{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


'Saya tak terbabit'

Posted: 20 Jun 2013 05:28 PM PDT

Tengku Abdullah enggan buat spekulasi atau komen isu pegawai FAM bawa isteri 'melancong' ke Slovakia

Kuala Lumpur: "Saya tidak suka menuding jari atau tuduh menuduh, itu bukan cara saya," kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, semalam.

Reaksi itu terarah kepada 'topik hangat' mengenai dakwaan dilontarkan oleh penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (PAFA), Tan Sri Annuar Musa, kelmarin mengenai isu latihan skuad Harimau Muda A di Slovakia untuk 'memudahkan pegawai dan isteri masing-masing melancong'.

Tengku Abdullah berkata, beliau tidak tahu menahu dengan hal itu dan enggan membuat sebarang spekulasi, apa lagi bidang kuasanya lebih terarah kepada membuat dasar.

"Saya tidak berani membuat sebarang spekulasi... saya sendiri pun tidak terbabit dalam hal ini... kita membuat dasar saja dan ini semua adalah di bawah urusan pentadbiran.

"Jadi saya tak tahulah....saya tidak suka menuding jari, itu bukan cara saya," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan pemain skuad hoki kebangsaan menjelang Kejohanan Separuh Akhir Liga Dunia, semalam.

Mengulas mengenai satu lagi dakwaan Annuar mempersoalkan ke manakah FAM membelanjakan wang tajaan RM30 juta, Tengku Abdullah berkata: "Saya tidak terbabit dalam urusan kewangan FAM... apa yang saya tahu ada tajaan dan saya percaya Tuanku presiden juga kena keluar duit sendiri juga.. tetapi secara faktanya RM30 juta memang tidak cukup."

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

TRW tanpa 'kereta kebal'

Posted: 20 Jun 2013 05:21 PM PDT

Pengganti saya dan Nik Shahrul mampu kekang asakan jiran: Daudsu

Kota Bharu: Kelantan akan turun tanpa kelibat pemain pertahanan kental yang juga dianggap sebagai 'kereta kebal', Mohd Daudsu Jamaluddin kerana mengutip enam kad kuning menjelang pertemuan Liga Super menentang pasukan jiran, Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Selain Mohd Daudsu, seorang lagi pemain pertahanan, Nik Shahrul Azim Ab Halim juga tidak dapat diturunkan kerana turut digantung satu perlawanan selepas mengutip enam kad kuning dalam perlawanan sebelum ini.

Skuad kendalian Bojan Hodak itu dilihat semakin parah selepas pemain berpengalaman, Indra Putra Mahayuddin juga mungkin tidak dapat diturunkan dalam perlawanan malam ini kerana masih dibelenggu masalah kecederaan buku lali.

Daudsu berharap rakan sepasukan dapat beraksi pada tahap terbaik dalam perlawanan malam ini dan mampu memberi mata kepada skuad The Red Warriors (TRW).

Harus sekat Penyu

"Saya yakin pemain yang bakal menggantikan tempat saya dan Nik Shahrul (Azim) di barisan pertahanan dapat bermain baik dan sekali gus tidak memberi tugas mudah kepada barisan serangan Terengganu melancarkan serangan.

"Kelantan sangat memerlukan kemenangan dalam baki empat perlawanan liga untuk memperbaiki kedudukan dan sebagai pemain, memang tidak dinafikan perasaan kecewa apabila tidak dapat membantu pasukan di saat khidmat kita diperlukan," katanya.
Sementara itu, pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, ketiadaan dua tonggak pertahanan itu sedikit membimbangkan tetapi yakin Hodak ada ramuan terbaik memperkuatkan barisan pertahanan.

"Memang tidak dinafikan ketiadaan Daudsu dan Nik Shahrul Azim sedikit tambahan Indra Putra yang mungkin tak dapat diturunkan. Tapi kami masih ada ramai ramai pemain hebat menggantikan tempat mereka. Saya juga yakin, Hodak akan membuat perubahan terbaiki memastikan kita tidak pulang dengan tangan kosong dari Kuala Terengganu," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat