{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


‘5 minit boleh selesai’

Posted: 16 Jun 2013 02:14 PM PDT

"Apa salah saya," tanya ketua jurulatih skuad hoki remaja, Muhammad Dharma Raj Abdullah (atas) yang amat kecewa dengan dakwaan Jawatankuasa Kejurulatihan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Dia berkata tiada sebarang perbincangan dilakukan bersamanya berhubung isu peletakan jawatan ketua jurulatih skuad negara, Paul Revington yang 'mencipta gelora baru' dalam dunia hoki tanah air, kelmarin.

"Saya bersedia untuk berjumpa Revington pada bila-bila masa untuk selesaikan masalah ini. Bagi saya ia boleh diselesaikan dalam tempoh lima minit saja... tetapi bila ia berkait dengan jawatankuasa sudah pasti berlarutan."

Keputusan melulu

"Saya kecewa dan kecil hati kerana Jawatankuasa Kejurulatihan membuat keputusan sebegitu. Saya juga tidak faham dengan keputusan dilakukan itu. Saya ingin tahu apakah salah saya sebenarnya bersama Revington," kata Dharma Raj, semalam.

Dia masih mengulangi betapa dia seakan terasa terkedu apabila namanya 'dipetik' sebagai antara punca utama yang mendorong Revington mahu meletak jawatan, kelmarin.

FAM undang lebih banyak tohmahan

Posted: 16 Jun 2013 02:10 PM PDT

Kuala Lumpur: Sikap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang hanya 'berdiam diri' apabila diajukan soalan berkenaan duit penajaan Liga Malaysia berjumlah RM30 juta setahun, mengundang lebih banyak tohmahan kepada badan induk bola sepak negara itu.

Timbalan Presiden FAM yang digantung, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini menimbulkan persoalan berkenaan pengurusan dana tajaan Astro bernilai RM120 untuk tempoh empat tahun bermula musim 2011.

Annuar yang turut terbabit dalam perbincangan mendapatkan tajaan berkenaan ketika menjadi pengerusi Malaysian Super League (MSL) sebelum dia digantung dua tahun setengah April tahun lalu, seharusnya tahu butiran perbelanjaan FAM.

"Annuar selaku Timbalan Presiden sepatutnya tahu jumlah perbelanjaan FAM dalam setahun," kata salah seorang bekas pegawai FAM yang enggan didedahkan namanya.

"Tetapi ada baiknya dia menimbulkan persoalan itu kerana rakyat patut tahu.

"Yang menjadi masalah sekarang, apabila FAM berdiam diri, pelbagai tohmahan timbul menyebabkan reputasi badan induk bola sepak negara itu tercalar. Jika tidak ada apa yang hendak disorok, lebih baik dijelaskan saja."

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat