{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Pas Kelantan perlu ikhlas

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

ZAWAWI Othman (dua dari kiri) dan Zulkifle Ali (kiri) memeriksa perbarisan Platon Ikatan Relawan Rakyat Semerak sempena Majlis Kesyukuran Barisan Nasional DUN Semerak di Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

PASIR PUTEH 23 Jun - Kerajaan Pas Kelantan diminta menunjukkan keikhlasan mereka dengan menghentikan perbuatan 'tikam belakang' sekiranya mahu menjalin kerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk membangunkan bandar perikatan di Tok Bali di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Semerak, Zawawi Othman berkata, Kerajaan Pas negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob perlu mengelak daripada melakukan sebarang bentuk provokasi dan perbuatan memburuk-burukkan Kerajaan Pusat, yang telah menjadi amalan kepimpinan kerajaan negeri terdahulu.

"Ini termasuk menyokong atau menyertai perhimpunan haram 'Blackout 505' anjuran parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyertai majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional DUN Semerak di sini, hari ini.

Yang hadir sama, ADUN Selising, Zulkifle Ali.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad di Tok Bali baru-baru ini antara lain menyebut, kerajaan Pas Kelantan akan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi memajukan Tok Bali terutama melibatkan projek pembesaran pelabuhan sedia ada.

Menurut Ahmad, langkah itu perlu untuk meningkatkan ekonomi negeri Kelantan yang sebelum ini mengeksport hasil bumi menggunakan Pelabuhan Klang sehingga menyebabkan peningkatan kos.

Mengulas lanjut, Zawawi yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh berkata, kepimpinan kerajaan Pas negeri sebelum ini gagal membangunkan bandar perikanan itu walaupun diberi peluang 22 tahun memerintah.

Ini kerana kata beliau, kerajaan Pas sebelum ini lebih banyak memperjuangkan slogan dan melakukan retorik politik bagi mengelabui mata rakyat untuk mencapai menang dalam pilihan raya lalu sehingga Tok Bali yang didakwa bandar baharu perikanan hanya indah khabar dari rupa.

Menurutnya, beberapa pembangunan yang ada di Tok Bali sebenarnya hasil usaha Kerajaan Pusat yang merancang dan melaksanakan projek tersebut secara berperingkat menerusi program pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Zawawi berkata, sehingga ini Kerajaan Pusat memperuntukan sebanyak RM84 juta untuk membangunkan kawasan berkenaan di bawah pelbagai agensi seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Institut Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

"Daripada jumlah itu sebanyak RM39 juta sudah dibelanjakan untuk meningkatkan taraf hidup terutama masyarakat petani, nelayan dan pekebun kecil serta membangunkan projek-projek industri kecil dan sederhana (IKS)," katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya keadaan akan berubah sekiranya kerajaan Pas Kelantan di bawah kepimpinan Ahmad menunjukkan keikhlasannya bagi menjayakan hasrat murni tersebut.

RM12.4 juta taja pelajar Terengganu ke Rusia

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

AHMAD Said dan Toh Puan Norliza Mahmud (tengah) bersama para penerima tawaran biasiswa di Hotel Primula, Kuala Terengganu, Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 23 Jun - Kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu (YT) membelanjakan hampir RM12.4 juta bagi menaja seramai 231 pelajar anak negeri ini untuk mengikuti kursus perubatan di Rusia pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kesemua pelajar ditaja selama tempoh pengajian mereka iaitu enam tahun antaranya di Volgograd State Medical University, Russian National Research Medical University dan I.M Sechenov First Moscow State Medical University.

Katanya, beliau berharap dengan usaha kerajaan negeri menyediakan kemudahan berkenaan, para pelajar dapat memanfaatkan peluang tersebut dengan memperoleh keputusan cemerlang sekali gus dapat menyumbang semula kepada negeri ini.

"Kira-kira 70 peratus pelajar anak negeri ini yang mengikuti pengajian perubatan di Rusia adalah pelajar perempuan dan saya harap apabila mereka tamat belajar nanti, dapat berkhidmat di hospital di negara mahupun negeri ini.

"Ini kerana, menjadi hasrat kita mahu menyediakan hospital pertama yang menawarkan rawatan doktor wanita kepada pesakit wanita dan doktor lelaki untuk pesakit lelaki, jadi, dengan program ini kita harap impian itu dapat dicapai tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Tawaran Biasiswa Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Program Berkembar (United Kingdom) dan Kejuruteraan (Jerman) serta Penyampaian Wang Pendahuluan Kepada Pelajar Perubatan Tajaan YT Ke Rusia Sesi 2013/2014 di Hotel Primula dekat sini semalam.

Yang turut hadir sama, isteri Menteri Besar, Toh Puan Norliza Mahmud, Pengarah YT, Zakaria Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib.

Pada majlis itu, seramai 41 orang pelajar perubatan YT ke Rusia Sesi 2013/2014 menerima wang pendahuluan diri selama enam bulan sebanyak RM17,503 setiap seorang merangkumi elaun sara hidup, penempatan, buku, alat perkakas dan pakaian panas.

Turut dirai, seramai empat pelajar cemerlang yang menjadi penerima kali pertama Biasiswa Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin manakala lima pelajar Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Program Berkembar (United Kingdom) dan lapan pelajar lagi di bawah Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Kejuruteraan Automatif (Jerman).

Pelajar ponteng diarah solat sunat, Zuhur berjemaah

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

SEBAHAGIAN daripada 25 pelajar ponteng sekolah diberi bimbingan ringkas selepas ditahan dalam operasi bersepadu yang melibatkan beberapa agensi kerajaan di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 23 Jun - Seramai 25 pelajar ditahan dalam satu operasi pagi ini, kerana ponteng sekolah.

Operasi bersepadu itu dilakukan pukul 9 pagi ini dan melibatkan beberapa agensi kerajaan termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan negeri dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Dalam operasi itu, tempat yang menjadi tumpuan ialah kawasan taman rekreasi, warung dan gerai berhampiran sekolah serta kafe siber.

Pelajar yang ditahan kemudiannya dikumpulkan di Masjid Telipot, dekat sini sebelum diarah menunaikan solat sunat dan solat Zuhur berjemaah serta mengikuti sesi kaunseling sebelum diserahkan kepada pihak sekolah masing-masing.

Ibu bapa pelajar terbabit turut dipanggil, manakala yang positif ujian air kencing akan diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, operasi tersebut dilakukan bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar bahawa ponteng merupakan suatu kesalahan dan mereka perlu berada di kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan.

"Sebahagian besar pelajar terlibat dari sekolah-sekolah di daerah ini, tetapi ada juga pelajar dari sekolah di daerah lain yang ponteng di sini. Sehingga hari ini, sebanyak 25 operasi telah diadakan seluruh Kelantan. Jumlah tangkapan setakat ini seramai 50 pelajar,: katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Hussain berharap, semua PPD akan meneruskan operasi tersebut secara berkala dan sepanjang masa termasuk pada bulan Ramadan nanti untuk memastikan masalah ponteng sekolah berjaya dibendung.

Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan beberapa pelajar yang ditahan bahawa perhimpunan pagi setiap hari Ahad yang membosankan, punca mereka ponteng sesi persekolahan pada hari tersebut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat