Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 01 Jun 2013 12:01 PM PDT Kuala Lumpur: "Kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan!" Itu reaksi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah berhubung kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai perlawanan separuh akhir kedua Piala FA membabitkan Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya hasil kutipan tiket kepada PBNP dihadkan kerana berpeluang mengaut keuntungan lebih besar di Stadium Nasional berikutan kapasiti stadium yang boleh memuatkan 80,000 penonton.
Beliau berkata, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya hadir daripada 'orang yang bijak bestari.'
"Hasilnya JKPT memutuskan perlawanan itu dimainkan di stadium berkecuali (Stadium Nasional). Ia bukan keputusan saya. Kalau saya boleh buat keputusan, memang saya mahu perlawanan itu kekal di Stadium Darul Makmur," katanya.
|
Posted: 01 Jun 2013 11:51 AM PDT Rio de Janeiro: Selepas berdepan insiden memalukan membabitkan pembatalan, Stadium Maracana di Rio de Janeiro akhirnya akan menganjurkan perlawanan rasmi pertamanya sejak ia dibuka semula selepas kerja-kerja pengubahsuaian selesai, membabitkan pertemuan persahabatan berprestij antara Brazil dan England, hari ini. Hakim tempatan baru-baru ini menetapkan perlawanan persahabatan itu tidak boleh diteruskan kerana stadium terbabit gagal menepati ciri-ciri keselamatan. Namun, keputusan itu berubah selepas pihak berkuasa tempatan mengemukakan rayuan.
Isu pembatalan ini menjadi 'cerita terbaru' selepas sebelum ini ia turut dihimpit dengan kes kelewatan pengubahsuaian. Proses pengubahsuaian stadium yang menelan belanja RM1.9 bilion itu bermula sejak 30 bulan lalu, namun lewat siap.
Meskipun diubahsuai, stadium terbabit tetap mengekalkan bentuk asalnya cuma dibekalkan dengan bumbung baru. Selain itu, tempat duduk penyokong dua tingkat sebelum ini ditukar kepada satu tingkat dan dicat warna menarik antaranya kuning, biru langit dan putih.
Hari ini (awal pagi esok), penyerang bertaraf bintang, Neymar dijangka membuat penampilan pertamanya untuk pasukan kebangsaan Brazil sejak dia menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dari Santos dalam perpindahan yang dilaporkan bernilai RM185 juta.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |