{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Jerebu semakin pulih, hanya tiga kawasan catat paras tidak sihat

Posted: 26 Jun 2013 05:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu yang melanda negara semakin pulih apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan mencatat penurunan sehingga tahap sederhana setakat jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini, hanya tiga kawasan yang mencatat paras IPU tidak sihat manakala 42 kawasan pada paras sederhana dan tujuh lagi pada paras baik.

Kawasan yang masih berada di paras tidak sihat ialah Nilai yang merekodkan bacaan IPU 153 berbanding 156 pada jam 11 pagi tadi, Seremban mencatat 104 berbanding 118 manakala Bukit Rambai di Melaka mencatat 106 berbanding 109.

Hujan di kebanyakan kawasan petang dan malam semalam turut membantu mengurangkan partikel debu di ruang udara dan menyebabkan kualiti udara bertambah baik.


Keadaan itu juga berikutan kekuatan angin barat daya yang bertiup dengan kelajuan 10 kilometer sejam dan angin dari pelbagai hala menggerakkan asap jerebu ke kawasan lebih luas meliputi di Semenanjung Malaysia.


Jabatan Meteorologi Malaysia pula memaklumkan keadaan angin sama dijangka berterusan sehingga Jumaat ini dengan hujan di kawasan pantai Pulau Pinang, Kedah dan Perak sebelah pagi hari itu.

Keadaan kualiti udara dijangka bertambah baik dan stabil sekiranya punca kebakaran atau titik panas (hotspot) di Sumatera Tengah, Indonesia terus berkurangan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/26

Suspek kes dera tiga beradik direman empat hari

Posted: 26 Jun 2013 04:05 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kes dera kanak-kanak tiga beradik direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Rosli Ahmad di mahkamah Kuala Terengganu di sini hari ini.

Kedua-dua suspek yang merupakan ibu kandung serta bapa tiri mangsa disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Kejadian dera membabitkan tiga beradik yang masing-masing berusia tujuh, lima dan dua tahun lima bulan itu terbongkar selepas polis menyelamatkan seorang daripada mereka yang dikurung dan dibiar kelaparan di sebuah rumah di Taman Perumahan Gong Badak, di sini kelmarin.


Polis yang melancarkan gerakan memburu kedua-dua suspek serta dua lagi kanak-kanak berjaya mengesan dan menangkap mereka di sebuah rumah awam kos rendah di Gong Badak kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.


Suspek lelaki yang berusia 25 tahun dan isterinya yang berumur 28 tahun juga didapati positif dadah jenis methampethamine, sementara dua kanak-kanak yang ada bersama pasangan terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ketiga-tiga beradik itu kini dirawat di hospital berkenaan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/26

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat