Felda jelai - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda jelai - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>Felda jelai</b> - Google Blog Search Posted: 24 May 2013 12:00 AM PDT 'CABARAN' yang kami lontarkan kepada Ketua Pendaki projek Everest anjuran Felda dan Kerajaan Malaysia, Siti Hanisah Shahrudin nampaknya disambut tentera laut wanita tersebut yang dikhabarkan berjaya juga (akhirnya) sampai juga ke puncak Everest semalam setelah gagal dalam beberapa percubaan sebelum ini. Baguslah begitu, laman ini dan Pakatan Rakyat sekadar membangkitkan apa yang menjadi buah mulut di kalangan rakyat mengenai kegagalannya mencapai puncak tertinggi dunia tersebut Rabu lepas. Kami tidak ada kepentingan langsung dengan soal tersebut. Pun begitu, kami mendengar Hanisah begitu 'terkesan' secara negatif dengan pendapat yang kami berikan dalam artikel berikutan kegagalannya itu. Keluarga Hanisah pun khabarnya begitu, sehingga dikatakan bapanya menolak untuk ditemuramah kerana kecewa dengan artikel laman ini yang mendapat liputan meluas tersebut. Tanpa disedari oleh Hanisah dan keluarganya, artikel itu hanyalah satu pendapat yang bersandarkan kehendak rakyat, tidak lebih dan tidak kurang. Dari segi untung rugi, Hanisah berjaya sampai atau tidak, bukan ada kesan kepada negara ini dan rakyatnya. Bukan gaji naik atau harga minyak turun pun kerana Hanisah sampai Everest. Tapi kalau tak sampai ke puncak, wang kerajaaan yang dibayar untuk membiayai ekspedisi tersebut, terbazir begitu saja. Apatah lagi dengan status Hanisah sebagai Ketua Pendaki. Begitulah halnya yang menyebabkan kami melontarkan cabaran melalui penyiaran artikel tersebut untuk disambut Hanisah dan kerana itu dia akhirnya berjaya. Walaupun kami tidak berbangga sedikit pun dengannya, tapi percayalah, 'kejayaan' Hanisah itu memang ada kaitan dengan penyiaran artikel tersebut. |
You are subscribed to email updates from Felda jelai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |