{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


9 langkah darurat di Muar & Ledang

Posted: 23 Jun 2013 05:41 AM PDT

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri mengambil sembilan langkah susulan pengisytiharan darurat di Muar dan Ledang termasuk penutupan pejabat kerajaan dan swasta, kilang, ladang, kuari dan aktiviti pembinaan.


Penggunaan kenderaan persendirian dihadkan manakala tugas berkaitan tanah diarah dihentikan selain pengekalan pengharaman aktiviti pembakaran terbuka.


Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menasihatkan penduduk di deerah berkenaan supaya tidak panik dengan membuat pembeli barangan makanan dan bahan api secara pukal sebaliknya meminta rakyat mengurangkan aktiviti luar.

Sementara itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, rakyat di Ledang dan Muar diminta supaya tidak panik atau membuat sebarang spekulasi berkaitan pengisytiharan darurat di dua daerah berkenaan.

Baginda juga akan bermalam di Muar selama dua malam sekembalinya daripada Persidangan Majlis Raja-Raja di Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/23

110 sekolah di Segamat diarah cuti esok

Posted: 23 Jun 2013 04:34 AM PDT

JOHOR BAHRU: Sebanyak 110 buah sekolah rendah dan menengah di Segamat diarahkan bercuti esok selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencapai tahap berbahaya 400.

Pengarah Pelajaran negeri Mohd Nor A Ghani berkata arahan itu membabitkan 39,681 pelajar dan 3,418 guru.

Arahan bercuti sejak Jumaat lalu bagi 117 sekolah di Kluang dan 175 sekolah di Batu Pahat yang membabitkan 134,872 pelajar masih belum ditarik balik, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Arahan itu turut dipanjangkan kepada 171 sekolah kebangsaan dan 40 sekolah menengah di daerah Muar dan Ledang, membabitkan 76,400 pelajar serta 6,846 guru berikutan pengisytiharan darurat akibat jerebu di kawasan berkenaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.


Dalam pada itu, beliau berkata 300 sekolah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang yang diarahkan bercuti Jumaat lepas akan dibuka semula esok selepas IPU mencatatkan bacaan yang bertambah baik.


Pejabat pelajaran daerah dan sekolah sudah diarah memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa atau penjaga agar semua 187,590 pelajar berkenaan kembali ke sekolah esok.

Bagaimanapun katanya aktiviti di luar kelas masih tidak dibenarkan sementara pelajar, terutama yang mempunyai penyakit asma dan jantung dinasihatkan memakai topeng hidung dan mulut. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/23

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat