Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Misteri kehilangan pembocor maklumat AS
- Aktivis wanita ‘terkam’ kereta Perdana Menteri Tunisia
- Angelina Jolie bidas Majlis Keselamatan PBB
Misteri kehilangan pembocor maklumat AS Posted: Misteri kehilangan pembocor maklumat AS
MOSCOW - Pembocor maklumat rahsia Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden seolah-olah hilang begitu sahaja di ibu kota Rusia, di sini, selepas dia tiba dari Hong Kong pada hujung minggu lalu. Pihak berkuasa AS kini giat memburu bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) dan bekas juruteknik Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu. Snowden memalukan AS apabila dia mendedahkan fail program pengintipan perbualan telefon dan e-mel rakyat negara kuasa besar itu yang dikenali sebagai PRISM. Menurut laman web antikerahsiaan WikiLeaks, Snowden meninggalkan Hong Kong dan menuju ke sini pada Ahad lalu dengan menaiki penerbangan syarikat Rusia, Aeroflot. Kata WikiLeaks, Snowden telah menerima dokumen perjalanan sebagai pelarian daripada kerajaan Ecuador. Bekas ejen CIA itu sebelum ini dilaporkan mahu mencari suaka politik di negara Amerika Selatan tersebut. Ecuador turut melindungi pengasas WikiLeaks, Julian Assange di Kedutaannya di London. Pada masa ini, Washington telah membatalkan pasport Snowden dan memfailkan permohonan ekstradisi terhadap pembocor maklumat itu di Hong Kong. Namun, permohonan AS ditolak oleh kerajaan Hong Kong dengan alasan dokumen ekstradisi Washington tidak lengkap. Tambahan pula, menurut kerajaan Hong Kong, Snowden 'secara sukarela' telah meninggalkan pulau itu untuk menuju ke negara ketiga. Terdahulu, berpuluh-puluh wartawan berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo di sini, namun gagal menemui Snowden. Snowden telah mendaftar masuk dalam penerbangan SU 150 milik Aeroflot menuju ke Havana, Cuba dari sini kelmarin, tetapi dia tidak menaiki pesawat tersebut. Dia dilaporkan akan menaiki penerbangan SU 150 untuk ke Cuba dan seterusnya ke Ecuador. Ketiadaan bekas kontraktor NSA itu mencetuskan pelbagai spekulasi dengan sebahagian wartawan menyatakan dia tiada niat untuk ke Cuba. Maklumat yang diberikan adalah untuk mengelirukan wartawan. Agensi berita Rusia, Interfax menyatakan bahawa Snowden mungkin keluar dari Rusia secara rahsia ketika penerbangan SU 150 berlepas. Namun, sebuah lagi agensi berita Rusia, ITAR-TASS menolak laporan tersebut. Ia yang memetik kenyataan sumber melaporkan, Snowden masih berada di lapangan terbang Sheremetyevo. Dia dilaporkan tinggal di bilik kecil hotel kapsul yang terdapat di sekitar terminal. Snowden kemudian berlepas dari lapangan terbang Sheremetyevo untuk menunggu penerbangan seterusnya bagi mengelak dijejaki wartawan. Sebahagian pihak lagi menyatakan bahawa Snowden kini berlindung di Kedutaan Ecuador di Rusia. Namun, AS semestinya memburu pembocor maklumat itu dan tidak akan membiarkan dia terlepas. - AFP | |
Aktivis wanita ‘terkam’ kereta Perdana Menteri Tunisia Posted: Aktivis wanita 'terkam' kereta Perdana Menteri TunisiaDUA orang aktivis pertubuhan hak wanita, Femen melompat ke atas kereta yang membawa Perdana Menteri Tunisia, Ali Larayedh di Brussels, Belgium semalam.- REUTERS BRUSSELS - Beberapa orang aktivis pertubuhan feminis Femen membantah penahanan rakan mereka di Tunisia dengan melompat ke atas kereta Perdana Menteri baharu negara berkenaan, Ali Larayedh semasa lawatan beliau ke ibu negara Belgium di sini semalam. Sebelum ini, tiga aktivis Femen dipenjarakan kerana melakukan kelucahan di tempat awam di Tunisia. Protes di sini berlaku sehari sebelum mahkamah mendengar rayuan tiga aktivis tersebut di Tunisia. Bantahan itu menyaksikan tiga wanita yang mendedahkan payudara mereka melompat ke atas kereta BMW yang dinaiki oleh Laarayedh semasa dalam perjalanan untuk menemui Presiden Kesatuan Eropah, Herman Van Rompuy. Mereka kemudian ditahan oleh beberapa pengawal keselamatan bagi membolehkan konvoi yang membawa Larayedh meneruskan perjalanan. Pertubuhan tersebut berjuang bagi menentang dominasi lelaki, pemerintahan diktator dan eksploitasi wanita. - dpa | |
Angelina Jolie bidas Majlis Keselamatan PBB Posted: Angelina Jolie bidas Majlis Keselamatan PBBANGELINA JOLIE menyampaikan ucapan pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di New York semalam. NEW YORK - Utusan Khas Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), Angelina Jolie kelmarin mengkritik Majlis Keselamatan pertubuhan itu kerana tidak memberi perhatian serius terhadap masalah rogol di Syria dan negara lain yang berdepan dengan konflik perang. Duta dari negara-negara seperti Rusia, China, Amerika Syarikat, Perancis dan Britain yang tidak sependapat mengenai perang di Syria, mendengar kritikan Jolie yang menegaskan bahawa mereka gagal untuk membela mangsa serangan seksual. "Dunia masih belum menganggap kejadian rogol dalam zon perang sebagai perkara yang mesti diutamakan," kata aktres itu. Jolie kini giat melobi mengenai perkara tersebut selepas melawat kem-kem pelarian warga Syria di Jordan minggu lalu. Jolie memberitahu para diplomat bahawa dia bertemu dengan seorang mangsa rogol di Jordan tetapi wanita itu takut untuk mendedahkan namanya kerana bimbang dibunuh. Aktres itu juga menyatakan yang dia ada berjumpa dengan ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dirogol di luar balai polis di Goma, Republik Demokratik Congo. Setiausaha Luar Britain, William Hague menegaskan, beliau akan mencari jalan penyelesaian dan mengadakan mesyuarat mengenai isu keganasan seksual dalam zon perang pada Perhimpunan Agung PBB pada September depan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |