Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
20 GRO dicekup polis dalam serbuan di Kepong Posted: 21 Jun 2013 03:47 AM PDT KUALA LUMPUR 21 Jun - Sekumpulan 20 gadis pelayan pelanggan (GRO) tidak sempat mengutip tip daripada pelanggan masing-masing apabila kelab yang menjadi tempat mereka bekerja tiba-tiba diserbu polis di Jalan Ambong Kanan, Kepong malam tadi. Sebelum serbuan, GRO tempatan serta warga Thailand dan Vietnam yang berusia antara 24 hingga 32 tahun itu sedang leka mengutip tip daripada pelanggan sambil menari atau menjual minuman keras. Bagaimanapun kehadiran sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 11.45 malam itu memaksa mereka meninggalkan pelanggan masing-masing dan cuba melarikan diri menerusi pintu belakang. Kesemua mereka bagaimanapun berjaya ditangkap. Ketua Operasi D7, Asisten Supritendan Shahrul Nizam Jaafar berkata, premis itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini dan memaksa pihak pengurusannya menukar nama kelab untuk mengelirukan pihak berkuasa. Sebelum ini polis mengesan pusat hiburan itu menggunakan GRO tempatan sahaja namun sejak kebelakangan ini mereka mendapatkan khidmat warga asing sebagai taktik untuk menarik perhatian pelanggan. Hasil siasatan kita juga mendapati terdapat aktiviti kalungan bunga di kalangan pelanggan untuk menempah gadis. Malah kita percaya terdapat aktiviti khidmat seks dengan bayaran antara RM120 sehingga RM450," katanya selepas mengetuai serbuan itu. Tambah beliau, dalam serbuan itu sebanyak 11 warga Thailand dan seorang Vietnam ditahan kerana menyalahguna pas lawatan sosial. Kesemua mereka masuk ke negara ini lebih dari 20 kali. Lapan lagi GRO tempatan turut ditahan untuk direkod. Mereka ini dipercayai tidak menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan dan hanya bertugas sebagai pelayan," katanya. Shahrul Nizam berkata, pemilik kelab iaitu lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an turut ditahan dan kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Kepong untuk diambil keterangan. - UTUSAN ONLINE |
Tiga maut dalam dua nahas berasingan Posted: 21 Jun 2013 03:37 AM PDT KUBANG PASU 21 Jun - Seorang pemandu kren maut setelah kereta dipandunya terhumban ke dalam kolam berhampiran belukar di Kampung Padang Asun di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, Mohamad Hazwan Abdul Hamid, 24, yang memandu kereta jenis Proton Wira dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terhumban ke dalam kolam. Difahamkan anak keenam dari tujuh beradik itu dalam perjalanan dari rumahnya di Teluk Tenggiri ke tempat kerja di pekan ini. Menurut bapa mangsa, Abdul Hamid Abdullah, 65, dia mengejutkan anaknya kira-kira pukul 6.45 pagi sebelum keluar untuk ke tempat kerja pada pukul 8 pagi. Katanya, Hazwan tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, cuma malam semalam anaknya itu membelikan mi goreng. Saya makan mi goreng selepas solat isyak dan Hazwan ketika itu sudah tidur. Pagi ini selepas bersiap Hazwan tidak bercakap banyak terus pergi kerja," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Jitra hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Ibrahim Mohd. Yusof berkata, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam kolam. Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat lemas. Sebelum itu, dua lelaki terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh pokok di di Kilometer 12, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Changlun menuju ke Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 10 malam tadi. Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Teh Eng Chuwan, 47, cuba mengelak sebuah kenderaan lain menyebabkan ia terbabas sebelum merempuh sebatang pokok. Mangsa yang merupakan ahli perniagaan maut di tempat kejadian sementara penumpang kereta berkenaan, Chung Yoke Kyon, 28, meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Jitra. Kedua-dua lelaki tersebut dikatakan dalam perjalanan menuju ke Thailand untuk bercuti di situ. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |