan Zumba sendiri berasal dari Sepanyol yang membawa maksud tarian parti dengan gabungan pelbagai rentak muzik.

Senaman akuatik yang berisiko rendah ini dikatakan adalah pilihan sempurna untuk mereka yang menghadapi masalah sakit belakang dan sakit sendi.

Menggunakan kaedah senaman mengikut rentak eksotik dan antarabangsa dengan berpandukan pengajar sebagai ketua, pastinya mampu mengurangkan kalori dalam tempoh singkat.

Malah senaman ini juga dikatakan baik untuk kecerdasan otot teras kerana ia membabitkan pergerakan kaki dan tangan.

Jurulatih master Aqua Zumba, Maria Teresa Stone, berkata beliau begitu gembira kerana Celebrity Fitness Malaysia sudah mengambil langkah pertama untuk memperkenalkan Aqua Zumba kepada rakyat negara ini.

"Saya amat gembira kerana percaya rakyat akan menjadi sangat teruja untuk menyertai kelas ini kerana ia akan menjadi satu pengalaman tarian baru yang menggunakan tenaga yang tidak pernah dilakukan sebelum ini," katanya.

Berpengalaman dalam tarian dan senaman kecergasan pada usia sangat muda, Maria sudah berkecimpung dalam arena senaman kecergasan pada 1996. Sebagai jurulatih kecergasan dan kumpulan selama beberapa tahun membuatkan dia melancarkan beberapa program Zumba di negara seperti New Zealand dan Australia.

"Aqua Zumba adalah satu kaedah kecergasan baru kepada mereka yang baru dalam bidang kecergasan mahupun pengamal tegar gimnasium. Ramai yang akan terkejut melakukan aktiviti dalam air sememangnya menyeronokkan," katanya.

Bagi ahli setia Celebrity Fitness, mereka mempunyai keistimewaan menyertai Aqua Zumba secara percuma dan kelas latihan boleh didapati di Celebrity Fitness, Mid Valley.

INFO: Aqua Zumba
* Perkataan Zumba berasal dari Sepanyol yang membawa maksud tarian parti dengan gabungan pelbagai rentak muzik.
* Dicipta oleh penyelia aerobik dari Columbia bernama Alberto Perez pada 1990.
* Lima jenis zumba iaitu Zumbatomik, Gold, Fitness, Toning, Sentao, dan Aqua
* Aqua gabungan antara tarian zumba dilakukan di kolam renang.
* Aqua Zumba seterusnya diperkenalkan di Amerika pada 2003 dan menerima sambutan di Indonesia, pada 2009.
* Malaysia adalah negara pertama di Asia melancarkan kelas Aqua Zumba menerusi Celebrity Fitness.
* Diiringi dengan lagu yang sangat unik seperti latin, cumbia, reggaeton, salsa, merengue, samba, flamenco, belly dance, calypso, tango dan pop.

Gambaran senaman Aqua Zumba
* Perlu berpakaian selesa dan sesuai ketika menjalankan aktiviti Aqua Zumba
* Diadakan di kolam renang dan secara berkumpulan
* Ibu hamil, bayi dan wanita selepas melahirkan anak digalakkan menyertai aktiviti ini
* Jurulatih akan berada di atas kolam renang manakala peserta akan mengikut gerak langkah dari bawah kolam.
* Ketika berlatih, muzik akan mengiringi latihan senaman.

Pencarian Ratu Cantik Dunia Malaysia bermula

Posted: 23 Jun 2013 04:45 PM PDT

Pertandingan Ratu Cantik Dunia Malaysia 2013 kini kembali lagi dengan tema 'Cantik dengan Tujuan' mengalu-alukan wanita yang mempunyai kriteria ditetapkan, bijak dan memiliki aura mempesona untuk menyertai acara penuh berprestij ini.

Lebih unik lagi, acara itu yang bakal diadakan di negara ini dianjurkan sendiri oleh bekas Ratu Cantik Malaysia/Universe 1990 dan Malaysia/World 2004/2005, Datuk Anna Lim selepas mendapat lesen rasmi bagi penganjurannya daripada Miss World Limited, London.

Anna berkata, beliau bangga kepercayaan ini diberikan kepadanya untuk berkongsi menyebarkan mesej positif menerusi kecantikan dan akan memastikan pengalamannya dapat dijadikan panduan pada acara kali ini.

"Saya komited untuk memastikan ia bukan hanya menjadi ratu berdasarkan kecantikan tetapi perlu menarik perhatian hakim dengan personaliti dan kecerdasan mereka.

"Tema yang ditetapkan kali ini juga bertepatan dengan mesej yang ingin dibawa oleh saya iaitu ratu cantik bukan hanya dikenali daripada penampilan yang menawan, tetapi juga sumbangan yang dilakukan kepada masyarakat," katanya.

Promosi Malaysia

Ratu cantik antarabangsa ditubuhkan pada 1951 adalah acara paling lama sekali dan berjaya menarik penyertaan daripada seluruh dunia. Sehingga kini Pertubuhan Ratu Cantik Dunia berjaya mengumpul lebih daripada RM1,442,925,000 (USD $450,000,000) untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh dunia.
Beliau turut berharap menerusi acara ini dapat membuka banyak mata mengenai Malaysia sekali gus mempromosikan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Anna berkata, beliau juga berbangga dapat bekerjasama dengan organisasi ini dan berharap dapat melakukan tanggungjawab diberi dengan penuh berwibawa.

Acara berprestij ini dijadualkan berlangsung pada akhir Julai ini dan pertandingan akhir Ratu Cantik Dunia 2013 pula akan diadakan di Jakarta, September ini. Sebarang maklumat lanjut boleh dikemukakan kepada meridiansurf@yahoo.com, sebelum 10 Julai ini.

INFO: Piawaian penyertaan Ratu Cantik Dunia Malaysia 2013
* Wanita berusia antara 17 hingga 24
* Tinggi dan bentuk badan yang elok.
* Menyerlah dengan kulit yang baik
* Penampilan fizikal yang sihat
* Sebaik-baiknya lulusan universiti bagi menyuarakan pendapatnya
* Mesra dan bersikap positif

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat