{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Bawa isu air mentah Kedah-PP ke Parlimen - Gerakan

Posted: 17 Jun 2013 01:14 AM PDT

ALOR SETAR 17 Jun - Pemuda Gerakan Kedah mencadangkan agar isu penjualan air mentah antara kerajaan Kedah dan Pulau Pinang dibentangkan dan diputuskan di Parlimen bagi menjaga hubungan baik antara kedua-dua buah negeri.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, perkara itu boleh dibentangkan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid atau Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bagi mengelakkan daripada dibiarkan berlarutan.

"Di negara kita tidak ada undang-undang tentang penjualan air mentah antara negeri, jadi saya rasa perkara ini perlu dibahaskan di Parlimen kerana di situ ada semua wakil rakyat daripada pakatan pembangkang dan kerajaan.

"Kalau Parlimen kata boleh jual, kita ikut, kalau kata tidak boleh jual, juga kita ikut. Jika dibiarkan isu ini berlarutan boleh membawa ketegangan antara hubungan dua negeri," katanya kepada pemberita di Pejabat Gerakan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

10 juta pencarum KWSP tiada penama - Ahmad

Posted: 17 Jun 2013 01:02 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 - Lebih 10 juta daripada 13.69 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di negara ini gagal menamakan penama akaun mereka sekali gus mengundang masalah kepada proses pengeluaran caruman apabila berlaku kematian.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, setakat ini, hanya 3.51 juta pencarum sahaja yang mempunyai penama berbanding jumlah pencarum aktif kini iaitu 6.44 juta.

Sehubungan itu, beliau menyeru pencarum yang belum lagi menamakan penama agar segera berbuat demikian bagi memudahkan kaum keluarga melaksanakan urusan pengeluaran caruman jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada mereka. - UTUSAN ONLINE

UPM, BISC meterai MOU tingkat penyelidikan

Posted: 17 Jun 2013 12:31 AM PDT

SERDANG 17 Jun - Pusat Pengimejan Diagnostik Universiti Putra Malaysia (PPDN UPM) dan Pusat Pakar Antarabangsa Beacon (BISC) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi bekerjasama dalam penyelidikan bidang pengimejan bertindan Positron Emission Tomography Computed Tomography atau lebih dikenali PET/CT dan teknologi cyclotron.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan yakin perkongsian pintar itu mampu mengoptimum kemudahan dan teknologi terkini bidang kajian penyelidikan terutamanya dalam bidang perubatan neurologi, kardiologi, inflamasi dan infeksi serta onkologi.

"MoU ini mampu meningkatkan kerjasama di antara UPM dan pihak industri dalam bidang penyelidikan, akademik serta mengembangkan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang berkualiti kepada masyarakat setempat," katanya kepada pemberita selepas menandatangani MoU itu bagi pihak UPM, manakala Ketua Pegawai Eksekutif BISC, Jennie Leong mewakili hospital tersebut.

Mohd. Fauzi berkata, kerjasama itu bakal memberi impak positif kepada industri kesihatan di negara ini.

Sementara itu, Pengarah PPDN UPM, Prof. Dr. Abdul Jalil Nordin berkata, sebagai IPTA pertama yang mempunyai peralatan canggih PET/CT, pusat itu mampu memainkan peranan dalam memajukan bidang itu dan mengembangkan bidang radiofarmaseutikal di negara ini.

"MoU ini melibatkan dua tahun dan tidak melibatkan sebarang kos. Ia lebih kepada penyelidikan, akademik dan penerokaan baru yang boleh digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan melalui perbincangan dari semasa ke semasa antara kedua-dua pihak," katanya.

PET/CT adalah antara teknik terkini yang digunakan dalam sistem penjagaan kesihatan untuk mendiagnosa penyakit dengan tepat. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat