Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Jerebu: 61 sekolah di PD tutup
- Pesakit asma, warga emas dan kanak-kanak diberi topeng muka
- Jerebu: Petani dilarang lakukan pembakaran terbuka
Jerebu: 61 sekolah di PD tutup Posted: Jerebu: 61 sekolah di PD tutup23/06/2013 10:04pm SEREMBAN - Sebanyak 61 buah sekolah membabitkan seramai 24,052 pelajar di daerah Port Dickson di sini ditutup esok. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita memaklumkan telah mengarahkan semua sekolah di daerah itu yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup sehari mulai esok sehingga dimaklumkan kemudian. Tindakan segera itu berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan mencecah 304 iaitu tahap bahaya selepas dicacatkan kira-kira pukul 9 malam tadi. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Kalsom Khalid ketika dihubungi berkata, semua sekolah di Port Dickson telah dimaklumkan berhubung perkara itu selepas menerima laporan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri. "Kira-kira pukul 8.30 malam JAS memaklum bacaan IPU direkodkan pada 296 dan pukul 9 malam naik sehingga 304. "Kita telah memaklum kepada 61 buah sekolah melibatkan 24,052 pelajar ditutup selaras dengan selaras dengan arahan kementerian," katanya. Pengarah JAS negeri, Charanpal Singh berkata, pihak akan memantau situasi jerebu dari semasa ke semasa. Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti pembakaran terbuka ini boleh menghubungi talian 012-2295692 untuk tindakan lanjut. - KOSMO! |
Pesakit asma, warga emas dan kanak-kanak diberi topeng muka Posted: Pesakit asma, warga emas dan kanak-kanak diberi topeng muka23/06/2013 8:45pm SEPANG - Golongan berisiko tinggi seperti pesakit asma, warga emas dan kanak-kanak yang ke klinik kesihatan dan hospital akan diberi topeng muka berikutan masalah jerebu yang semakin teruk melanda negara. Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr. Azman Abu Bakar berkata, arahan itu dikeluarkan Menteri Kesihatan kepada semua pejabat kesihatan negeri. "Kita risau terhadap kesihatan warga emas, kanak-kanak dan pesakit asma akibat jerebu," katanya pada sidang akhbar selepas Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di Terminal Penerbangan Tambang Murah di sini hari ini. Azman menambah, pemantauan turut dilakukan melalui bilik operasi berhubung jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan bagi sebarang penyakit akibat jerebu di Selangor. Mengulas dakwaan kehabisan bekalan topeng muka N95 di Selangor, beliau berkata pihaknya akan menyiasat perkara tersebut. - Bernama |
Jerebu: Petani dilarang lakukan pembakaran terbuka Posted: Jerebu: Petani dilarang lakukan pembakaran terbuka23/06/2013 8:23pm MUAR - Kesemua petani diminta mematuhi arahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) agar tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelak daripada menjadi penyumbang kepada keadaan jerebu yang lebih buruk lagi di Johor terutama di daerah ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam keadaan daerah ini yang sudah diisytiharkan darurat pada hari ini berikutan kualiti udara merosot teruk. "Oleh kerana keadaan jerebu bertambah buruk, petani dan peladang di negeri ini, harus mematuhi arahan kerajaan agar tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh menjadikan keadaan bertambah buruk," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-30 Koperasi KOSPETA (M) Bhd. di sini hari ini. Mengenai kebakaran ladang nanas dan kelapa sawit milik Pertubuhan Paladang Negeri Johor (PPNJ) di Batu 13, Air Hitam di sini, beliau meminta petani dan peladang di kawasan terbabit membantu 70 orang anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran ladang itu yang masuk hari ke lima hari ini. Kata Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, bantuan mereka kepada pasukan Bomba dan Penyelamat yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran di ladang tersebut akan meringankan beban pasukan keselamatan. - KOSMO! |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |