Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Rompakan bersenjata kedai emas kerugian RM400,000 Posted: 20 Jun 2013 01:49 AM PDT BENTONG: Sebuah kedai emas di Jalan Besar, Karak di sini hari ini kerugian RM400,000 selepas dirompak enam suspek bertopeng dan bersenjata parang. Dalam kejadian 8.55 pagi itu, kesemua suspek terbabit menyerbu premis berkenaan ketika pemiliknya baru sahaja membuka kedainya.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kejadian itu berlaku semasa pemiliknya, seorang lelaki berumur 30an, membuka kedainya seperti biasa apabila tiba-tiba enam suspek terbabit meluru masuk ke premis berkenaan. Suspek bertindak mengacukan parang ke arah mangsa sebelum melarikan 13 buah dulang barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM400,000, katanya kepada di sini hari ini.
|
Dua warga Pakistan didakwa bunuh paderi Amerika Posted: 20 Jun 2013 01:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh paderi warga Amerika bulan lepas. Shaheen Murad, 37, dan Hassan Raza, 21, bersama dua lagi yang masih bebas, didakwa membunuh David James Ginter, 62, di No 2, Lorong 2A, Taman Sri Ukay, Hulu Kelang, Ampang Jaya, di sini antara 5.30 petang 3 Mei dan 10.45 pagi keesokan harinya.
Tiada pengakuan dicatatkan daripada kedua-dua penganggur itu yang berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Majistret Noor Farah Hazwani Osman menetapkan 18 Julai untuk sebutan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |