{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Annuar terus 'belasah' FAM

Posted: 14 Jun 2013 02:47 PM PDT

Kuala Lumpur: Pencapaian bola sepak negara tidak seberapa, tetapi Sekretariat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai antara 70 dan 80 petugas, berbanding Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang bersaing di taraf dunia hanya mengambil kurang daripada 10 petugas.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar), berkata jumlah kakitangan yang terlampau ramai boleh menyebabkan pembaziran sekali gus menjejaskan pembangunan dan kualiti bola sepak tempatan.

Paling tidak masuk akal gaji sesetengah pegawai (FAM) lebih tinggi daripada gaji jeneral, malah mungkin lebih tinggi daripada gaji menteri.

Kos pentadbiran dan pengurusan FAM mencecah puluhan juta ringgit tetapi anggota gabungan kekeringan wang walaupun mendapat wang tajaan berpuluh juta yang tidak sampai kepada mereka sedangkan hak pasukan seperti hak penyiaran telah dijual.

"Malaysian Super League (MSL) ditutup tetapi Urusetia FAM menambah bilangan jabatan mereka dan akhirnya FAM berada dalam ketidakcukupan wang menyebabkan ahli gabungan yang merana," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya, semalam.

Hadapi masalah lebih besar

Beliau berkata, bola sepak Malaysia sedang menghadapi masalah yang jauh lebih besar, malangnya Urusetia FAM masih tidak nampak dan Presiden FAM pula yang terpaksa memikul bebanannya.
"Walaupun sudah tiga presiden negeri digantung kerana melanggar peraturan FAM, suara teguran akan terus berkumandang kerana FAM bukan ATM (Angkatan Tentera Malaysia)," katanya.

Tiga presiden berkenaan ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim dan Annuar sendiri.

Annuar turut mendakwa Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad bersikap seperti seorang 'jeneral tentera' dalam badan induk bola sepak kebangsaan itu.

Bekas Timbalan Presiden FAM itu berkata masalah yang berlaku dalam FAM sekarang adalah kerana Leftenan Jeneral bersara itu merasakan masih berkhidmat dalam tentera walaupun sudah lama bersara.

"FAM bukan batalion tentera sebaliknya ia lebih unik daripada itu. Dalam FAM ada EXCO yang dipilih dan dalam bola sepak juga ada pemegang kepentingan termasuk penyokong, penaja, kementerian, ahli gabungan dan lain-lain yang cukup berbeza dengan tentera," katanya.

Annuar berkata jawatan Setiausaha Agung FAM bukan dipilih menerusi pengundian daripada EXCO FAM sebaliknya ia dilantik dan dibayar gaji.

"Justeru tanggungjawab (setiausaha agung) bukan sekadar kepada presiden tetapi kemajuan keseluruhan bola sepak itu sendiri kerana dalam ketiadaan kongres dan EXCO, urusetialah yang berkuasa," katanya.

Raja puas hati

Posted: 14 Jun 2013 02:46 PM PDT

Kuala Lumpur: Saya fikir kita mencapai matlamat, kata jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal selepas menamatkan siri kem latihan pusat selama dua minggu di Australia dengan mencatat satu kemenangan dan dua tewas ketika bertemu tiga kelab bertaraf divisyen dua negara itu.

Skuad Harimau Malaya tewas 3-2 kepada Canberra FC pada aksi pertama, 6 Jun lalu sebelum bangkit membelasah Sydney Olympic 4-0, Selasa lalu, namun terpaksa akur tewas pula 2-0 kepada Marconi Stallions pada aksi terakhir, kelmarin.

Puas hati

Kita datang bermain dengan pasukan lebih berfizikal. Apa yang saya boleh katakan puas hati, pemain menunjukkan satu keberanian walaupun semua tiga pasukan ini boleh nampak kuat fizikal mereka tetapi pemain berani melakukan cabaran berbahaya.

Kita dapat melakukan serangan demi serangan. Hanya kita tidak menemui sentuhan penyudah pada perlawanan terakhir ini biarpun peluang dicipta lebih banyak berbanding ketika bertemu Sydney Olympic, kata Rajagobal selepas perlawanan, malam kelmarin.

Raja turut menganggap Marconi Stallions lawan paling kuat berbanding Canberra FC dan Sydney Olympic terutama dari segi aspek fizikal dan teknikal.

Mungkin rentak kurang sedikit pada aksi terakhir kerana Safee Sali tiada, Safiq Rahim tidak beraksi dan kemungkinan pemain seperti Aidil Zafuan Radzak, Asraruddin Putra Omar dan Norshahrul Idlan Talaha yang beraksi berturut-turut tiga perlawanan letih.
Saya beri peluang kepada semua pemain beraksi dan dari situ sudah ada gambaran kesebelasan atau 18 hingga 20 pemain. Ada juga pemain baru yang tunjuk prestasi baik seperti Nazmi Faiz Mansor dan Nazrin Nawi.

Jadi kita juga boleh lihat siapa yang mampu beraksi dalam situasi berdepan pasukan berfizikal dan ini satu persiapan bagus menjelang perlawanan menentang Chelsea (21 Julai ini), katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat