{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


'Topeng' si ibu ayam

Posted: 08 Jun 2013 09:53 AM PDT

Kuala Lumpur: Spanya berlesen, manakala pelanggan pula kebanyakannya wanita yang mahu mendapatkan khidmat urut selepas bersalin, menghilangkan sakit dan sengal badan atau bagi meredakan stres selepas penat bekerja.

Kalau ada pun pelanggan lelaki, kebanyakannya ditemani isteri atau saudara perempuan masing-masing bagi mengelak pandangan buruk masyarakat ketika berurut.

Imej 'bersih' spa milik wanita dikenali sebagai Zila yang berusia lewat 30-an ini menyebabkan premisnya di Kajang, dekat sini, sering dikunjungi pelanggan pelbagai peringkat umur.

Bagaimanapun, tanpa disedari kebanyakan pelanggan tetapnya, Zila turut menjadi orang tengah dengan menawarkan khidmat urutan berahi dan seks kepada lelaki.

Foto

Zila (kanan) memberi arahan kepada Ani sebelum mengurut pelanggan di dalam bilik hotel.


Tawaran 'urut istimewa' itu biasanya dibuat kepada lelaki yang berada di ruang tamu spanya kerana menunggu isteri atau teman wanita mereka berurut.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/09

Kalau sudah ajal...

Posted: 08 Jun 2013 09:43 AM PDT

Butterworth: "Mulanya saya bersyukur kerana semua ahli keluarga sepupu dalam rumah yang dirempuh lori terselamat, tapi terkejut sebaik diberitahu bahawa seorang penunggang motosikal maut dan kebetulan mangsa itu sepupu saya," kata Norfiza Ramli, 45.

Norfiza berkata demikian selepas kemalangan yang mengorbankan sepupunya, Asmadi Darus, 48, di susur masuk Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Dua, di sini, malam kelmarin.

Kemalangan itu dikatakan pelik kerana mangsa yang menunggang motosikal Modenas Karisma berhenti di lampu trafik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Lokan, tidak jauh dari tempat kejadian.

Sebuah lori membawa muatan sayur-sayuran dari arah Kepala Batas melalui susur keluar lebuh raya berkenaan dikatakan tidak berhenti dipercayai kerana menghadapi masalah brek lalu melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh mangsa yang berada antara dua kereta.

Foto

KEADAAN motosikal yang dirempuh lori, kelmarin.


Tidak cukup dengan itu, lori berkenaan turut terbabas sebelum merempuh dapur rumah didiami keluarga Normah Zakaria, 53, menyebabkan pemandu dan kelindannya cedera akibat tersepit, tetapi semua ahli keluarga Normah terselamat.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/09

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat