{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Bicara magis mutiara

Posted: 25 Jun 2013 09:34 PM PDT

Aksesori elegan, unik, penambah seri dan menyerlahkan personaliti si pemakai

Barang perhiasan yang dikalung di leher menyerlahkan imej dan gaya individu. Perhiasan daripada mutiara umpamanya berupaya menaikkan seri wanita jika kena gaya dan penampilannya.

Namun mutiara dikatakan magis untuk menjadikan pemakai kelihatan muda, matang atau serba tidak kena kala bergaya.
Begitu juga dengan perhiasan seperti kalung atau rantai tangan daripada mutiara, ia tersendiri, ada karakter bahkan turut memberi kesan kepada pemakainya." Joseph Lim, Wakil jenama pengedar dan pengeluar mutiara Schoeffel Asia Tenggara

Wakil jenama pengedar dan pengeluar mutiara Schoeffel Asia Tenggara, Joseph Lim, berkata mutiara adalah perhiasan unik yang mampu berbicara dengan pemakainya kerana sinar, saiz, bentuk, warna dan keunikannya yang tersendiri menyebabkan penggemar perhiasan ini tidak boleh sebarangan membelinya sebalik perlu mencuba terlebih dulu.

"Seperti unik dan susahnya mahu mendapatkan mutiara asli begitulah juga kesan kepada pemakai kerana ia berupaya membuatkan pemakai kelihatan anggun di khalayak walaupun hanya mengenakan sepasang kerongsang mutiara.

"Begitu juga dengan perhiasan seperti kalung atau rantai tangan daripada mutiara, ia tersendiri, ada karakter bahkan turut memberi kesan kepada pemakainya," katanya ketika ditemui di gedung perhiasan Poh Kong, di ibu kota, baru-baru ini.

Mutiara asli meskipun susah ditemui dan berharga tetap menjadi pilihan penggemarnya kerana keaslian sebutir mutiara adalah seri yang dicari pemakai selain dikatakan 'penawar' untuk awet muda menurut kepercayaan sesetengah penggemarnya.
Lim berkata, banyak mutiara yang diternak berada di pasaran di seluruh dunia bertujuan komersial manakala yang asli terjadi secara semula jadi. Harga mutiara asli yang pasti jauh lebih tinggi berbanding mutiara yang diternak.

Pelbagai jenis mutiara

"Ada beberapa jenis mutiara di pasaran yang sentiasa mendapat sambutan penggemar iaitu mutiara Akoya yang berasal dari Teluk Ago, Jepun; mutiara Laut China Selatan, mutiara air tawar dan mutiara Tahiti.

"Mutiara juga tidak semua berbentuk bulat, ada juga yang dinamakan Baroque atau Keishi. Mutiara yang sempurna bentuknya itulah yang lebih tinggi harga di pasaran dan ia sesuai dijadikan kalung kerana bentuk mutiara yang sempurna itu apabila dikalung ke leher menampakkan pemakai sangat sempurna," katanya.

Ada pelbagai faktor yang perlu diteliti apabila ingin membeli mutiara kerana mutiara 'berbicara' dengan pemakainya, justeru perhatikan warna, bentuk dan saiz bagi menjadikan penampilan anda lebih sempurna serta anggun.

Mewah dan unik

Kilau mutiara berbeza-beza. Jika kilauannya memantulkan cahaya dengan sempurna dan bercahaya daripada dalam ia adalah sangat berharga.

Bentuk mutiara juga mempunyai pengaruh yang besar ke atas nilai dan mutiara dengan bentuk bulat sempurna memiliki nilai lebih tinggi berbanding mutiara yang tidak mempunyai bentuk sempurna.

Permukaan mutiara memberi personaliti kepada pemakai, jika permukaannya tidak rata dan ada kecacatan ia mempengaruhi penampilan pemakai.
Saiz dan warna juga mempunyai kesan ke atas nilai. Lebih besar mutiara dan lebih jarang sesuatu warna ditemui pada mutiara dan semakin mahal harganya. Namun akan tetap dicari wanita seluruh dunia yang mengetahui akan keindahan mutiara.

Sehubungan itu, katanya gabungan harmoni kilauan, bentuk, permukaan, saiz dan warna pada sebutir mutiara mempengaruhi harga mutiara itu sendiri.
Sementara itu, Poh Kong turut memperkenalkan koleksi mutiara mewah yang menggabung keindahan cakerawala dan keunikan mutiara daripada Schoeffel.

Koleksi terbaru daripada Schoeffel itu menampilkan keindahan spektrum mutiara pelbagai warna seperti aprikot, pistachio, merah jambu, tembaga dan ungu dengan pelbagai inspirasi yang menjadi impian semua serta menjadi pilihan gaya terkini.

* Koleksi Collier: Kalung pelangi dengan gabungan pelbagai warna mutiara air tawar, mutiara Tahit, mutiara keemasan Laut Selatan yang indah dan menawan ilham daripada keindahan cakerawala. Koleksi kalung pelangi ini ditampilkan dalam nuansa pelbagai berdasarkan urutan warna berbeza seperti daripada lembut kepada kontras.

* Koleksi Couture: Kalung Poeme d'Amour diperbuat daripada mutiara Laut Selatan, diikat indah pada reben berlian dan emas putih menampilkan keunikan estetika yang ketara. Ia mengemukakan mutiara terpilih yang menakjubkan dalam pelbagai saiz, warna jarang ditemui, dihias indah dalam reka bentuk unik dan menawan.

Amat sesuai untuk majlis mewah, majlis rasmi atau untuk saat-saat indah yang akan meninggalkan kenangan manis.

* Koleksi Klasik: Kalung Rama-rama dengan sayap indung mutiara hasil seni tangan yang halus diikat pada emas mawar bertatahkan berlian dan mutiara putih merah jambu Laut Selatan. Sesuai untuk semua majlis, perasaan atau emosi.

* Koleksi Kreatif: Kalung Catwalk dengan mutiara Tahiti hijau yang penuh mistik tergantung pada rantai perak berkilat dan kusam yang menawan. Bersifat muda dan segar dengan impak dan daya tarikan seksi sebagai sebahagian daya kreatif mutiara. Amat sesuai untuk wanita muda yang menikmati gaya hidup bebas dan penuh keceriaan. Bahkan, mutiara memperlihatkan keceriaan dan keriangan

INFO: Bagaimana menjaga mutiara:

* Mencuci mutiara - gosok mutiara perlahan-lahan dengan kain kapas yang lembut dan kering.

* Simpan di dalam bekas sesuai dan pastikan bebas habuk.
* Jauhkan mutiara dengan elemen panas kerana ia akan menyebabkan mutiara hilang kelembapan asli.

* Elakkan mutiara daripada terkena semburan pewangi secara langsung atau permukaan kasar dan tajam.

Mitos mengenai mutiara;

* Tamadun awal China percaya mutiara hitam adalah simbol kebebasan dan ia boleh didapati di dalam otak naga.

* Masyarakat lama Mesir pula begitu menghargai mutiara sehinggakan apabila meninggal, mutiara akan dikebumikan bersama-sama mereka.

* Masyarakat Greece percaya mutiara terbentuk apabila hujan menimpa tiram dan mutiara juga adalah lambang kasih sayang dan perkahwinan. Dengan memakai perhiasan mutiara, mereka boleh mengetahui status individu dan akan melindungi wanita yang baru berkahwin daripada sebarang kejadian yang boleh menyebabkan mereka menitiskan air mata.

Seni tudung saji

Posted: 25 Jun 2013 04:18 PM PDT

Tudung saji adalah keperluan penting kepada suri rumah khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman dulu dan sekarang yang berfungsi menjadi penutup juadah daripada dihinggapi lalat dan dimasuki habuk.

Pada zaman moden ini, tudung saji bukan sekadar itu saja, sebaliknya dijadikan perhiasan rumah, pejabat dan ruang tamu di hotel dan sesetengahnya dijadikan cenderahati untuk diberikan kepada pelbagai pihak.

Kebanyakan tudung saji perhiasan dibuat dalam bentuk kecil beraneka warna dan corak mengikut tempahan dan kegemaran orang ramai.

Seorang pengusaha tudung saji di Kuantan, Noriah Tawang gigih menjalankan perusahaan berkenaan di kawasan rumahnya.

Ternyata tudung saji hasil kreativiti beliau mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembeli di sekitar Pahang dan Kuala Lumpur.

Anyaman warna-warni

Setiap tudung saji bersaiz kecil dijual antara RM12 hingga RM20 manakala saiz besar antara RM30 hingga RM35.
Pada awalnya, tudung saji yang dihasilkan untuk kegunaan sendiri tetapi lama kelamaan dijual kepada penduduk setempat, pelawat dan pelancong.

Dalam pada itu, Noriah berpeluang menambahkan pendapatan agak lumayan dengan dengan membuat tudung saji perhiasan.

Bahagian luar tudung saji berwarna-warni ini dianyam daripada daun pandan manakala dalamnya pula diperbuat daripada mengkuang dan bilah buluh.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat