Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 21 Jun 2013 09:01 AM PDT Kuala Lumpur: Kenny Goh mengaku beregu lelaki negara kini berada dalam situasi getir seperti dinyatakan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei namun tidak setuju meletakkan kesalahan di bahu mana-mana pihak. Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu berkata, Malaysia melahirkan ramai juara remaja dunia namun beliau tidak tahu di mana silapnya apabila juara remaja ini seperti tiada dalam skuad senior.
Laporan Arena Metro semalam mengetengahkan cadangan Chong Wei sebagai pemain paling senior skuad kebangsaan supaya ketua jurulatih beregu Tan Kim Her menggalas tanggungjawab dengan lebih baik dan seharusnya jurulatih itu menjaga Kien Keat selain melahirkan rasa bimbang dengan situasi negara kehilangan taring dalam beregu lelaki biarpun melahirkan ramai juara remaja dunia.
V SHEM-Khim Wah antara pemain beregu negara yang menyerlah. "Dalam C&T, kami terima laporan daripada jurulatih, begitu juga cadangan, jurulatih yang mencadangkan program atau apa juga bentuk tindakan.
|
Posted: 21 Jun 2013 08:55 AM PDT Kuantan: Walaupun tidak meletakkan sebarang sasaran pungutan pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) XVI, atlet Pahang tetap ditagih melakar kejayaan demi maruah kontinjen. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Datuk Mohd Johari Hussain berkata, atlet Tok Gajah perlu memiliki kesungguhan tinggi untuk mencatat kejayaan.
"Walaupun tidak menetapkan sebarang sasaran emas, saya yakin atlet Pahang akan menyerlah. Saya harap pencapaian satu emas pada SUKMA 2011 berubah kali ini bagi memastikan imej kita tidak terus tercalar memandangkan penambahan tiga acara baru iaitu woodball, muay thai dan bola sepak pantai," katanya selepas mengadakan pertemuan singkat dengan atlet Pahang yang menyertai kem motivasi di Pusat Konvensyen Bukit Cherengin (CHCC), Janda Baik, Bentong selama empat hari, bermula kelmarin.
Mohd Johari berkata, kem motivasi itu diharap dapat membentuk jati diri dan semangat juang tinggi bagi memburu pingat emas kerana SUKMA 2013 lebih kepada acara berpasukan yang memerlukan kerjasama mantap atlet.
Selain itu, Kerajaan Pahang turut menyediakan insentif RM2,000 kepada atlet individu yang memenangi perak dan RM1,000 gangsa manakala atlet berpasukan yang memenangi perak dan gangsa akan menerima RM600 dan RM400.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |