{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Dapat bonus

Posted: 15 Jun 2013 02:23 PM PDT

Johor Bahru: Ganjaran lumayan menanti pemain Johor Darul Takzim (DT) seandainya skuad Harimau Selatan itu muncul juara Piala FA pada aksi final bertemu Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 29 Jun ini.

Malah, lebih memeranjatkan pemain skuad Johor yang beraksi pada saingan Liga Perdana tidak terkecuali turut menerima ganjaran sama.

Bagaimanapun, jumlah ganjaran yang akan diterima oleh pemain kedua-dua pasukan itu masih dirahsiakan.

Pengesahan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menganggap kedua-dua pasukan itu wajar diberi penghargaan selepas berjaya menaikkan imej bola sepak Johor sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini.

Hargai pengorbanan

"Walaupun Johor tidak dapat meneruskan perjuangan sehingga ke saingan suku akhir Piala FA, mereka juga adalah pasukan saya dan pengorbanan mereka perlu dihargai.

"Johor DT yang layak ke final tentunya membanggakan kerana menunjukkan peningkatan mendadak berbanding musim lalu," katanya selepas merasmikan pelancaran majalah rasmi PBNJ iaitu Harimau Selatan di Persada Johor, petang semalam.
Kali terakhir Johor muncul sebagai juara Piala FA ialah pada 1998 selepas menewaskan Sabah 10 di Stadium Likas hasil jaringan tunggal Milan Blagojevich yang turut dibarisi penyerang Azmi Mohamad yang kini membimbing skuad itu pada saingan Liga Perdana musim ini.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

‘Ia bukan wang yang sedikit’

Posted: 15 Jun 2013 02:20 PM PDT

Kuala Lumpur: Kumpulan penyokong bola sepak tempatan yang menggelarkan diri mereka PFSLJ (Presiden FAM Sila Letak Jawatan) menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil menghuraikan secara terperinci aliran wang tajaan RM30 juta setahun yang diterima badan induk itu.

Wakil PFSLJ, Alfadli Awaludin, berkata peminat bola sepak cuma mahu FAM buktikan yang wang tajaan itu digunakan untuk saluran yang betul.

Duit untuk liga

"Ia bukan nilai yang sedikit. Ini duit untuk liga. Jadi FAM kena buktikan wang tajaan itu digunakan untuk saluran betul, bukan membazir seperti membawa pasukan kebangsaan 'melancong' ke Australia," katanya kepada BH Sukan, semalam.

Semalam, akhbar melaporkan Timbalan Presiden FAM yang sedang digantung, Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan ke mana wang tajaan RM30 juta setahun itu dibelanjakan oleh FAM.

Annuar menegaskan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan beliau sendiri berhak tahu di dapur manakah wang tajaan itu dibelanjakan.

Bantu persatuan
Ahli Parlimen Ketereh yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu berkata, jumlah hasil itu sepatutnya digunakan bagi membantu persatuan negeri yang menghadapi masalah kewangan.

Alfadli berkata, pemimpin yang menguruskan kewangan FAM perlulah bertanggungjawab dalam hal ini dan perlu tahu apa orang bawah buat.

"Jika tak mampu lagi, letak jawatan dan beri orang lain lebih berkemampuan untuk memperbetulkan keadaan," katanya.

Alfadli berkata, bagi mengelakkan timbul keraguan pada masa depan, beliau menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, syarikat audit luar atau Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyiasat ke mana wang tajaan RM30 juta itu dibelanjakan.

FAM enggan ulas

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang turut dihubungi, semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan hanya membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) bertulis: "Maaf, tiada komen."

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat