Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Mayat bekas tentera ditemui dalam keadaan reput Posted: 11 Jun 2013 07:11 AM PDT GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki warga emas dalam keadaan reput ditemui di Flat 88 Relau, di sini hari ini. Mayat Ong Hock Seng, 68, yang juga merupakan bekas tentera ditemui dalam keadaan bogel berhampiran bilik air di tingkat tujuh flat itu pada jam 6 petang.
Saksi kejadian yang juga jiran mangsa, Muhamad Mirzan, 46, berkata beliau menghubungi polis setelah mengesyaki perkara buruk berlaku kepada Ong setelah terhidu bau busuk dari rumah jirannya. "Dia tinggal seorang diri di flat dan jarang dikunjungi keluarganya. Kami selalu juga bersembang dan kali terakhir saya jumpa dia pada 3 Jun lepas," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifisikan kes itu sebagai kematian mengejut. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/11 |
Posted: 11 Jun 2013 04:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Klang dekat Daya Bumi, di sini, pagi tadi. Mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 7.30 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan itu sebelum memaklumkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Mat Suri, 30-an dan mayatnya tersangkut di tepi sungai berkenaan. Katanya, mangsa meninggal dunia dalam tempoh 24 jam dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |