Harian Metro: Rap
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Rap |
Posted: 07 Jun 2013 05:23 AM PDT Jika anda mencari genre aksi komedi ringan dengan lawak selamba, filem terbaru MIG, Bro, Nampak Motor Gua? pasti menghiburkan anda seisi keluarga di pawagam ketika ini. Filem arahan Razif Rasyid ini mempertaruhkan gandingan mantap pelawak dan pengacara popular Along Cham dan Along Eyzendy selaku teraju utama. Barisan pelakon lain yang turut mewarnai filem ini adalah Mon Ryanti, Fadzil Zahari, Shahfiez, CT Chubby, Khatijah Tan, Maimon Mutalib, Imuda dan Kaza serta penampilan istimewa, Mamat Khalid. Secara peribadi, Along Cham yang membawa watak Epol akui dia memang cerewet apabila digandingkan dengan semua pelakon dalam filem ketika ini.
"Bagaimanapun selepas berlakon sama dan hasil perbincangan barulah saya tahu dia seorang yang rileks dan mulutnya pun boleh tahan juga. Ini sekali gus memudahkan kami mendapat keserasian dalam filem ini," katanya Ditanya cabaran bawa watak Epol dalam filem itu, Along Cham berkata, paling mencabar adalah ketika dia melakonkan babak aksi motosikal 'terbang' hingga 'mencium' jalan raya. "Babak 'motor terbang' itu membabitkan hari terakhir penggambaran untuk babak Epol bawa motornya. Rupa-rupanya, 'break' belakang motosikal itu tidak berfungsi hingga menyebabkan saya dan Mon Ryanti (Azura) mengalami kecederaan ketika melakonkan babak aksi itu. "Saya jatuh dihempap motosikal dan cedera di bahagian buku lali, kaki dan tangan dan mujurlah Mon yang membonceng di belakang hanya cedera ringan dengan calar di peha. Yang penting, kami juga sudah berikan yang terbaik untuk babak aksi itu," katanya. Apapun, Along yang sudah keluar dari pengurusan MIG Talent secara baik sejak 14 Mei lalu menyerahkan pada peminat untuk menilai hasil lakonannya dalam filem itu. "Apa yang saya boleh katakan filem ini ada kelainan daripada genre komedi yang pernah dilakonkan sebelum ini. Cerita ini juga ada mesej yang ingin disampaikan kepada penonton dan bukannya lawak yang merapu," katanya. Sepanjang tiga tahun menjadi 'keluarga' MIG, Along sempat berlakon dalam beberapa filem terbitan produksi itu seperti Alamak Toyol, Taikun, Adnan Sempit 1, 2 dan 3, Wawa Semput dan Lagenda Budak Hostel. Along Eyzendy pelakon Budak Kelantan Berbeza dengan Along Cham, Eyzendy Aziz, 33, lebih dikenali sebagai pelakon serius. Pemegang Diploma dalam jurusan Muzik dan Teater dari ASWARA ini juga bermula dari pentas teater Gedebe arahan Namron pada 1999. Dia yang lebih dikenali sebagai Along Eyzendy baru setahun menjadi 'keluarga' MIG Talent turut berlakon dalam filem terbitan produksi berkenaan iaitu Cerita Kita, 1 Lawan 1, Legenda Budak Hostel, Paku Pontianak, Longkai dan Bro, Nampak Motor Gua?. Biarpun mereka dari latar berbeza, Along Eyzendy percaya, ia bukan penghalang buatnya untuk digandingkan dengan Along Cham dalam Bro, Nampak Motor Gua?. Malah akui pelakon filem Budak Kelantan ini lagi, dia terima tawaran berlakon dalam filem itu kerana ingin menyahut cabaran dalam genre komedi. "Saya senang dapat keserasian dengan Along Cham dalam filem ini. Berlakon filem komedi akan menjadi mudah kalau kita dapat gandingan yang bagus. "Pada pandangan saya, Along Cham seorang pelakon yang banyak berfikir. Sebelum nak buat sesuatu babak itu dia akan 'koreograf' dulu nak buat apa. Sebagai pelakon yang digandingkan dengannya, saya berusaha memberikan komitmen terbaik dalam menjiwai watak Helmi yang juga kawan baik pada Epol, hero dalam filem ini. "Sebenarnya, saya akui bukan mudah untuk kita buat orang ketawa dan itulah cabaran berlakon dalam cerita komedi ini," katanya. Kutipan lima hari RM500,000 Baru lima hari menjengah pawagam seluruh tanah air bermula 30 Mei lalu, filem Bro, Nampak Motor Gua? sudah mencecah kutipan setengah juta. Ternyata, genre aksi komedi ringan masih mendapat tempat di hati penggemar filem tanah air. Pihak MIG turut mensasarkan jumlah kutipan akan terus meningkat sepanjang tempoh tayangan filem ini di pawagam sehingga Rabu depan. Cerita bermula dengan Epol yang mencari motosikalnya yang hilang. Semuanya atas kecuaiannya sendiri sewaktu menunjuk-nunjuk motosikal barunya kepada orang lain. Dari situ bermulalah pengembaraannya sendiri untuk mendapatkan motornya kembali. Motosikalnya sudah dikebas dua pencuri. Pada masa yang sama Epol terjumpa Azura yang beg tangannya turut dirembat pencuri yang sama. Malang bagi Azura kerana dalam beg tangannya itu mengandungi 'pendrive' penting bagi Tan Sri Bakhir seorang ahli perniagaan yang kaya raya. Beliau juga menawarkan wang sebanyak RM50,000 pada Epol jika berjaya mendapatkan semula 'pendrive' itu. Justeru bermulalah pengembaraan Epol dan Azura yang diselangi dengan babak yang mampu membuat kita ketawa. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/07 |
Posted: 07 Jun 2013 05:12 AM PDT Sekalipun berada pada kedudukan selesa iaitu memiliki bisnes sendiri, Nur Asikin Kamarudin (Ekin), 24, tetap memilih untuk menyertai pertandingan GadisM2 yang ke udara di Astro Ria, setiap Ahad, jam 10 malam kerana yakin dapat mencari sesuatu yang berharga dalam kerjaya masa depannya. Pun begitu pada episod peragaan yang lepas, juri tetap iaitu Datin Sofia Jane masih mengkritik Ekin sebagai peserta yang suka memberi alasan dan selalu mengambil jalan mudah. Super model terkenal Tengku Azura pula memberi komen, Ekin tidak mengikut tunjuk ajar yang sudah diberikan. Akibatnya, Ekin menjadi antara peserta yang terbawah pada minggu lepas. Ekin juga dikatakan suka menjadi 'drama queen' serta ratu air mata kerana mudah menangis. Bagaimanapun Ekin nafikan dia seorang 'drama queen' sebaliknya hanya menjadi dirinya yang sebenar.
Episod seterusnya malam esok akan menyaksikan Ekin dari Masjid Tanah, Melaka meneruskan cabaran bersama tujuh lagi peserta lain iaitu Siti Nursyahira Nabila (She) 23, Subang Jaya,Selangor; Nur Syifa Athirah Amirol Melvin (Syifa) 19,Parit Buntar, Perak; Alia Afiqah Abden (Lia) 21, Tawau, Sabah; Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf (Sarah) 22, Ampang, Selangor; Nur Afiqah Mohd Azmi (Fify),22, Subang Jaya, Selangor; Siti Nor Izumi Salleh (Izumi) 23, Bangi, Selangor; Atira Remimurni Mohamed Ali (Tyra) 21, Setapak, Kuala Lumpur. Jika pada episod ketiga lalu mereka dikehendaki beraksi di tengah panas terik matahari di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor kali ini ada dua cabaran iaitu yang pertama, mereka di bawa ke lokasi terbuka di Pusat Bandar Wangsa Maju dengan pengawasan Tengku Azura dan Dynas. Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kemudian mereka dikehendaki beraksi di depan kamera dengan mengikut tema yang diberikan oleh Tengku Azura. Kumpulan yang menang akan diberikan keutamaan untuk memilih busana tajaan pereka terkenal Fizi Woo dan Azura Couture Kuala Lumpur. Seterusnya kesemua mereka dibawa ke rumah beku tempat penyimpanan ikan kering. Untuk cabaran kedua, mereka dikehendaki beraksi di depan kamera di dalam bilik dengan suhu 0 darjah celsius. Suasana di kawasan itu mencabar kerana di luar pula hujan. Untuk cabaran kali ini, Lia mempunyai masalah dengan saiz baju tapi She secara sukarela sanggup bertukar baju dengan Lia. Sanggupkah mereka bertahan di dalam bilik beku itu? Lebih mendebarkan, siapakah calon yang akan terkeluar pada minggu ini? Jawapan itu ada malam esok di Astro Ria (Saluran 104), mulai 10 malam. Program realiti hebat ini terbitan I Like Entertainment Sdn Bhd anak syarikat Kumpulan Sedania. Rancangan yang ke udara selama sejam jam ini dihoskan pelakon kacak Awal Ashaari. Minggu ini, juri jemputan adalah Rosie Haslinda Nasir dari majalah fesyen terkenal, Intrend manakala juri tetap adalah Datin Sofia Jane dan Puan Zaihani Zain atau Kak Zai. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |