{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Melindungi kulit berusia

Posted: 24 Jun 2013 11:56 PM PDT

Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar Farah Asyikin (Pelatih Unisel)

Makanan tambahan kecantikan gred farmaseutikal terbaharu, D'Age Ec Sheep Placenta Extract Plus yang dilancarkan, baru-baru ini.

Alangkah beruntung seorang wanita yang memiliki kulit cantik dan berseri tanpa sebarang cela. Kulit yang segar berupaya melindungi usia sebenar seseorang wanita tersebut.

Namun, bagi wanita yang sudah menginjak usia 40-an, potensi mengalami masalah tanda-tanda penuaan tidak dapat dielak seiring dengan peningkatan usia dan kekurangan hormon dalam badan.

Masalah penuaan yang tidak ditangani dengan sebaik mungkin memberi kesan kepada wanita tersebut dari segi perubahan emosi dan fizikal.

Wanita yang kelihatan tua pada usia sebenar turut berpotensi mengalami masalah kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

Pakar estetik, Dr. Stewart Chan berkata, proses penuaan bermula ketika memasuki usia 25 tahun dan memerlukan masa yang lama menangani masalah tersebut.

"Wanita adalah lebih tinggi mengalami masalah penuaan berbanding lelaki kerana faktor perubahan hormon yang berlaku secara cepat dalam badan mereka.

"Lagi lama anda tunggu untuk menangani proses penuaan itu, lebih sukar untuk mengawalnya dan memperlahankan kesannya.

"Sebagai contoh, jika anda mula mengambil langkah untuk mengatasi penuaan pada usia 30-an, ia mungkin mengambil masa hanya tiga hingga enam bulan untuk mengatasinya. Jika anda tunggu sehingga berusia 50 tahun atau lebih, anda memerlukan tiga hingga lima tahun," ujarnya.

Tambah Dr. Chan, terdapat empat penyebab utama kepada masalah penuaan iaitu radikal bebas, keradangan, dan tekanan.

"Kaedah serampang tiga mata untuk mengatasi masalah penuaan adalah makan makanan seimbang, kurangkan tekanan dan mengambil vitamin tambahan termasuk makanan tambahan anti penuaan untuk menggalakkan pertumbuhan sel.

"Anda adalah apa yang anda makan. makanan yang seimbang dan baik akan membantu anda sentiasa bertenaga dan kelihatan muda," kata Dr. Chan.

Bagi membantu wanita-wanita mengatasi dan merawat masalah penuaan, KJI PharmaCo telah melancarkan makanan tambahan kecantikan gred farmaseutikal terbaharu mereka iaitu D'Age Ec Sheep Placenta Extract Plus.

Pengarah KJI PharmaCo, Heah Sieu Tee berkata, produk ini menggabungkan lima rumusan anti-penuaan peningkatan-bio dan terapi sel tunjang lima dalam satu untuk melawan proses penuaan dan meningkatkan kesihatan keseluruhan.

"Setiap gel lembut mengandungi 15,000 mg (miligram) plasenta ovin kambing segar, 3000 mg pati kulit kayu pain segar dengan 95 peratus oligomericproanthocyanidins, 250 mg skualena, 100 mg kolagen marin, dan 250 mg minyak biji anggur dengan 72 peratus asid linoleik aktif.

"Gel lembut bersalut enterik diperbuat daripada serat tumbuhan dan salutan lesitin menggunakan teknologi Jerman untuk memastikan penyerapan maksimum bahan dengan memintas asid perut.

"Penuaan adalah proses kemerosotan sel, ditangani di peringkat selular dengan terapi sel tunjang, di mana sel-sel sihat akan memulihkan dan menyegarkan sel-sel yang merosot dan akhirnya merangsang tubuh untuk pulih sendiri," kata Sieu Tee.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat