{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda nitar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda nitar - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda nitar</b> - Google Blog Search

Posted: 26 May 2013 09:15 AM PDT

Masih ingat lagi mengenai entri bertajuk "Landskap Kampung FELDA Nitar 2" pada 5 Mac 2010? Kami ada menceritakan mengenai usaha peneroka FELDA itu mencantikkan kawasan perkampungan mereka. Setelah dua tahun berlalu, pada tahun ini FELDA Nitar 2 diisytiharkan sebagai juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) Kebangsaan 2012.

Kesepakatan penduduk menjadi kunci kejayaan FELDA Nitar 2 menjuarai Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) Kebangsaan 2012. FELDA berkenaan meraih hadiah wang tunai RM1 juta yang disampaikan sendiri oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan Hari Peneroka 2012 baru-baru ini.

Kerjasama semua pihak sejak beberapa tahun lalu dengan menanam bayam merah di sekitar rumah rancangan itu serta dihias indah dengan pelbagai pokok bunga akhirnya membawa kejayaan.

Semua lapisan penghuni dan kakitangan pengurusan tanah rancangan itu memberi kerjasama padu untuk menjayakan segala usaha menceriakan persekitaran. Kesepakatan peneroka membelanjakan RM30,000.00 bagi membeli benih dan baja untuk menanam pelbagai pokok bunga dan hiasan serta bayam merah yang menjadi identiti FELDA itu ternyata berbaloi.

Tanah rancangan yang dibuka hampir 30 tahun pada tahun 1984 terletak 26 km dari bandar Mersing. Keluasannya ialah 123.5 hektar. FELDA yang menempatkan 450 peneroka kini mempunyai lebih 3,265 penduduk daripada keluarga peneroka, kakitangan pengurusan FELDA dan kilang serta keluarga guru yang mengajar di sekolah kebangsaan dan agama di situ. Nama FELDA Nitar 2 diabadikan daripada nama seorang gadis Orang Asli bernama Nitar yang hilang dalam hutan ketika mencari pucuk kayu sebelum dihanyutkan arus sungai di kawasan itu.  

Kejayaan yang dikecapi tidak datang dengan sendiri sebaliknya hasil kesepakatan dan kerjasama semua pihak yang berkorban untuk kejayaan bersama. Kejayaan FELDA ini patut menjadi contoh kepada semua tanah rancangan untuk berusaha mencipta nama dalam pelbagai bidang yang boleh menaikkan nama kampung, daerah dan negeri.

Kini FELDA Nitar 2 menjadi perhatian seluruh negara. Ia menarik perhatian dan dikunjungi tetamu dari seluruh negara. Tetamu yang datang berkunjung ke situ kerana mahu melihat keindahan tanah rancangan tersebut sehingga meraih kemenangan yang membolehkan mereka membawa pulang RM1 juta.

Beberapa pasukan penerbitan telah membuat penggambaran dan rakaman di sekitar kampung ini. Di anataranya ialah Filem Negara Malaysia dan Bahagian Penerbitan FELDA.  Selain itu jawatankuasa peneroka dari dalam dan luar Johor juga melawat dan meninjau kampung ini untuk mengetahui dengan lebih dekat kunci kejayaan FELDA ini dalam AKKF 2012.

Kami ucapkan tahniah kepada pihak pengurusan dan semua warga FELDA Nitar 2 atas kejayaan ini. Semoga kecantikan dan keindahan kampung yang meriah dengan identiti warna merah 'bayam merah' akan berkekalan. Kepada sesiapa yang melalui jalan Kluang-Nitar-Mersing, jangan lupa singgah di kampung FELDA Nitar 2 untuk menikmati dan menghayati keindahan keceriaan landskap kampung ini. Kami tak pasti sama ada keindahan dan kecantikan landskap di kampung ini pada hari ini masih kekal seperti dulu. Syabas....

DUNIA ITU: Pondok Rela <b>Felda Nitar</b> 1 usang, diancam hakisan

Posted: 17 Feb 2013 08:32 AM PST

Tebing di bahagian tepi pondok Rela yang mengalami hakisan boleh menyebabkan pondok tersebut roboh pada bila-bila masa.


MERSING – Rela Felda Nitar 1 berharap pondok Rela di kawasan itu dapat dibaik pulih bagi memudahkan mereka melaksanakan tugas.

Pembantu Ketua Rela Felda Nitar 1, Mohd Yusuf Abdul Razak berkata, tempat tersebut tidak sesuai untuk dijadikan lokasi pertemuan antara ahli Rela kerana keadaannya yang usang.

"Sudah lima tahun pondok tersebut tidak digunakan kerana keadaan bangunannya yang lama dan tidak sesuai untuk digunakan.

"Kami hanya membersihkan ruang dalamnya sahaja, malah kini, pasukan kami menggunakan balai raya dan balai koperasi untuk bermesyuarat," katanya.

Mohd Yusuf kesal apabila bahagian tepi pondok tersebut berlaku hakisan yang dijangka bakal roboh pada bila-bila masa.

"Kami khuatir jika hakisan ini bertambah teruk lebih banyak perkara buruk akan berlaku," katanya.

"Permohonan bagi memohon peruntukan membaik pulih bangunan dan menambak tebing di bahagian tepi pondok berkenaan telah diusulkan.

"Kami telah membuat tiga kali permohonan pada 2009, 2010 dan 2011 yang lalu tetapi sehingga kini tiada sebarang maklum balas ," katanya. Setiausaha Rela Felda Nitar 1, Mohd Hamdan Tasrib berkata, sebelum ini ada ura-ura menyatakan sebanyak RM20,000 diperuntukkan untuk membaik pulih pondok tersebut.

"Tahun lalu, kami diberitahu ada peruntukan membaik pulih pondok ini tetapi hingga sekarang masih tiada tindakan dibuat," katanya.

Sinar Harian 17 Feb 2013

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat