Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 15 Jun 2013 11:57 PM PDT SHAH ALAM: Tiga maut manakala seorang cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan sebelum Plaza Tol Batu Tiga, di sini, kira-kira 5 pagi tadi. Dalam kejadian itu, Perodua Viva yang dinaiki penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kesemuanya berusia 18 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan. Mangsa masing-masing dua lelaki dan seorang wanita maut di tempat kejadian manakala penumpang wanita yang cedera di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Mayat dihantar ke Rumah Mayat HTAR untuk diuruskan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk pengebumian manakala mangsa yang cedera ditempatkan di wad untuk rawatan lanjut. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16 |
Posted: 15 Jun 2013 11:19 AM PDT Kuala Lumpur: Bukan dua atau tiga tetapi 120 orang, termasuk 35 artis, mendapat 'rezeki terpijak' apabila ditaja seorang ahli korporat 'misteri' untuk menunaikan umrah secara percuma. Turut mendapat habuan ialah penduduk dan pelajar kurang kemampuan sekitar Pulau Indah, Klang, yang berlepas ke tanah suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang ke Jeddah, Arab Saudi pada pagi Selasa lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada 22 Jun ini. Rombongan artis diketuai Datuk Zulkifli Zain. Ini julung kali ada pihak sanggup melabur sejumlah wang begitu banyak untuk menaja artis. Jika mengambil kira kos satu kepala jemaah RM7,000, bermakna RM840,000 dibelanjakan untuk rombongan umrah ini. ROMBONGAN artis jemaah umrah mendengar penerangan sebelum berlepas.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |