{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Penjual tiket feri mati ditembak

Posted: 07 Jun 2013 03:48 AM PDT

MUAR: Seorang penjual tiket perkhidmatan feri mati setelah ditembak dari jarak dekat dalam satu kejadian di taman permainan kanak-kanak di Taman Sri Temiang, Jalan Salleh di sini malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar Supt Shahadan Jaafar berkata mayat Tan Chai Heng, 51, dengan kesan tembakan di muka ditemui terbaring di taman itu, kira-kira 30 meter dari rumahnya.

"Berdasarkan kepada kecederaan pada bawah mata kanannya, kita percaya mangsa telah ditembak dengan senjata pistol dari jarak dekat sebelum mayatnya dijumpai oleh jirannya pada jam 9 malam.

"Polis percaya mangsa ditembak oleh seorang lelaki yang dikenalinya dan kita turut menemui satu kelongsong peluru berhampiran tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini untuk bedah siasat.


Katanya polis sedang menyiasat motif pembunuhan dan setakat ini belum ada sebarang tangkapan berhubung kejadian itu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai itu supaya menghubungi ASP Hayati Sharif di talian 019-7788977 atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/07

20 pelajar tahfiz hilang tempat tinggal akibat kebakaran

Posted: 07 Jun 2013 01:32 AM PDT

SEREMBAN: Seramai 20 pelajar tahfiz al-Quran di Pusat Pendidikan Islam Al-Irsyad, Batu 10 Jalan Labu, di sini, hilang tempat tinggal apabila sebahagian blok yang menempatkan asrama kediaman berusia 56 tahun itu hangus terbakar dalam kejadian malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, bilik pengetua sekolah berkenaan turut musnah dalam kebakaran itu, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan sebab semua penghuni asrama berjumlah 45 pelajar tahfiz lelaki itu bercuti sempena cuti persekolahan.

Pengetuanya, Shaifudin Maulup berkata ketika kejadian itu beliau berada di Tampin memberikan ceramah sempena Israk Mikraj dan turut membawa Pembantu Tadbir sekolah itu, Mohd Ezairy Ujang, 37.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/07

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat