Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 22 Jun 2013 08:00 AM PDT Kuala Lumpur: Tiga pelajar perempuan yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sepatutnya memanfaatkan cuti hujung minggu mengulang kaji pelajaran, namun memilih untuk bermandi buih di sebuah premis di Lorong Yap Kwan Seng, di sini, awal pagi semalam. Bagaimanapun, kelekaan tiga pelajar terbabit menari ghairah di dalam sebuah kolam disediakan penganjur membawa padah apabila mereka antara 47 yang ditahan dalam serbuan mengejut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi, JAWI yang menerima maklumat awam mengenai parti dinamakan Pesta Buih Artis Malaysia menyerbu premis yang dihadiri pelajar sekolah, pasangan gay dan kekasih dan beberapa individu dipercayai selebriti beragama Islam.
Menurutnya, hasil pemeriksaan 38 lelaki dan sembilan wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan.
PENGUNJUNG Islam yang ditahan ketika mandi buih. Wan Jaafar berkata, pihaknya kecewa sejurus mendapati tiga pelajar sekolah turut terbabit dengan pesta buih yang bercampur lelaki dan perempuan.
"Mereka yang disabitkan kesalahan berkelakuan kurang sopan boleh didenda RM1,000 manakala Seksyen 35 boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara enam bulan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |