Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Dua askar PBB cedera di Bukit Golan
- Anak Jackson cuba bunuh diri
- Erdogan enggan bertolak ansur dengan penunjuk perasaan Turki
Dua askar PBB cedera di Bukit Golan Posted: Dua askar PBB cedera di Bukit Golan
NEW YORK - Dua anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalami kecederaan dalam pertempuran semalam di zon gencatan senjata di Bukit Golan di antara Israel dan Syria semalam. "Dua anggota itu mengalami cedera ringan akibat kesan serangan senjata api di kawasan itu," kata jurucakap pengaman PBB, Kieran Dwyer. Pentadbiran Filipina pada awalnya menyatakan bahawa salah seorang anggota tenteranya dalam Pasukan Pemantau Gencatan Senjata PBB di Bukit Golan cedera dalam pertempuran. Dwyer enggan menyatakan sama ada serangan itu dikaitkan dengan operasi Syria merebut kembali kawasan di Bukit Golan daripada pasukan penentang. Dia juga tidak mendedahkan kerakyatan anggota yang cedera itu. Menurut wartawan agensi berita AFP, para penentang Syria itu hanya merampas kawasan di sepanjang zon gencatan senjata di Bukit Golan. Bagaimanapun, tentera Presiden Bashar Al-Assad kemudian merampas kembali wilayah itu. Dalam pada itu, satu kenyataan tentera Filipina berkata, seorang anggota pengaman PBB Filipina cedera akibat terkena serpihan peluru semasa pertempuran melibatkan askar-askar rejim Bashar dengan kumpulan penentang. "Ketika ini, dia dirawat oleh pegawai-pegawai perubatan di kawasan perlindungan dan berada dalam keadaan stabil serta baik," menurut satu kenyataan tentera. - AFP | |
Posted: Anak Jackson cuba bunuh diriGAMBAR fail menunjukkan Paris (tengah), Prince Michael II (kiri) dan Prince Jackson I di Los Angeles pada 27 Januari 2012. LOS ANGELES - Paris Jackson yang merupakan anak perempuan penyanyi yang digelar sebagai Raja Pop, mendiang Michael Jackson, (gambar kecil) dikejarkan ke sebuah hospital di sini selepas dia cuba membunuh diri, kata ibunya, Debbie Rowe kelmarin. Rowe semasa memberitahu program televisyen Entertainment Tonight berkata, Paris mengalami banyak tekanan sejak akhir-akhir ini. Peguam Rowe, Perry Sanders Jr. kemudian memberitahu, keadaan Paris kini stabil selepas dia dibawa ke hospital. Portal hiburan TMZ.com melaporkan, anak kedua Jackson bersama Rowe itu dipercayai cuba mengelar pergelangan tangan kanannya menggunakan pisau pemotong daging. Dia juga telah menulis nota bunuh diri. Menurut portal itu, Paris dibawa ke hospital dari rumahnya di Calabasas, California dengan sebuah ambulans pada Rabu lalu sekitar pukul 2 pagi waktu tempatan. Sementara itu, sumber keluarga Paris mendakwa remaja berusia 15 tahun itu mungkin marah ekoran dia tidak dibenarkan pergi menyaksikan konsert penyanyi rock lelaki, Marilyn Manson di sini semalam. Manson terkenal dengan imej pelik serta popular menerusi lagu-lagu seperti Sweet Dreams dan Mobscene. Satu lagi sumber memberitahu akhbar New York Daily News, Paris tertekan kerana dia terlibat memberi keterangan dalam kes mahkamah berhubung kematian ayahnya. Dia dilaporkan pernah menghantar mesej ke laman Twitter pada Selasa lalu yang menyentuh tentang kesedihannya. "Menjadi sensitif pada usia 15 tahun merupakan suatu yang amat sukar untuk ditempuhi. Ia lebih sukar apabila anda kehilangan individu yang paling rapat," kata neneknya, Katherine dalam satu kenyataan. Jackson meninggal dunia ketika dia berusia 50 tahun akibat pengambilan berlebihan ubat bius propofol di rumah sewanya di sini pada Jun 2009. Dia yang berkahwin dengan Rowe pada tahun 1996 hingga 1999 turut mempunyai seorang anak lelaki, Prince Michael Jackson I berusia 16 tahun. Jackson juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Prince Michael Jackson II berusia 11 tahun yang dipercayai dilahirkan oleh seorang ibu tumpang. Hak penjagaan ketiga-tiga anaknya kini diserahkan kepada Katherine dan sepupu penyanyi itu, TJ. - Agensi | |
Erdogan enggan bertolak ansur dengan penunjuk perasaan Turki Posted: Erdogan enggan bertolak ansur dengan penunjuk perasaan TurkiSEKUMPULAN penunjuk perasaan melakukan senaman yoga di Taman Gezi di Dataran Taksim, Istanbul semalam. ISTANBUL - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menyatakan rancangan pembangunan semula Taman Gezi di Dataran Takzim di sini akan diteruskan. Beliau membuat kenyataan itu walaupun para penunjuk perasaan msih berhimpun di Taman Gezi sebagai usaha untuk menentang rancangan tersebut. Menurutnya, projek itu ditentang oleh pihak pembangkang kerana rancangan tersebut datangnya daripada Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP). Erdogan yang bercakap kepada pemberita di Tunis, Tunisia semasa melakukan lawatan ke negara itu berkata, terdapat beberapa kumpulan pengganas yang memanipulasi tunjuk perasaan tersebut yang pada mulanya bermula sebagai kempen alam sekitar tetapi bertukar menjadi perhimpunan antipemerintahannya. Tunjuk perasaan di Turki yang bermula dengan rancangan pemerintah untuk menebang 600 pokok di Taman Gezi di Dataran Taksim di sini untuk mendirikan sebuah pusat beli-belah dan pusat kebudayaan masih berlanjutan sejak Jumaat lalu. Bilangan penunjuk perasaan semakin ramai apabila mereka bukan sahaja menentang rancangan untuk menebang pokok itu tetapi juga menyatakan perasaan marah terhadap Erdogan yang dianggap bersikap angkuh. Tunjuk perasaan anti-Erdogan itu kemudian merebak ke beberapa buah bandar lain seperti di Ankara dan Izmir. Menurut beberapa kumpulan hak asasi manusia dan perkhidmatan perubatan, pertempuran yang melibatkan para penunjuk perasaan dengan polis itu telah menyebabkan dua orang terbunuh dan lebih 4,000 orang cedera. Tumpuan para penunjuk perasaan itu ialah Dataran Taksim dan Taman Gezi di tengah Istanbul yang kini didiami oleh sejumlah penunjuk perasaan. Pada hari pertama tunjuk perasaan tersebut yang berlaku pada minggu lalu, Erdogan menggelarkan para penunjuk perasaan itu dalam bahasa Turki sebagai capulcu yang bermakna perompak dan penjarah. Para penunjuk perasaan kemudian mengambil kesempatan dengan mengubah perkataan capulcu itu dengan menggantikannya sebagai capulling yang membawa maksud penentangan. Mereka nekad terhadap serangan gas pemedih mata dan menjerit slogan anti-Erdogan. Perkataan itu kemudian digunakan oleh para pengguna rangkaian sosial. Para pengguna Facebook mengemas kini status mereka dengan menggunakan perkataan itu. Tunjuk perasaan anti-Erdogan yang paling besar itu turut disertai oleh para pekerja yang memakai sut, wanita memakai tudung kepala dan para peminat bola sepak. Semua lapisan masyarakat itu bersatu bagi menentang Erdogan yang dianggap mengamalkan gaya pentadbiran autokratik. Erdogan sebelum ini merupakan Perdana Menteri Turki yang paling popular dalam kalangan penduduk dalam tempoh beberapa dekad lalu. Namun, kini sebahagian penyokongnya turut menyertai tunjuk perasaan itu. "Terdapat pegawai-pegawai dan anggota di dalam partinya yang tidak gembira dengan perkembagan terbaharu itu," kata satu sumber yang rapat dengan parti AKP pimpinan Erdogan. Parti itu memperoleh kuasa menerusi tiga pilihan raya sejak tahun 2002. "Ia merupakan situasi yang tidak pernah berlaku ke atas Erdogan. Beberapa orang di dalam AKP berpendapat, dasar-dasarnya perlu dilembutkan," tambah sumber tersebut. Timbalan Perdana Menteri, Bulent Arinc sebelum ini meminta maaf kepada para penunjuk perasaan yang cedera selepas anggota-anggota polis bertindak keras terhadap mereka dengan melepaskan gas pemedih mata. "Erdogan mengendalikan semua perkara dengan caranya sendiri. Beliau mewujudkan gaya pemerintahan autoritarian," kata seorang wartawan yang mengikuti rapat kerjaya Perdana Menteri itu, Cengiz Candar. Seorang anggota pertubuhan Antikapitalis Muslim, Fatma Dogan yang ditubuhkan pada tahun 2001 menyatakan, pihaknya akan terus berada di Dataran Taksim untuk melindungi Taman Gezi. Menurutnya, beliau dan para penyokongnya menentang pemerintahan autoritarian dan keganasan polis. Taman Gezi tersebut kini dipenuhi dengan khemah-khemah para penunjuk perasaan yang menentang rancangan pembangunan semula itu. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |