Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
Posted: 21 Jun 2013 10:24 AM PDT Las Vegas: Seorang lelaki yang pernah memiliki buah zakar seberat 63 kilogram kecewa selepas menjalani pembedahan membuangnya kerana ia menyebabkan dia kini hanya memiliki kemaluan yang kecil. Wesley Warren Jr baru-baru ini menjalani pembedahan selama 13 jam untuk membuang kantung zakarnya selepas ia membesar melampau sehingga dia terpaksa memakai baju bertutup kepala sebagai seluar bagi menampung buah zakarnya. Lelaki 49 tahun itu tidak boleh mengadakan seks dan mengalami kesakitan yang amat teruk. Bagaimanapun, warga Amerika itu berkata, dia mungkin tidak boleh menjalinkan hubungan dengan wanita selepas pembedahan itu menyebabkan kemaluannya menjadi terlalu kecil. WESLEY sebelum menjalani pembedahan membuang buah zakar.
"Saya umpama terselamat daripada kebakaran tetapi kini terpaksa berdepan dengan keadaan melecur yang amat teruk," katanya. Wesley dari Las Vegas mula berdepan masalah kantung zakar besar selepas memicit kemaluannya ketika tidur pada Jun 2008. Dia kemudian mendapatkan rawatan untuk mengurangkan bengkak. Tetapi, kantung zakarnya terus membesar. "Saya hanya boleh berjalan seperti kanak-kanak," katanya. Jurujual itu menjalani pembedahan baru-baru ini. Tetapi sehingga sekarang masih belum dapat menjelaskan kos pembedahan itu. Menurutnya, dia kini merancang menjual zakar gergasinya menerusi eBay untuk menjelaskan bil hospital. "Saya sudah berbincang dengan pakar bedah di California dan sudah membawa zakar itu pulang. Saya mahu menjualnya," kata Wesley. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22 |
Bayi empat kaki selamat dibedah Posted: 21 Jun 2013 10:03 AM PDT Windhoek: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan dari Namibia terpaksa menjalani pembedahan selepas dilahirkan dengan empat kaki. Andrew Palismwe dari Caprivi memberikan tindak balas baik terhadap rawatan selepas menjalani pembedahan selama sembilan jam bagi membuang dua kakinya di Hospital Kanak-Kanak Red Cross War Memorial di Cape Town, Afrika Selatan.
Dia dilahirkan dengan dua kaki tambahan di bawah perutnya pada 6 April lalu. Keadaan itu dikatakan akibat daripada kembar yang tidak wujud sepenuhnya. Pakar neonatologi hospital itu, Dr Clarissa Pieper berkata: "Ini adalah keadaan di mana kembar seiras melekat bersama akibat daripada embrio kembar yang tidak berpisah sepenuhnya, tetapi membentuk dua bayi yang membesar sesama sendiri. Dalam kes ini, bayi yang seorang lagi tidak membesar sepenuhnya." - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |