{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Tarik semula pelancong Arab

Posted: 16 Jun 2013 10:06 AM PDT

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

IDRIS Haron (kanan) merasmikan Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa sempena Festival Jemputan Sungai Melaka 2013 di muara Sungai Melaka, semalam. - UTUSAN/GAIE UCHEL

MELAKA 16 Jun - Kerajaan negeri akan mula menggerakkan usaha untuk menarik semula kedatangan pelancong Arab yang berkurangan sejak dua tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, berdasarkan statistik, kedatangan paling ramai pelancong dari Asia Barat itu adalah pada 2010 iaitu sebanyak 22,630 orang.

Bagaimanapun katanya, kedatangan pelancong itu ke Melaka mendadak turun pada 2011 dengan jumlah hanya 3,900 orang tetapi naik semula pada tahun berikutnya kepada 6,000 orang.

"Penurunan mendadak pelancong dari Arab datang ke Melaka adalah satu kerugian yang amat besar dari sumbangan dalam sektor pelancongan.

"Kalau ikut statistik dibandingkan pada 2010 dengan 2011 dan 2012, ia mencatat satu penurunan yang mendadak seolah-olah ada sesuatu yang menyebabkan pelancong Arab tidak lagi datang ke Melaka.

"Saya tidak tahu apa yang menarik perhatian pelancong dari Arab datang begitu ramai pada 2010. Oleh itu, satu tindakan segera perlu diambil untuk menarik balik kehadiran mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis dialog dan ramah mesra dengan agensi kerajaan serta swasta yang terlibat dalam sektor pelancongan di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Pantai, Sungai dan Pulau negeri, Datuk Ghazale Mohamad; Pengurus Besar Bahagian Promosi dan Pelancongan (BPP) negeri, Abd. Kadir Md. Idris dan Pengurus Tourism Malaysia Melaka, Jefrry Munir.

Mengulas lanjut kata Idris, satu kempen penggalakan pelancongan ke Melaka khusus untuk pelancong Arab perlu diatur bagi menarik minat mereka semula untuk datang ke negeri ini.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri melalui BPP akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia Melaka untuk melakukan promosi kebudayaan dan makanan di Jeddah dalam tempoh terdekat.

"Sewaktu saya mengerjakan umrah, saya sempat berjumpa dengan wakil kedutaan Malaysia di Jeddah dan mengalu-alukan sebarang usaha untuk mempromosikan Melaka di sana," katanya.

15,000 pengunjung meriahkan Melaka Parade

Posted: 16 Jun 2013 10:06 AM PDT

PERARAKAN kereta lembu menjadi tarikan pengunjung semasa penganjuran Melaka Parade sempena Festival Jemputan Sungai Melaka 2013 di Hang Tuah Mall, Melaka, malam kelmarin.

MELAKA 16 Jun - Penganjuran Melaka Parade pada tahun ini mencatatkan kehadiran paling ramai pengunjung iaitu dianggarkan 15,000 orang dari dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Baharom Majid berkata, program yang diadakan bersempena Festival Jemputan Sungai Melaka 2013 kali ini paling meriah sejak mula diperkenalkan pada 2007.

"Penganjuran kali ini dilihat berjaya menarik lebih ramai pengunjung dari seluruh negara termasuk dari luar negara untuk melihat sendiri keunikan serta kemeriahan perarakan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa program perarakan Melaka Parade di Jalan Hang Tuah di sini malam tadi.

Program penuh warna-warni dengan pelbagai persembahan kebudayaan itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Idris Haron.

Menurut Baharom, seramai 2,000 peserta daripada 80 kontinjen terlibat dalam acara itu termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat swasta dari seluruh negeri.

"Sebelum ini perarakan yang dianjurkan lebih kepada perarakan kereta dan kenderaan, namun kali ini lebih meriah dan berbeza serta dipenuhi dengan bermacam persembahan selingan," ujarnya.

Katanya lagi, program tahun itu mengetengahkan 12 sub sektor pelancongan yang diharap dapat memberi maklumat kepada orang ramai tentang sumbangan setiap sub sektor tersebut kepada bidang pelancongan negeri.

"Antara sub sektor yang terlibat dalam perarakan ini termasuk sejarah, budaya, rekreasi, sukan, beli belah, pelancongan kesihatan, belia, pendidikan, agro pelancongan, makanan dan Melaka My Second Home," jelasnya.

Tambahnya, perarakan yang bermula pada pukul 9 malam itu diadakan di sepanjang Jalan Hang Tuah sehingga ke Taman Rempah dengan jarak sejauh tiga kilometer.

"Program ini akan terus diadakan pada masa akan datang sebagai program sampingan Festival Jemputan Sungai Melaka atas potensi menarik kunjungan pengunjung," katanya.

Masyarakat, NGO perlu jaga alam sekitar

Posted: 16 Jun 2013 10:06 AM PDT

ABU Ubaidah Redza (tiga dari kanan), Rozano Saad (kanan) dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Charanpal Singh (tengah) bersama melontar bola lumpur dalam program Pembersihan Pantai Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2013 di Pantai Saujana Port Dickson, Negeri Sembilan, kelmarin.

TELOK KEMANG 16 Jun - Usaha untuk menjaga kebersihan alam sekitar tidak hanya terletak di bahu penguat kuasa semata-mata akan tetapi tanggungjawab itu perlu digalas bersama oleh masyarakat setempat selain dibantu oleh syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Alam Sekitar negeri, Abu Ubaidah Redza berkata, penyertaan mereka dalam menjaga kebersihan alam sekitar merupakan cerminan sikap prihatin meningkatkan kualiti kebersihan di negara ini.

"Adalah penting bagi kita bagi mengubah persepsi sesetengah masyarakat yang hanya harapkan pihak berkuasa menjaga kebersihan awam ini, kerana kita perlu sedar bahawa alam sekitar ini adalah milik bersama.

"Amat penting masyarakat dan NGO menyerapkan sikap prihatin dalam menjaga alam sekitar bagi kepentingan bersama dalam memastikan hati murni rakyat negara ini dalam menjaga kualiti kebersihan," ujarnya.

Abu Ubaidah berkata demikian ketika berucap dalam program Pembersihan Pantai Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2013 di Pantai Saujana Port Dickson, dekat sini semalam yang turut dihadiri Pengarah Urusan Shell Refining Company (FOM) Berhad, Rozano Saad.

Sementara itu, Rozano dalam ucapannya memberitahu, program tersebut sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat untuk menerapkan nilai kesihatan serta semangat kerjasama dalam komuniti berdekatan.

Malah katanya, penglibatan mereka sedikit sebanyak akan dapat menyemaikan sikap sayangkan alam sekitar sepanjang masa.

"Malah pantai ini juga merupakan pantai angkat pihak kami dalam memastikan ia dijaga dan dipelihara dengan baik bersama komuniti setempat dan kerajaan.

"Menerusi usaha ini juga, kita dapat mengeratkan kerjasama serta hubungan di antara syarikat kami bersama komuniti setempat," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat