{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rekreasi

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rekreasi


VOG gegar PD

Posted: 15 Jun 2013 06:02 AM PDT

KESERASIAN ahli VOG memudahkan pergerakan konvoi.

KONVOI motosikal merupakan perkara biasa dalam aktiviti santai yang dianjurkan kelab-kelab motosikal.

Namun bagi komuniti pemilik motosikal berkuasa tinggi Versys Owners Group (VOG), mereka mempunyai cara lebih gempak untuk bersantai meraikan ahli-ahli dari seluruh negara.

Dinamakan Versys Bike Jamm (VBJ), acara tahunan itu diadakan bagi menghimpunkan pemilik motosikal Kawasaki Versys dari seluruh negara.

VBJ 2013 yang memasuki edisi ketiga tahun ini dan diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson, melakar sejarah baharu apabila berjaya menghimpunkan 500 pemilik Versys berbanding 300 pemilik tahun lalu.

VBJ 2013 dimulakan dengan konvoi amal dari Muzium Negeri Sembilan di Seremban ke Muzium Istana Lama Seri Menanti membabitkan 250 buah motosikal.

Konvoi sepanjang tiga kilometer itu diiringi oleh 10 buah motosikal peronda polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

Selepas sejam, konvoi tiba di Sri Menanti dan disambut oleh wakil Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek yang menaja makan tengah hari secara tradisi negeri iaitu Makan Berselo.

Pada majlis itu, VOG menyampaikan sumbangan hasil derma kilat sebanyak RM1,500 kepada Maahad Darul Quran Tuanku Jaafar.

Selepas solat Zohor, konvoi bergerak ke Glory Beach Resort bagi meneruskan aktiviti VBJ 2013.

Di situ, peserta disambut dengan acara TTS atau teh tarik session yang cukup terkenal dalam kalangan peminat motosikal besar.

Selain itu, peserta berpeluang menyaksikan pertunjukan pengendalian motosikal Honda Gold Wing, sukaneka, pameran aksesori dan cenderamata Versys.

Acara kemuncak merupakan majlis makan malam yang menyaksikan sebanyak 270 cabutan nombor bertuah disediakan.

Hadiah utama adalah sebuah motosikal KSR 110 tajaan Kawasaki Malaysia dan barangan aksesori Hepco & Beckers tajaan Sunny Cycle.

Pengerusi Jawatankuasa VBJ 2013, Shawal Mohd. Shariff berkata, ini adalah perhimpunan terbesar kumpulan motosikal Versys yang pernah diadakan sejak model itu memasuki Malaysia pada tahun 2009.

Kami yakin lebih ramai lagi pemilik Versys di luar sana yang mahu bersama-sama VOG menjayakan program seperti ini pada masa akan datang," katanya.

Menurutnya, program itu bertujuan merapatkan silaturahim selain berkongsi pengalaman kerana ada antara pemilik merupakan muka-muka baharu.

Penasihat Jawatankuasa VBJ 2013, Mazlan Abdul Manap berkata, VOG akan membuat keputusan sama ada mahu menganjurkan VBJ setiap tahun atau dua tahun sekali.

VBJ tahun ini mencapai matlamatnya dan kami mensasarkan untuk menghimpunkan 1,000 Versys kerana kami mempunyai keahlian lebih 2,000 orang di seluruh negara," katanya.

VBJ 2013 turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, Zaidi Kassim. - SYAHRIL

Gabungan hobi & beli - belah menjadi

Posted: 15 Jun 2013 06:02 AM PDT

Pelagak ngeri daripada Kumpulan Shark, Ilia Iryani menunjukkan kemahirannya mengendalikan motosikal dan lagak ngeri di hadapan penonton.

SUDAH menjadi trend, aktiviti sukan ekstrem menjadi hobi sebahagian rakyat Malaysia terutamanya golongan remaja di seluruh pelosok tanah air. Tidak terkecuali aktiviti membeli-belah secara santai di bazar pada harga yang lebih rendah juga kini menjadi sebahagian daripada hobi segelintir remaja.

Menyedari remaja gemar melakukan aktiviti sambil membeli-belah, Hit Communications baru-baru ini telah menganjurkan D Jelutong Hobby Fest dan D Jelutong Sky Bazaar bagi menyemarakkan lagi trend tersebut.

Acara berkenaan telah berlangsung di 1st Jelutong Plaza, Shah Alam mulai pukul 3 petang sehingga 11 malam dan telah berjaya menarik minat serta menerima kunjungan daripada masyarakat luar, apatah lagi komuniti sekitar Bukit Jelutong.

Lebih daripada 50 gerai jualan dan pameran telah dibuka, selain memberi peluang kepada remaja untuk melakukan aktiviti abseiling, berbasikal, pemanduan rally, memanah moden dan tradisional, motocross, supermoto, pemanduan Gymkhana serta paintball.

Menurut Pengarah Urusannya, Harris Iskandartaib, acara itu dianjurkan bagi memberi ruang dan peluang kepada peminat sukan ekstrem untuk berkumpul dan berkongsi maklumat.

Kebanyakan pengunjung yang hadir pada hari ini terdiri daripada mereka yang sudah menjadikan sukan ekstrem sebagai hobi. Jadi, mereka akan berkongsi maklumat untuk beriadah bersama sambil melakukan aktiviti kegemaran mereka.

Perkara ini sangat positif kerana mereka akan mengisi masa lapang dengan kegiatan yang bermanfaat dan secara tidak langsung dapat melahirkan remaja yang mempunyai kemahiran dalam sukan ekstrem," katanya.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang mencuba pelbagai jenis sukan lasak sebelum mendaftar sebagai ahli dengan kelab yang membuat tawaran pada hari tersebut.

Harris juga memberitahu penganjuran berkenaan bertujuan menghidupkan budaya perniagaan dalam kalangan komuniti setempat dengan mengenakan bayaran sewa serendah RM70 dan tiada bayaran bagi pelajar.

Ini penganjuran kali pertama, saya lihat sambutan yang diterima amat baik sekali. Mungkin pada masa akan datang, lebih meriah dengan bantuan atau kerjasama daripada pihak lain yang berminat.

Kami tidak menyasarkan kepada remaja semata-mata tetapi sesuai untuk semua lapisan masyarakat kerana semua aktiviti di sini merupakan aktiviti sihat dan sesuai untuk seisi keluarga," katanya. - AZRIN/AMIR MOHD. RAWI

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat