Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 16 Jun 2013 12:26 PM PDT Kajang: Dua sahabat baik lemas manakala dua lagi rakan mereka sempat menyelamatkan diri selepas bot dinaiki untuk memancing di sebuah lombong tinggal di Taman Seri Melor, Seksyen 7, di sini, terbalik, pagi semalam. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mayat mangsa, Ng Goon Kit, 26, ditemui tersangkut pada pukat lama di dalam lombong berkenaan jam 8 pagi manakala mayat seorang lagi, Chia Kok Leong, 32, ditemui empat jam selepas itu oleh pasukan bomba dan penyelamat.
"Mereka menggunakan sampan PVC sebelum tiba-tiba ia terbalik sebaik tiba di tengah lombong menyebabkan dua daripada mangsa tenggelam manakala dua lagi berjaya berenang ke tebing.
ANGGOTA penyelamat mencari mangsa lemas. Menurut sumber, Ng bekerja sebagai penarik kereta manakala Chia bekerja sebagai mekanik di bengkel sama. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |