Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
Posted: 14 Jun 2013 09:07 AM PDT Madrid: Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup kokain ke Sepanyol menggunakan kaki palsunya. Lelaki warga Peru yang berkelakuan mencurigakan di Lapangan Terbang Barajas di Madrid itu ditahan pihak berkuasa sebaik dia sampai dengan pesawat dari Panama. Apabila pegawai kastam memeriksanya, mereka menemui 750 gram dadah dengan nilai jalanan £40,000 (RM 195,387) disembunyikan dalam kaki palsunya.
TAKTIK baru sembunyikan dadah dalam kaki palsu. KOKAIN ditemui dalam kaki palsu seorang lelaki. |
Posted: 14 Jun 2013 08:44 AM PDT Miami Dade: Polis melancarkan siasatan selepas seorang wanita yang menjalani prosedur pembesaran dan pemejalan pinggul mati setelah menerima suntikan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya doktor dari Venezuela. Suyima Torres, 28, mati April lalu dan polis menganggap kematiannya sebagai kes bunuh berikutan pusat kesihatan yang dikunjungi mangsa beroperasi tanpa lesen.
Suyima dilaporkan mengunjungi pusat kesihatan dan estetik Cuerpos untuk menjalani prosedur berharga AS$1,500 (RM4,686) di mana cecair kuning disuntik di kedua belah pinggulnya, menurut dokumen mahkamah. Beberapa minggu kemudian, dia menjalani satu pusingan suntikan lagi dan berasa pening sejurus selepas prosedur itu. Dia mati 10 jam kemudian.
"Kematian Suyima berlaku hanya 16 hari selepas Dailen Garcia, 20, mengatakan dia menerima suntikan pinggul di pusat sama sebelum menghadapi masalah penglihatan dan pendarahan di paru-paru. Dailen dirawat di unit rawatan rapi di hospital, lapor NBCMiami. Kes pembesaran dan pemejalan pinggul paling terkenal ialah yang membabitkan wanita yang mendakwa pakar kosmetik, Oneal Morris yang menyuntik 'bahan toksik' yang digunakan untuk menampal tayar dan gam Super Glue ke punggung pelanggannya. Seorang pelanggan Oneal maut selepas menerima suntikan serum toksik di pinggul, pinggang dan payudaranya. Shatarka Nuby, 31, adalah pesakit pertama Oneal mati kesan daripada prosedur itu. Dia sempat memberitahu rakannya, kawasan yang disuntik menjadi tegang dan panas. Oneal, 32, kini berdepan dengan beberapa tuduhan membunuh di Florida selepas pesakit lain mendakwa kesihatan mereka terjejas selepas dia menyuntik bahan kimia pada pinggul mereka. Oneal menjalankan rawatan itu di bilik hotel dan rumah pelangganya. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |