Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
Posted: 15 Jun 2013 10:24 AM PDT Istanbul: Penunjuk perasaan Turki semalam enggan berganjak dari taman dekat bandar raya ini, sekali gus menolak tawaran yang diharap kerajaan mengakhiri kekacauan di seluruh negara itu. Tawaran Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan untuk menggantung projek pembangunan semula Taman Gezi dianggap sebagai tolak ansur penting.
Keputusan itu pasti menyemarakkan ketegangan sehari selepas Recep menawarkan penggantungan pembangunan Taman Gezi hingga mahkamah memutuskan kesahihan projek itu dalam usaha mengakhiri cabaran terbesar yang dihadapi kerajaannya.
Seorang penunjuk perasaan memakai topeng Guy Fawkes baring di atas kereta yang terbalik di pintu masuk Taman Gezi. Dalam pada itu, puluhan ribu penyokong Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Recep dijangka berarak di Ankara hari ini untuk perhimpunan pilihan raya, sebagai tanda sokongan kepada perdana menteri itu.
Empat orang terbunuh dan hampir 7,500 cedera sepanjang keganasan itu yang menyaksikan polis menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16 |
Posted: 15 Jun 2013 10:17 AM PDT Volusia: Seorang lelaki Randy Zipperer, 49, dituduh menikam adik lelakinya kerana makaroni dan keju. Saksi memberitahu pihak berkuasa di Volusia, Florida bahawa Randy dan adik lelakinya Edward Zipperer, 47, mula bergaduh selepas makaroni dan keju Randy hilang, lapor Daytona Beach News-Journal. Adik lelakinya itu turut membantu mencari makanan itu, tetapi ketika sibuk mencari Edward terlanggar botol bir yang diminum Randy. Bir yang tertumpah itu menyebabkan Randy semakin berang. Polis berkata, Randy mengambil pisau lalu menikam perut adiknya. Apabila polis tiba ke tempat kejadian, mereka mendapati Edward mengalami kecederaan di perutnya selain kesan darah antara dapur dan bilik tidur, menurut Click Orlando.
Dia dituduh melakukan serangan berat dan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas tetapi tanpa menggunakan keganasan. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |