Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 07 Jun 2013 10:34 AM PDT Georgetown: Mayat mangsa kejadian runtuhan tanjakan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin, 45, yang ditemui dalam keadaan mukanya tersembam di atas papan pemuka kereta dipandunya hanya berjaya dikeluarkan selepas lebih 20 jam usaha dilakukan. Selepas mangsa ditemui kira-kira jam 12.27 tengah malam kelmarin, usaha mengalihkan konkrit menghempap kereta mangsa menggunakan kren 380 tan sebanyak dua kali gagal dan berikutan itu anggota penyelamat terpaksa melakukan kerja-kerja memecahkan bongkah struktur konkrit yang runtuh sebelum berjaya dikeluarkan jam 8.45 malam tadi. Sejurus mangsa berjaya dikeluarkan suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian apabila abang ipar mangsa pengsan. Ketika mayat terbabit dikeluarkan anggota pasukan keselamatan, abang iparnya yang terlalu sedih memeluk anggota bomba sambil menangis teresak-esak. ANGGOTA pasukan keselamatan mengusung mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan kira-kira jam 8.45 malam tadi. AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan dan terus pengsan. KEADAAN mayat yang tertimbus di bawah kerangka Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh di Batu Maung, kelmarin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08 |
Posted: 07 Jun 2013 10:34 AM PDT Putrajaya: Kejayaan tujuh anak FELDA menakluk puncak tertinggi dunia, Everest pada Mei lalu adalah gambaran pembaharuan yang dihasratkan kerajaan iaitu mahu melihat organisasi berkenaan mencipta nama di peringkat dunia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bagi beliau kejayaan pendaki ekspedisi Everest FELDA 2013 itu satu transformasi bukan saja secara fizikal, tetapi dari segi minda kerana misi itu mencabar kekuatan rohani serta mental. "Inilah intipati pembaharuan yang saya mahu lihat kepada FELDA secara keseluruhan. Saya mahu melihat FELDA yang boleh mencipta nama di peringkat dunia dan misi menakluk Everest ialah usaha transformasi yang dijalankan. "Saya paling gembira apabila mendengar berita ini (kejayaan menakluk Everest). Ketika mereka berusaha mencapai kejayaan, kita di sini pun berusaha untuk berjaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan kedua-dua mencapai kejayaan walaupun cabaran cukup hebat. NAJIB menandatangani poster pada Majlis Penghargaan dan Penyampaian Insentif Projek Everest FELDA 2013, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |