Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
15 tan barang kitar semula dikutip Posted: 15 Jun 2013 11:48 AM PDT Oleh SITI AIRUNNISA ALAUIutusanterengganu@utusan.com.my Peserta menghantar barangan yang boleh dikitar semula bagi memenuhi syarat penyertaan Larian Kitar Semula anjuran PPSPPA di Taman Awam, Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam. KUALA TERENGGANU 15 Jun - Kira-kira 15 tan pelbagai barangan yang boleh dikitar semula dikumpul melalui pelbagai program kesedaran oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Terengganu sejak Januari lalu. Pengarahnya, Fatimah Ahmad berkata, program yang digerakkan secara berterusan itu disasarkan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk para pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi di samping pihak industri. Katanya, melihat kepada jumlah kutipan yang diperoleh, beliau yakin sasaran 21 peratus barangan kitar semula perlu dikumpul yang ditetapkan kementerian dapat dicapai negeri itu tidak lama lagi. "Kebanyakan barangan yang kita dapat ini daripada program yang kita buat di sekolah dan komuniti serta pasar raya sahaja. Kita yakin jika dilaksanakan secara lebih agresif, jumlah kutipan barangan kitar semula lebih banyak diperoleh. "Sempena penganjuran Larian Kitar Semula kali ini sahaja, kita berjaya mengumpulkan lebih tiga tan barangan apabila peserta diminta membawa 10 barangan kitar semula sebagai bayaran yuran penyertaan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas hadir sempena penganjuran Larian Kitar Semula 2013 Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Batu Buruk dekat sini hari ini. Program yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman itu disertai kira-kira 5,000 peserta yang memulakan larian seawal pukul 8 pagi melibatkan jarak sejauh lima kilometer. Acara yang dianjurkan bermula tahun lalu itu bertujuan membudayakan amalan kitar semula bagi mengekalkan persekitaran yang bersih, indah dan menyihatkan, selain amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kitar semula. |
Rela Besut rai kemenangan BN penuh meriah Posted: 15 Jun 2013 11:48 AM PDT IDRIS JUSOH diusung dengan usungan khas oleh anggota Rela sempena kesyukuran atas kemenangan BN dalam PRU-13 di Jerteh Terengganu, kelmarin. BESUT 15 Jun - Kemenangan Barisan Nasional (BN) yang mengekalkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu kerusi Parlimen di Besut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tempoh hari diraikan dengan penuh meriah dan unik. Bertempat di Dataran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di pinggir Sungai Jerteh dekat sini semalam, anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) daeraj Besut tampil mengadakan majlis kesyukuran dengan menyembelih seekor lembu dan tiga ekor kambing untuk dijadikan hidangan tengah hari. Lebih unik dan simbolik, Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang tiba dalam majlis itu diarak kira-kira 50 meter menggunakan usungan yang dibuat khas sambil diiringi paluan kompang dan pulut semangat. Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Muhammad Pehimi Yusof yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri. Terdahulu, Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua disuap 'pulut semangat' oleh seorang Ketua Platun Rela sebagai simbolik tanda kesyukuran anggota Rela daerah Besut atas kemenangan cemerlang BN dalam PRU-13. Pegawai Rela Daerah Besut, Mohd. Zawawi Elias berkata, lebih 200 anggota pasukan itu terdiri daripada Ketua Platun Rela Mukim (KPRM), Ketua Platun Rela (KPR) dan ahli yang mewakili setiap kawasan DUN hadir sambil menyediakan juadah untuk program tersebut. Menurutnya, program itu berjalan lancar dengan semangat kerjasama semua anggota Rela itu yang bertungkus-lumus sejak pukul 5 pagi lagi menyediakan keperluan majlis itu termasuk juadah kepada para hadirin. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |