{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


MRT jajaran ke-dua, ke-tiga dijangka meliputi kawasan Putrajaya

Posted: 17 Jun 2013 02:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Projek Transit Aliran Berkapasiti (MRT) jajaran ke-dua dan ke-tiga dijangka meliputi kawasan Putrajaya, kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid.

Katanya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini sedang membuat kertas kerja mengenai jajaran ke-dua dan ke-tiga MRT yang akan dibentangkan kepada kerajaan untuk mendapat kelulusan.

"Kita menjangkakan akan ada berita baik (kelulusan dari kerajaan) pada hujung tahun ini," katanya selepas melawat Kuarter Penempatan Pekerja Berpusat (CLQ) MRT di sini. hari ini.

Yang turut hadir ialah wakil-wakil kedutaan pekerja yang terbabit dalam pembinaan MRT antaranya Kemboja, Vietnam, Nepal dan Pakistan.

Menurut Azhar, kertas kerja oleh SPAD dijangka merangkumi jajaran ke-dua dan ke-tiga tetapi pengumuman perlaksanaan bergantung kepada kerajaan sama ada secara sekali gus atau satu per satu.

Beliau turut memberi gambaran bahawa jajaran ke-dua berkemungkinan bermula dari Sungai Buloh ke Putrajaya manakala jajaran ke-tiga akan mengelilingi Lembah Klang.

Sementara itu, mengenai CLQ, Azhar berkata, pembinaan pusat berkenaan adalah untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa kepada pekerja-pekerja MRT yang datang dari pelbagai negara.
Katanya, pada kemuncak pembinaan MRT, dijangkakan 13,000 pekerja akan terbabit dalam projek berkenaan.

Untuk menampung tempat tinggal pekerja-pekerja berkenaan, MRT Corp membina CLQ di empat tempat; Sungai Buloh, Cochrane, Cheras dan Kajang, dengan kos lebih kurang RM100 juta, yang mampu untuk menampung 12,000 pekerja, katanya.

Selain tempat tinggal, katanya CLQ turut dilengkapi dengan surau, pusat kesihatan, kafeteria, kawasan rekreasi, kedai runcit selain sistem keselamatan canggih yang menggunakan sistem pengecaman muka.

MRT jajaran pertama, yang dijadualkan siap pada Julai 2017, mampu untuk membawa 400,000 penumpang sehari dan dijangka memberi manfaat kepada 1.2 juta orang yang tinggal di sepanjang laluan Sungai Buloh-Kajang. - BERNAMA

Norza dilepaskan daripada tindakan disiplin UMNO, hak dikembalikan

Posted: 17 Jun 2013 01:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria, yang dibebaskan mahkamah daripada tuduhan rasuah berkaitan pemilihan UMNO pada 2009, dilepaskan daripada tindakan disiplin UMNO.

Mohamad Norza berkata, beliau dimaklumkan mengenai pelepasannya daripada tindakan disiplin parti pada 29 Mei lalu melalui sepucuk surat yang diterima daripada Ibu Pejabat UMNO pada 12 Jun.

Dengan pelepasan daripada hukuman, hak kelayakannya sebagai ahli parti untuk memilih, dipilih dan dilantik bagi sebarang jawatan dalam parti itu kini dikembalikan kepadanya.

Tindakan disiplin dikuatkuasakan kepadanya pada 13 Mac 2009, hari yang sama beliau menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Temerloh, Pahang atas dua tuduhan rasuah membabitkan RM3,400 untuk memenangi jawatan pada pemilihan UMNO.

Bagaimanapun, pada 17 Jun 2010, Mahkamah Sesyen di Temerloh melepas dan membebaskan beliau daripada tuduhan rasuah selepas saksi yang dikemukakan sebelum ini berpaling tadah.

Dalam sidang media di sini, hari ini, Mohamad Norza meluahkan kesyukuran atas keputusan itu dan menganggap musibah yang menimpa dirinya itu sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati untuk melakukan sesuatu tindakan dalam dunia politik.

"Hari ini doa saya untuk lihat penutupan pada episod hitam dalam hidup saya berakhir dan hari ini membuktikan saya tidak bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO dan tidak terbabit dalam politik wang," katanya.
Mengulas mengenai perancangan beliau dalam pemilihan parti tahun ini berikutan pelepasan itu, Mohamad Norza berkata, beliau masih belum mempunyai perancangan khusus setakat ini.

"Saya harus menimbang dengan sebaik-baiknya kerana pengalaman lepas beri saya pengajaran. Saya akan jumpa dengan pemimpin tertentu dan rakan-rakan di Wilayah Persekutuan untuk melihat dan mendengar pandangan daripada mereka," katanya.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang turut hadir pada sidang media itu meminta seluruh kepimpinan UMNO memberi peluang kepada Mohamad Norza untuk bergiat aktif kembali dalam politik khususnya UMNO di Wilayah Persekutuan.

Syed Ali menyifatkan Mohamad Norza, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, sebagai pemimpin yang setia pada parti dan mempunyai daya tahan yang tinggi biarpun berhadapan dengan tindakan disiplin daripada UMNO.

"Ada pemimpin yang ada jawatan pun tinggalkan parti, tidak setia pada parti, ada pemimpin yang dapat macam-macam pun sudah berhenti tinggalkan parti," katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat