Kosmo Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Penyanyi Dealova ada peminat sendiriDEALOVA mengangkat nama Once Makel dalam industri muzik dan telah memuafakatkan dua negara Indonesia dan Malaysia. Populariti lagu itu menjangkau personaliti Once yang hanya diketahui umum sebagai vokalis band Dewa 19 ketika itu. Bagaimanapun, Once, 43, mengambil keputusan untuk keluar daripada band yang dianggotai Ahmad Dhani, Andra Yudha, Agung Yudha dan Yuke Sempurna itu pada tahun 2010. Mengorak langkah sebagai penyanyi solo dan menerima sedikit bahang populariti di negara jiran antaranya Malaysia dan Singapura, Once akui dirinya gentar. "Agak sukar untuk bergerak secara solo dalam industri muzik yang pantas berkembang. Namun, sebenarnya lebih mudah bergerak solo daripada berkumpulan kerana banyak kepala banyak ragam. "Susah untuk atur waktu dan penuhi selera masing-masing," kata Once yang ditemui ketika majlis pelancaran album pertama dan single keduanya, I Still Love You di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Jemu Cukup lama bersama Dewa 19, kata Once , dia merasakan khidmatnya selama lebih 10 tahun sudah memadai untuk dirinya menimba pengalaman secara bersendirian pula. "Sudah cukup masanya untuk saya bersama Dewa 19 dan saya pun sudah semakin aktif membuat karya untuk diri sendiri ketika bersama Dewa 19. "Lagipun ramai teman saya yang lebih pintar membikin lagu dalam Dewa 19 dan dalam masa sama mereka mempunyai projek sendiri seperti Andra and The BackBone dan Triad. "Saya terfikir kenapa tidak saya mengambil jalan yang sama dan saya rasa bahawa tindakan ini adalah wajar. Jadi saya keluar daripada Dewa 19 dan mencipta lagu untuk diri sendiri pula," jelas pemilik nama sebenar Elfonda Mekel itu. Once menggantikan vokalis asal Dewa 19 iaitu Ari Lasso yang telah dibuang daripada kumpulan itu ekoran terbabit dengan penyalahgunaan dadah pada tahun 2000. Once sebelum itu merakamkan runut bunyi filem Kuldesak bersama Ahmad Dhani pada tahun 1998. Atas faktor keserasian, Once menerima pelawaan bergabung bersama Dewa 19. PELANTUN lagu Dealova ini bercita-cita merakam lagu duet bersama Siti Nurhaliza dan Amy Search. Tiga tahun Tiga tahun tempoh masa diambil Once untuk menyiapkan album pertamanya yang mengandungi 10 buah lagu. Ujar Once, dia harus meneliti banyak aspek sebelum sembarangan mengeluarkan produk. "Kesibukan saya menguruskan kerjaya bersendirian menyebabkan album ini mengambil masa terlalu lama untuk dikeluarkan. "Tapi kemungkinan besar hujung tahun ini saya akan mengeluarkan sebuah lagi album solo. Dalam album itu, saya menggubah enam buah lagu dengan lima buah lagu sudah siap dirakam," kata Once yang bercita-cita mahu mengadakan konsert solo selepas album keduanya. Album Once menggunakan namanya sendiri sebagai judul iaitu Once. Single pertamanya, Hilang Naluri terlebih dahulu berjaya mencuri hati peminat pada tahun lalu sebelum I Still Love You yang mula ke udara hujung tahun lalu. Ditanya kebarangkalian untuk berkolaborasi dengan kumpulan Dewa 19 yang kini bertukar nama Mahadewa, jawab Once, dia tidak menolak sekiranya diberikan peluang. "Belum tahu lagi masa akan datang tapi mungkin akan ada kolaborasi selepas ini. Bagaimanapun, hubungan saya dan Ahmad Dhani masih baik dan saya teringin untuk bekerja dengan beliau atau Andra," tambahnya. Dalam pada itu, Once menyifatkan aliran muziknya berbeza dengan Dewa 19 dan sama sekali tidak berharap untuk menerjah populariti sehebat band legenda itu. "Saya mencipta muzik menggunakan keyboard dan gitar sahaja selain mendapatkan pertolongan komposer yang saya kenali dan saya puas. "Saya tidak pernah sekali pun berharap untuk menjadi gah seperti Dewa 19. Ini satu proses kreatif dan sifat saya santai-santai sahaja," kata penyanyi kelahiran Sulawesi, Indonesia itu. Minat anak Menyifatkan diri dan keluarga seperti orang kebanyakan yang tiada istimewanya, jelas Once, sisi peribadinya tiada sensasi. "Saya biasa-biasa sahaja, keluarga saya pun jarang mendapat liputan media hiburan. "Sekarang anak saya, Manuel yang berusia enam tahun sudah pandai bermain dram dan piano. Saya menghantar dia ke kelas piano enam bulan lalu untuk mengasah kemahiran tapi nyata sekali dia lebih cepat belajar apabila bersama saya. "Kini, Manuel sudah pandai memainkan 12 buah lagu terutama lagu band rock British, Queen. "Boleh juga kalau dia mahu ikut jejak langkah saya sebagai penyanyi cuma saya tidak ingin dia terbeban. Dia boleh memilih bidang lain dan saya mahu mendorong dia menjadi jurutera," singkap Once. Penyanyi itu berkahwin dengan Rietmadhanty Angelica Tauchid pada 20 Disember 2005. | ||
Rezeki Eja melimpah selepas berhijab Posted: Rezeki Eja melimpah selepas berhijabOleh MALIAH SURIP
SELEPAS mengambil keputusan untuk berhijab sejak beberapa bulan lepas, aktres Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah memberitahu, dia kini sedang melalui satu fasa kehidupan yang cukup tenang dan bahagia. Mengakui juga selepas berhijab ia bukan tanda aras hidupnya telah sempurna, Eja yang ditemui sewaktu mengikuti rombongan Anugerah Skrin 2011 & 2012 ke Korea Selatan baru-baru ini mengatakan dia kini dalam proses memperbaiki kelemahan dirinya. "Alhamdulillah, secara perlahan-lahan Tuhan memberi saya petunjuk sehingga akhirnya saya berhijab. "Apabila saya telah menutup aurat seumpama ini, ia bukan bermakna saya sudah menjadi seorang manusia yang sempurna, sebaliknya saya bersyukur kerana Tuhan telah memberi saya peluang untuk berubah," ujarnya yang mahu lebih kerap menghadiri majlis usrah sambil memanjat kesyukuran. Dedah Eja, pada saat dirinya mengambil keputusan untuk terus berhijab sebaik sahaja pulang daripada menunaikan umrah sekitar Mei lalu, dia telah mempersiapkan diri dengan risiko untuk hilang atau kurang mendapat tawaran berlakon. Bagaimanapun, sebaliknya yang berlaku. Tuhan telah mencurahkan dirinya dengan rezeki yang melimpah-ruah, satu hal yang tidak dijangka oleh wanita tinggi lampai ini. Menurut Eja: "Pada saat saya telah bersedia dengan kebarangkalian untuk tidak menerima tawaran berlakon kerana penampilan baharu ini, pada saat itu, tawaran terus datang tanpa henti. "Antara bukti rezeki saya tidak ditarik Tuhan kerana saya berhijab ialah kontrak saya untuk berlakon dalam filem Manisnya Cinta dan sebagai duta produk kecantikan Cosry yang ditandatangani sebelum saya berhijab masih diteruskan. "Saya kemudian menerima beberapa tawaran lain termasuk dua telefilem sempena sambutan Aidilfitri ini. Alhamdulillah."
Tegas Eja, biar banyak tawaran berlakon yang bakal hadir kepadanya kelak, dia tetap tidak akan menanggalkan hijab. Luahnya, sepanjang 17 tahun menjadi anak seni, khalayak telah melihat penampilan dan rambutnya, kini dia tidak mahu memperlihatkan semua penampilan silamnya lagi. "Cukuplah 17 tahun khalayak telah melihat rambut saya. Dengan faktor usia yang sudah mencecah 41 tahun, saya kira semua sudah perlu diperlahankan," katanya yang menyebut, suaminya tidak pernah memaksa dia berhijab, sebaliknya bergurau dengan mengatakan dirinya bakal masuk syurga sebaik sahaja Eja mengambil keputusan berhijab. Ditebak bagaimana pula dengan trademark bulu mata palsu dan solekan tebal sewaktu berlakon, adakah khalayak tidak akan melihat penampilannya di layar kaca seumpama itu lagi, Eja hanya ketawa. Dia kemudian memberitahu, jika skrip penceritaan memerlukan dirinya memakai bulu mata palsu atau bersolek tebal, ia akan dilakukan. Sebagai seorang pelakon, jelas Eja, permintaan tersebut masih akan ditunaikan. Sementara itu, Eja turut berkata, dia bersama Cosry kini dalam perbincangan untuk melancarkan koleksi hijab sempena bulan Ramadan ini. Eja bagaimanapun dengan rendah hati memberitahu, sebagai seorang wanita yang baharu memakai hijab, dia tidak mahu koleksi tersebut sekadar menjadi satu trend. "Insya-Allah, saya dan Cosry akan menghasilkan koleksi hijab dengan jenama Eja by Cosry sempena kehadiran bulan Ramadan ini. "Koleksi itu kelak, saya mahu pastikan ia tidak sekadar menjadi satu trend, sebaliknya saya mahu menghasilkan koleksi hijab yang mengikut syariat Islam. "Saya mahu wanita Muslim yang berpakaian mengikut syariat Islam tidak ketinggalan dalam berfesyen dan bergaya sopan," jelasnya. | ||
Posted: Black hampir putus tunangOleh NURUL NAFISAH MAZLAN BLACK bakal mengadakan sidang akhbar pada 3 Julai ini bagi mengumumkan tarikh perkahwinannya. TIADA khabar berita sejak bergelar tunangan orang, Black Mentor sebenarnya mempunyai alasan kenapa dia kurang mendapat publisiti sejak kebelakangan ini. Mendapatkan penjelasannya, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah berkata, dia tidak pernah lari daripada media. Cuma terdapat beberapa urusan yang membuatkan dia agak sibuk. Tambahnya, dia tidak mahu terlalu menonjol kerana dugaan bertunang amat berat untuk dipikul lebih-lebih lagi bagi seorang selebriti seperti dirinya. Black yang ditemui semasa rakaman Rockestra Raya untuk saluran TV9 bersama Amy Search dan Azlan The Typewriter di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, baru-baru ini sempat bercerita. Ujarnya, dia hampir putus tunang ekoran perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Black bagi mengetahui cerita dugaan bergelar tunangan kepada gadis yang dikenali sebagai Cira Khairi itu. Kosmo!: Black, sejak anda bertunang pada 26 Januari lalu, susah betul mahu mendapatkan perkembangan terbaharu anda. Kenapakah anda seperti mahu melarikan diri daripada wartawan? BLACK: Sebenarnya saya bukan lari daripada sesiapa. Selepas bertunang, saya ada banyak jemputan show yang perlu dihadiri sehingga tidak menang tangan. Lebih-lebih lagi pada masa itu saya sering mengikuti kempen-kempen sempena Pilihan Raya Umum ke-13 tempoh hari. Malah, saya juga sibuk menguruskan persiapan perkahwinan. Alhamdulillah, kini persiapan perkahwinan sudah hampir 70 peratus siap. Sudah mahu kahwin rupa-rupanya. Bilakah akan berlangsung hari bahagia Black tersebut? Itu saya tak boleh beritahu lagi. Saya akan buat sidang akhbar pada 3 Julai ini bagi mengumumkan tarikh perkahwinan saya itu. Di manakah lokasi dan masa pengumuman itu akan dibuat, saya akan beritahu kelak. Apa yang pasti, pernikahan itu akan berlangsung pada tahun ini juga. Sejak bertunang, apakah cabaran paling besar yang perlu anda hadapi? Saya akui dugaan bertunang amat berat. Tiga hari sebelum PRU-13 berlangsung, saya mengalami kemalangan di Behrang, Perak bersama abang. Kereta BMW saya terbalik dan berpusing. Syukurlah tidak ada kecederaan serius. Selain itu, saya dan tunang terkena buatan orang. Kami sebenarnya hampir putus tunang. Sebulan selepas bertunang, kami bergaduh hampir setiap hari. Pantang bercakap atau berjumpa, asyik panas sahaja. Tetapi syukurlah, setelah menjalani rawatan alternatif semuanya kembali pulih. Adakah anda mengetahui siapakah dalang di sebalik perbuatan tidak bermoral itu? Tidak. Kami tidak mengenali individu tersebut. Saya pun pelik mengapa perkara ini terjadi. Mungkin ini dugaan yang perlu dihadapi sejak berdarah manis. Saya pun tidak tahu kenapa perkara itu boleh terjadi kerana kami tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. Tetapi tak apalah sebab semuanya sudah selesai. Memandangkan tarikh pernikahan anda bakal tiba tidak lama lagi, apakah persediaan yang dibuat untuk bergelar seorang suami? Saya sudah bersedia dan mula melengkapkan diri. Saya akan mengambil kursus perkahwinan pada bulan depan. Bila saya lihat semula, perjalanan saya untuk bergelar suami ini cantik dan sudah tersusun. Saya serahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Black, kenapa anda terlalu merahsiakan gadis yang bertakhta di hati sehingga sekarang ramai yang masih menantikan kemunculan bakal isteri anda itu? Saya kalau boleh tak nak dia terlibat dalam industri ini kerana saya tidak mahu mencampuradukkan hal peribadi dengan kerja. Kalau boleh nak bersanding pun biar saya seorang di atas pelamin itu (ketawa). Tengoklah, saya tidak tonjolkan dia pun masih ada orang yang dengki dan tidak puas hati. Tunggulah pada majlis persandingan nanti. Bercerita mengenai kerjaya pula, apakah perkembangan terbaru anda? Insya-Allah saya akan muncul dengan dua buah single baharu yang berjudul Puisi Sang Dewi dan Takkan Terpisah yang masing-masing dijadikan runut bunyi untuk filem Lemak Kampung Santan dan drama untuk siaran Astro. Semoga rezeki saya semakin melimpah. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |