{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


FAM perlu berubah!

Posted: 05 Jun 2013 03:56 PM PDT

Mutu bola sepak negara perlu diberi keutamaan

Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan berdasarkan keadaan semasa dalam Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mutu bola sepak negara tidak akan berubah.

Beliau berkata demikian kerana FAM dilihat gagal memberi layanan adil kepada gabungan, tidak membenarkan persatuan dan individu menyuarakan pendapat, selain membuat keputusan dan mengubah peraturan sewenang-wenangnya.

FAM juga lebih gemar mengundang pasukan luar seperti Chelsea untuk beraksi di negara ini tetapi mengabaikan pembangunan bakat baru daripada kalangan belia dan hal-hal kritikal berkaitan bola sepak negara.

"Mungkin 20 tahun daripada sekarang pun, kita akan menghadapi kemelut yang sama jika keadaan semasa ini tidak diperbaiki," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebagai contoh, katanya ketika beliau dikenakan tindakan penggantungan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), beliau dimaklumkan tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang.

Beliau berkata, segala hukuman dikatakan akan dijatuhkan oleh Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM.

Bagaimanapun, katanya dalam kes Pahang menentang Johor Darul Takzim (DT) ketika aksi separuh akhir Piala FA, hukuman dijatuhkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.
"Kita juga tidak diberikan ruang membuat sebarang rayuan atas denda itu. Pada saya, ia bukanlah soal kewangan, tetapi soal keadilan dalam layanan terhadap persatuan bola sepak.

"Ini jelas menunjukkan bahawa FAM boleh membuat keputusan dan mengubah peraturan sewenang-wenangnya," kata Tunku Ismail.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Pahang bengang

Posted: 05 Jun 2013 03:49 PM PDT

Tak puas hati dakwaan PBNP kaut untung

Kuantan: Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mendakwa Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mengaut keuntungan daripada perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, 1 Jun lalu, adalah berat sebelah dan tidak membina.

Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata, kenyataan itu bukan sahaja mempertikaikan integriti PBNP malah seolah-olah menghukum peminat bola sepak Pahang.

Beliau berkata, PBNP bukannya organisasi yang bertujuan mengaut keuntungan kerana matlamat utama ialah membangunkan sukan bola sepak Pahang dan menarik minat rakyat terhadap sukan itu di peringkat daerah serta negeri.

Tuduhan berat sebelah

"Kami berpendapat kenyataan seumpama itu tidak seharusnya keluar daripada seorang menteri kerana selain berat sebelah dan tidak membina, ia juga boleh menjatuhkan semangat peminat Pahang.

"Namun, PBNP percaya ada kemungkinan kenyataan itu dibuat kerana ketidakpekaan atau terlepas pandang Khairy terhadap faktor semasa dan perasaan peminat.

"Kami percaya sekiranya seseorang itu berkecimpung secara terus menerus dalam sukan bola sepak, pendekatan berbeza mungkin diambil terhadap isu ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Kenyataan itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PBNP, Rizal Chek Hashim. Hadir sama, Setiausaha Agung PBNP, Fuzzeimi Ibrahim; pengurus pasukan, Datuk Che Nasir Salleh dan jurulatih, Dollah Salleh.

Tengku Abdul Rahman berkata, Khairy seharusnya memberikan kritikan, cadangan dan buah fikiran positif supaya kekecohan yang berlaku di Stadium Darul Makmur tidak berulang.

Pada masa sama, katanya, negara menyaksikan kebangkitan hebat sokongan peminat bola sepak tempatan.

"Daripada menuding jari mencari kesalahan sesama kita, adalah lebih wajar untuk semua pihak berganding bahu mencari jalan supaya tahap sokongan itu semakin meningkat," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat