{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Raja, mana nak letak muka?

Posted: 08 Jun 2013 05:07 PM PDT

Zolkples akui malu skuad kebangsaan kalah kepada pemain sambilan

Kuala Lumpur: "Kalau Datuk (K) Rajagobal tak malu, saya tak tahulah, tapi sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) dan rakyat Malaysia, saya memang malu dengan kekalahan itu," kata Datuk Seri Zolkples Embong semalam.

Ketua Pengarah MSN itu berkata demikian susulan kekalahan memalukan skuad kendalian Rajagobal kepada Canberra FC 2-3 Khamis lalu, apatah lagi, kelab divisyen dua itu dilaporkan oleh akhbar tempatan di sana - The Canberra Times - menggunakan khidmat pemain sambilan.

Malu baca berita

"Saya sebenarnya tidak kisah ke mana pun skuad negara hendak pergi untuk mengadakan sesi latihan atau perlawanan persahabatan kerana apa yang paling penting pendedahan serta pengalaman yang ditimba pemain.

"Namun, dalam hal ini, saya malu kerana baca berita skuad negara tewas kepada kelab yang dibarisi pemain sambilan seperti yang disiarkan oleh media di Australia. Saya tak tahu mana hendak letak muka kalau saya Rajagobal," tambah Zolkples.

Pemergian skuad negara ke Australia sebagai persiapan untuk menghadapi baki kempen kelayakan Piala Asia 2015 sebelum ini mendapat banyak kritikan selepas Rajagobal dengan persetujuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan perlawanan persahabatan dengan Singapura.
Ini kerana pengkritik berpendapat keputusan memilih Canberra dan Sydney sebagai tempat latihan ketika ini adalah satu kesilapan kerana cuacanya kian sejuk, sedangkan Harimau Malaya akan menentang negara yang cuacanya panas.

Kritikan tepat

Nyata, kritikan itu ada benarnya dengan kekalahan dialami anak buah Rajagobal itu yang gagal mempamerkan prestasi terbaik mereka dalam keadaan cuaca sejuk apabila diaibkan oleh Canberra FC yang dibarisi pemain berstatus sambilan.

Berikutan kekalahan itu, Akhbar The Canberra Times memilih menggunakan tajuk 'pemain sambilan catat kemenangan ke atas skuad kebangsaan' sekali gus ia seperti memperlekehkan dan mempersendakan kemampuan skuad negara.

"Memang memalukan tetapi kita sudah kalah dan kita perlu terima. Saya percaya Rajagobal ada alasannya yang tersendiri. Malah, saya dengar Rajagobal puas hati dengan prestasi pemain ketika perlawanan itu," kata Zolkples.

Skuad Gergasi Merah gah juarai Piala Belia B-19

Posted: 08 Jun 2013 04:58 PM PDT

Kuantan: Selangor muncul juara Piala Belia B-19 2013 selepas menang tipis 2-1 ke atas Kelantan pada final di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi, sekali gus membolehkan skuad kendalian Adam Abdullah itu menamatkan penantian tujuh tahun untuk memenangi gelaran itu.

Jentera serangan yang mantap dibantu percaturan baik di bahagian tengah menjadi kelebihan buat Selangor yang melancarkan asakan bertali arus ke kubu lawan hingga memaksa Kelantan kendalian Tengku Hazman Raja Hassan lebih banyak bertahan pada awal babak pertama.

Ternyata usaha Merah Kuning itu berhasil apabila gol dicari muncul pada minit ke-21 menerusi percubaan Mustaqim Mohd Yusof yang bijak mengambil kesempatan keadaan kelam kabut di depan gawang lawan dengan melakukan rembatan menewaskan penjaga gol, Mohammad Syazwan Mahmad Azhari.

Perak tempat ketiga

Kelantan yang seolah hilang tumpuan dengan ketiadaan beberapa tonggak utama ternyata tidak mudah mengalah dan jentera serangan mereka bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-41 menerusi pemain lincah mereka, Adlie Aziz selepas memperdayakan benteng Selangor.

Bermula babak kedua, kedua-dua pasukan bermain dengan lebih berhati-hati sementara barisan peluang yang terhidang gagal disudahkan jentera serangan.

Ketika perlawanan semakin rancak dipamerkan, Selangor akhirnya berjaya memperoleh gol kemenangan menerusi Muhammad Alif Haikal Mohd Sabri pada minit ke 76 hasil percubaan dalam kotak penalti selepas memperdayakan pertahanan Kelantan.
Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik juara tahun lalu, Perak yang berjaya menewaskan Sabah 3-2 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat di Akademi Bola Sepak Negara, Gambang.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat