Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Empat warga Malaysia ditahan di Singapura kerana seludup rokok
- Pegawai polis dipercayai terlibat dalam kematian N.Dharmenderan diburu
- Remaja parah dibelasah lima lelaki di kedai makan
Empat warga Malaysia ditahan di Singapura kerana seludup rokok Posted: Empat warga Malaysia ditahan di Singapura kerana seludup rokok07/06/2013 10:22pm SINGAPURA - Kastam Singapura merampas 12,276 karton rokok seludup dengan nilai keseluruhan termasuk cukai lebih dolar Singapura 2.2 juta (RM4.5juta) serta menahan enam orang termasuk empat warga Malaysia. Kastam Singapura dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata rampasan itu adalah yang ketiga terbesar bagi mereka tahun ini. Rampasan itu adalah hasil kerjasama Kastam Singapura dan pihak imigresen republik tersebut yang memeriksa dua kontena di Stesen Pengimbasan Tanjong Pagar pada 21 Mei lalu. Pihak kastam yang memantau pergerakan kontena itu ke kawasan penyimpanan barang terbuka di Jalan Ahmad Ibrahim kemudian mendapati kontena terbabit mengandungi rokok seludup, bukan 'lateks' seperti yang diisytiharkan. Kastam Singapura turut memberkas enam individu yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan itu. Kesemua mereka iaitu dua rakyat tempatan dan empat warga Malaysia kini menghadapi tindakan undang-undang di mahkamah negara itu. - Bernama |
Pegawai polis dipercayai terlibat dalam kematian N.Dharmenderan diburu Posted: Pegawai polis dipercayai terlibat dalam kematian N.Dharmenderan diburu07/06/2013 8:59pm KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu seorang pegawai polis yang menghilangkan diri selepas disyaki terlibat dalam kes N. Dharmenderan yang ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 21 Mei lepas. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, usaha mengesan suspek sedang dipergiatkan selepas tiga anggota polis yang terlibat dalam kes tersebut didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu lepas. "Kita akan kesan suspek, kerana suspek tersebut telah menjadi buruan polis dan diletakkan dalam senarai orang yang dikehendaki. InsyaAllah tidak lama lagi kita dapat (tahan) suspek," katanya. Sebelum ini, tiga anggota polis masing-masing seorang berpangkat sarjan dan dua koperal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Dharmenderan, 32, di lokap tersebut. - Bernama |
Remaja parah dibelasah lima lelaki di kedai makan Posted: Remaja parah dibelasah lima lelaki di kedai makan07/06/2013 7:36pm KUANTAN - Seorang remaja lelaki parah dibelasah lima lelaki di sebuah kedai makan di Teluk Chempedak, di sini, awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kejadian berlaku kira-kira 2 pagi selepas mangsa berumur 18 tahun itu dan abangnya berumur 22 tahun dan seorang rakan perempuan selesai makan. Ketika itu abang mangsa pergi ke tandas manakala rakan perempuan itu mengambil barang di kereta, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Dipercayai sasaran kumpulan lelaki itu adalah abang mangsa dan remaja itu disangka sasaran kerana mempunyai fesyen rambut yang sama dengan abangnya, katanya dan menurutnya bagaimanapun motif kejadian sedang disiasat, "Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan...kelima-lima suspek berhenti membelasah mangsa selepas menyedari mangsa bukan sasaran mereka," katanya. Mohd Jasmani berkata, polis sedang mengesan lima suspek terbabit. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |