{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Empat kumpulan mara ke akhir

Posted: 26 Jun 2013 05:20 AM PDT

Selepas 11 minggu berusaha gigih bertahan dalam saingan di Gelanggang Raja Lawak 7 (RL7), akhirnya kumpulan Okay yang dianggotai Mozaid Idris, 31, dan Nur Ibrahim, 30, terpaksa akur dengan nasib mereka apabila pasangan adik-beradik dari Selangor itu menjadi peserta akhir tersingkir ,sekali gus gagal untuk beraksi pada gelanggang akhir RL7 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) esok jam 10 malam.

Dinilai persembahan mereka oleh tiga juri tetap iaitu Datuk AC Mizal, Saiful Apek dan Isma Aliff setiap minggu, ternyata persembahan Okay pada peringkat separuh akhir, malam Jumaat lalu agak sederhana.

Berentap berpaksikan dua tema ditetapkan iaitu 'Cerita Rakyat' serta 'Sebelum dan Selepas', Okay sekadar mampu menampilkan persembahan memuaskan, sekali gus gagal menyaingi empat lagi peserta kumpulan Bora, Sakan, Wala dan Gamat yang layak ke peringkat akhir.

Mozaid berkata, mereka akur dengan penyingkiran itu kerana mereka sudah berusaha memberikan persembahan terbaik. Bahkan, bertahan selama 11 minggu dalam persaingan nyata bukanlah perkara yang mudah.

Foto

WALAUPUN bersahaja, kumpulan Bora berjaya mengumpul markah undian sebanyak 24 peratus.

Foto

KAWALAN tempo persembahan kumpulan Wala, konsisten setiap minggu.

Foto

KUMPULAN Gamat tampil dengan persembahan menghiburkan.

Foto

SKETSA mencuit hati dipersembahkan kumpulan Sakan.

Foto

PERSEMBAHAN terakhir kumpulan Okay di gelanggang RL7, Jumaat lalu.


"Kami bersyukur berjaya sampai ke tahap ini. Kami juga sangat berterima kasih kepada penonton yang sudi mengundi Okay sehingga minggu separuh akhir ini. Ia peluang yang amat berharga kepada Okay.


"Banyak juga pengalaman kami berjaya kumpul sepanjang bersaing di gelanggang RL7 ini. Kami takkan patah semangat dan akan terus berusaha mengetengahkan bakat lawak dimiliki ini," katanya

Kumpulan Okay yang sekadar meraih 14 peratus undian Khidmat Pesanan Ringas (SMS) daripada penonton terpaksa menerima penyingkiran mereka dengan hati terbuka. Apatah lagi, mereka sudah berusaha sebaik mungkin.

Pada gelanggang separuh akhir lalu, kumpulan Bora yang dianggotai tiga pemuda kelahiran Singapura, Muhammad Abdul Rahim Shah,28, Muhammad Hanafiah Azman,26 dan Muhammad Isa Jaafar,29, muncul dengan persembahan mantap.

Bora yang menunjukkan peningkatan ketara dalam persembahan mereka pada setiap minggu berjaya mengumpul markah 24 peratus, sekali gus menjadi kumpulan peserta pertama layak beraksi di final RL7.

Namun, Sakan yang dibarisi Husni Ashraf Hassan,33, Mohd Shaiful Nizam Mansor,34, dan Ku Ismafaizul Ku Ismail,33, sekadar mampu gembira mencatat undian 21 peratus.

Jika persaingan pada minggu suku akhir Sakan berjaya mengungguli gelanggang RL7 nampaknya pada separuh akhir mereka terpaksa akur harus berkongsi kedudukan undian sebanyak 21 peratus dengan kumpulan Wala dari Sabah.

Kumpulan Wala dianggotai Wan Mustapha Muntek,30, dan Walawd Parman,28, masih berjaya menampilkan persembahan bersahaja yang menghiburkan dan padat dengan mesej. Wala juga arif mengawal tempo persembahan.

Turut berjaya layak melangkah kaki ke final adalah kumpulan Gamat dari Perak yang dianggotai Mohd Hafiz Abdul Ghani,28 dan Nor Alham Abdul Rahim,20, yang mengumpul undian sebanyak 19 peratus.

Dihoskan kumpulan Jambu iaitu Taukeh dan Yus selama dua minggu berturut-turut, gelanggang akhir RL7 nanti akan diterajui semula oleh pasangan pengacara asal, Johan dan Zizan (Jozan).

Disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika serta Mustika HD (saluran 134), juara RL7 akan membawa pulang hadiah wang tunai lumayan RM100,000 berserta trofi.

Sehubungan itu, di antara kumpulan Bora, Sakan, Wala dan Gamat, siapakah akan menjadi juara RL7 yang memerlukan mereka berentap untuk persembahan hebat dengan dua tema iaitu 'Muzikal' dan 'Bebas' di gelanggang akhir malam esok.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/26

Dayang 'lepas geram'

Posted: 26 Jun 2013 04:50 AM PDT

Nyanyiannya sentiasa menjadi dambaan khas peminat tegar. Sekali penyanyi bersuara serak basah ini mengumumkan untuk mengadakan persembahan akan datangnya, ia umpama 'siren' buat peminat yang terus bertanya di mana dan bila.

Itulah kuasa pemilik suara emas, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32, yang penampilannya di pentas sering dinantikan. Baik mahu melihat imej barunya, vokal hebatnya hinggalah kejutan daripada aura Dayang sendiri.

Dua tahun 'senyap' daripada persembahan solo yang begitu sinonim pada penya–nyi Pintaku Yang Terakhir ini, dia akhirnya tampil semula 'lepas geram' menerusi showcase di The Venue, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berlangsung dalam suasana mesra, tidak disangkal lagi Dayang memang tidak pernah mengecewakan dan menerusi persembahan berdurasi dua jam itu, jelas mengubat rindu peminatnya.

Foto

PERSEMBAHAN yang cukup bertenaga malam itu.


Dengan rangkaian lagu terbaik miliknya hinggalah lagu 'cover version', tidak terasa masa berlalu pantas sedangkan penonton masih tidak puas menikmati nyanyiannya.


Tampil ringkas dengan persalinan gaun singkat berwarna hitam, apa yang pasti, Dayang menakluk sebaiknya pentas malam itu apabila mendendangkan 13 lagu dengan gaya tersendirinya.

Memang terbukti, berilah apa saja lagu kepada penyanyi berkulit hitam manis ini, dia pasti menjadikan lagu berkenaan seperti miliknya sendiri, malah kadang-kadang lebih sedap daripada versi asal.

Misalnya, malam itu meskipun membawakan lagu Suit & Tie nyanyian asal Justin Timberlake dan Jay-Z dengan susunan yang agak berbeza, tampak sekali dia tahu menjadikan lagu itu sesuai dan berpadanan dengan nyanyiannya.

Belum lagi apabila mendendangkan lagu Gerimis Mengundang dengan susunan muzik blues, lari daripada melodi asal kumpulan Slam. Daripada sedih, lagu berkenaan terus menjadi lebih seksi menerusi versi Dayang.

Memulakan persembahan sekitar jam 8.30 malam, ruangan yang mulanya lengang itu lantas menjadi sesak membuktikan peminat tidak mahu langsung melepaskan peluang menyaksikan persembahan berkenaan.

Malah, demi menunjukkan sokongan mereka, rakan artis termasuklah Anuar Zain serta komposer Audi Mok turut hadir pada malam itu.

Membuka tirai dengan lagu barunya Perlukan Cinta, kemudian Sedingin Cintamu, Aku Rindu Aku Jemu, persembahan Dayang semakin hangat tatkala dia mendendangkan medley lagu Inggeris, Girl On Fire (Alicia Keys) dan Love On Top (Beyonce).

Bertenaga, dinamik dan mantap, vokalnya cukup terserlah sewaktu menyanyikan medley lagu popularnya iaitu Kembalilah Sayang, Mana Mungkin, Pintaku Yang Terakhir dan Hembusan Asmara sekali gus dihadiahkan jeritan daripada penonton.

Berbeza dengan persembahannya sebelum ini, dia turut menghadiahkan lagu lama medley Gelombang (Salamiah Hassan) dan Ku Pendam Sebuah Duka (Datuk Khatijah Ibrahim) serta buat pertama kali nyanyikan I Can't Make You Love Me (Bonnie Raitt) dengan gaya tersendiri.

Tidak dilupakan, semestinya lagu yang berjaya menempatkan namanya di puncak iaitu Seandainya Masih Ada Cinta, Dayang Sayang Kamu dan dua lagu baru Rahsia Cinta serta Bisikan Rinduku.

Ditemui selepas persembahan, ternyata penyanyi kelahiran Sarawak itu puas dapat melepas 'geram' dan gembira dengan sambutan penonton yang hadir.

"Selepas lama tidak tampil dalam persembahan solo begini, memang rasa puas apabila dapat memijak pentas itu semula, namun sebenarnya kalaulah ada masa lebih, saya mahu nyanyi banyak lagu lagi.

"Apapun, saya cukup gembira melihat ramai juga wajah kebiasaan masih tetap setia hadir menyokong persembahan saya. Melihat dekat wajah seronok mereka, sudah menjadi kepuasan buat saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/26

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat