Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Hujan monsun ragut 120 nyawa di India
- Bot solar terbesar dunia berlabuh di New York
- Guru pertama di dunia mengajar dari angkasa lepas
Hujan monsun ragut 120 nyawa di India Posted: Hujan monsun ragut 120 nyawa di India
DEHRADUN - Angka kematian akibat banjir kilat yang berpunca daripada hujan monsun di utara India meningkat kepada 120 orang, kata beberapa pegawai semalam. Musim hujan di India tiba lebih awal pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. "Sekurang-kurangnya 110 orang telah terkorban. Kerajaan negeri dan pihak tentera cuba untuk menyelamat ribuan pelancong yang terperangkap dekat beberapa buah perkampungan dan kuil Hindu yang digenangi air," kata Menteri Pengurusan Bencana Negeri Uttarakhand, Jaspal Arya. Di negeri Himachal Pradesh yang berjiran dengan Uttarakhand sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kejadian tanah runtuh yang turut memusnahkan 500 buah rumah dan bangunan kerajaan. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan tentera kelmarin menyatakan, lima buah lapangan terbang di utara India telah diaktifkan untuk mempercepat operasi menyelamat. Pada kebiasaannya, sektor pertanian di India amat bergantung kepada hujan monsun yang turun selepas musim kemarau. Hujan monsun turun di India pada akhir bulan Jun dan berterusan hingga September depan tetapi pada masa yang sama, fenomena cuaca ini akan menyebabkan banjir. Pada tahun ini, hujan monsun turun lebih awal sekali gus mendedahkan kelemahan kerajaan dalam melakukan persiapan apabila negara ditimpa bencana. - AFP | |
Bot solar terbesar dunia berlabuh di New York Posted: Bot solar terbesar dunia berlabuh di New YorkAFP NEW YORK - Bot solar terbesar di dunia, Turanor PlanetSolar, berlabuh di Amerika Syarikat (AS) kelmarin ketika dalam misi mengkaji kesan perubahan iklim ke atas arus bawah laut Gulf Stream. Arus tersebut bermula di Laut Caribbean dan berakhir di utara Lautan Atlantik. Ditaja sebahagiannya oleh kerajaan Switzerland, bot sepanjang 35 meter itu sarat dengan panel solar. Panel tersebut boleh dibuka dan ditutup seperti sayap burung. Ia ditutup semasa Turanor memasuki pelabuhan dan dibuka apabila bot itu belayar di lautan. Pada Mei 2012, bot berkenaan menjadi kenderaan berkuasa solar pertama yang mengelilingi dunia. Pengembaraan tersebut mengambil masa selama 584 hari dan merangkumi jarak lebih 60,000 kilometer. Memiliki berat 90 tan, bot itu bergerak pada kelajuan purata 10 kilometer sejam. Bot tersebut berlayar dari La Ciotat di Perancis lebih dua bulan lalu. Dalam perjalanannya, bot itu pernah berhenti termasuk di bandar raya Miami di tenggara AS. "Matlamat utama kami adalah untuk mengkaji arus Gulf Stream," kata kapten kapal tersebut, Gerard d'Aboville. Bot itu tidak mengeluarkan sebarang bahan pencemaran kerana dijana sepenuhnya oleh kuasa solar. Turanor PlanetSolar sedang dalam perjalanan untuk mengumpul data sepanjang perjalanan sejauh 8,000 kilometer antara Miami dan bandar Bergen di Norway. - AFP | |
Guru pertama di dunia mengajar dari angkasa lepas Posted: Guru pertama di dunia mengajar dari angkasa lepasGAMBAR menunjukkan imej Yaping bersama dua anggota angkasawan lain yang dihantar ke angkasa baru-baru ini.- AFPi BEIJING - Guru pertama yang dihantar ke angkasa oleh pemerintah China dijadualkan memberi kuliah kepada para pelajarnya melalui satu sidang video hari ini, lapor rangkaian Televisyen Pusat China (CCTV). Kuliah yang disampaikan guru wanita berkenaan, Wang Yaping, akan disiarkan oleh CCTV bermula dari pukul 10.04 pagi sehingga 10.55 pagi waktu tempatan. Jurucakap Program Kejuruteraan Manusia ke Angkasa Lepas China, Wu Ping berkata, Yaping yang berusia 33 tahun itu merupakan angkasawan wanita China kedua dihantar ke angkasa lepas. Dia akan memberikan kuliah tentang graviti dari angkasa lepas kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah. Terdahulu, China telah melancarkan roket Long March 2-F yang membawa kapal angkasa lepas Shenzhou-10 ke angkasa lepas pada 11 Jun lalu. Tiga angkasawan yang berada di dalam kapal angkasa tersebut berlepas dari pusat pelancaran Jiuquan di padang pasir Gobi, dalam wilayah Gansu. Kapal angkasa itu berlabuh di stesen angkasa lepas milik China, Tiangong-1. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |