Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 03 Jun 2013 10:34 AM PDT Rio de Janeiro: Alex Oxlade-Chamberlain memberikan England 'tambahan dimensi' ketika membantu pasukannya seri 2-2 dengan Brazil di Maracana, kata pengurus Roy Hodgson. Pasukan pelawat itu diperkotak-katik pada babak pertama tapi Oxlade-Chamberlain dan Wayne Rooney menjaringkan gol hebat selepas rehat sebelum Paulinho menyamakan kedudukan.
Namun kemasukan Oxlade-Chamberlain, 19, menjadi titik perubahan apabila dia menggantikan tempat Phil Jones di bahagian tengah, dengan Jones bergerak ke pertahanan kanan.
CHAMBERLAIN (tengah) meraikan jaringannya. Keputusan seri itu hadir selepas England menewaskan Brazil 2-1 di Wembley, Februari lalu. Meskipun persembahan hambar pada babak pertama, Hodgson kecewa kerana pasukannya tidak meraih kemenangan kedua ke atas juara Piala Dunia lima kali itu.
"Kami bermain baik pada babak kedua. Kami sepatutnya mampu mempertahankan kedudukan tapi dikejutkan dengan jaringan menarik. Kami tidak bermain seperti yang kami mahukan pada babak pertama dan Brazil memanfaatkannya. Jika anda lihat keseluruhan 90 minit, keputusan seri itu adil." - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04 |
Posted: 03 Jun 2013 10:00 AM PDT Kuala Lumpur: Pelumba SuperSports 600cc Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman mempamerkan aksi cemerlang pada penampilan sulung dalam kategori JSB1000 Kejuaraan MFJ All Japan di Litar Antarabangsa Autopolis, Jepun yang dilanda hujan lebat kelmarin. Azlan yang beraksi atas tiket wildcard itu membuktikan dia bukan calang-calang pelumba apabila berjaya menamatkan perlumbaan 16 pusingan itu di tempat kelapan daripada 27 pelumba dengan masa keseluruhan 32 minit 19.190 saat. Pelumba Jepun, Katsuyuki Nakasuga muncul juara keseluruhan 31'52.744s, diikuti Kosuke Akiyoshi dan Akira Yanagawa dengan 31'56.301s dan 31'58.320s. "Saya tidak sangka dapat menghabiskan perlumbaan sulung di kalangan 10 terbaik. Saya bersyukur dan gembira," kata Azlan. AZLAN menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.
Sementara itu, aksi cemerlang Azlan di litar Autopolis minggu lalu turut membakar semangatnya untuk menghadapi pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Muar, Johor pada 8 dan 9 Jun ini. Maklumat lanjut sila hubungi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) di talian 03-8733 8787 atau layari laman web rasmi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di www.malaysiancubprix.com. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |