{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Final Piala FA di Bukit Jalil

Posted: 02 Jun 2013 07:36 PM PDT

Kuala Lumpur: Final Piala FA antara Johor Darul Takzim (DT) dan juara bertahan, Kelantan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 29 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pemilihan Stadium Nasional untuk aksi final sememangnya sudah pun ditetapkan.

Gembar-gembur yang mengatakan final Piala FA berlangsung di Stadium Shah Alam adalah tidak benar.

Tiket diberi sama rata

Jadi kami akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat termasuk dalam menentukan soal pengagihan tiket.

Seperti kebiasaan, sejumlah tiket akan diberi sama rata untuk dijual kedua-dua persatuan dan baki daripada jumlah itu akan dijual di Stadium Nasional untuk peminat di Lembah Klang, katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Kelantan dan Johor DT tetap perlu beraksi pada perlawanan ke-20 Liga Super, 26 Jun ini meskipun jaraknya hanya empat hari menjelang final Piala FA kerana tiada ruang lagi untuk ia dipinda.
Setakat ini belum ada permohonan daripada kedua-dua pasukan, tetapi saya rasa untuk mengubahnya agak sukar kerana Liga Super tetap perlu dihabiskan pada 6 Julai kerana umat Islam mula berpuasa pada 10 Julai, katanya.

Awe mahu cipta sejarah

Posted: 02 Jun 2013 07:36 PM PDT

Kuala Lumpur: Pemain tengah Johor Darul Takzim (DT), Nurul Azwan Roya kini berada pada prestasi terbaik untuk melakar sejarah menjuarai Piala FA buat kali kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun ini.

Jika musim lalu pemain yang lebih dikenali dengan panggilan Awe itu merasai nikmat sebagai juara bersama Kelantan, mara ke final bersama Johor DT menjadi peluang terbaik untuknya sekali lagi memenangi trofi berkenaan.

Menariknya, perlawanan akhir pada 29 Jun ini akan menyaksikan Awe bersama penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha akan menentang bekas pasukan yang juga juara bertahan, The Red Warriors.

Kemenangan cukup bermakna

Bukan saya saja tetapi semua pemain menunjukkan komitmen tinggi. Satu pasukan mempamerkan kerja keras membantu pasukan meraih kemenangan.

Selepas dikejutkan dengan dua gol pasukan Pahang, kemenangan ini cukup bermakna bagi saya. Ini kemenangan untuk semua penyokong, rakyat Johor, Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tidak kira pasukan mana yang saya wakili, saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk pasukan itu. Saya sudah rasa sebagai juara bersama Kelantan, musim lalu dan kini peluang kedua saya untuk cuba sekali lagi menjadi juara, katanya.
Walaupun tewas 2-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin, Johor DT mengesahkan slot final untuk bertemu Kelantan menerusi peraturan gol tempat lawan apabila kedudukan terikat 2-2 secara agregat.

Johor DT menang tipis 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, 25 Mei lalu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat